daily planner



Stick-it notes
Showing posts with label food. Show all posts
Showing posts with label food. Show all posts

Saturday, 21 January 2017

Cafe di Condotel Bukit Jana Golf Resort





Semalam pegi dengan adik nak test menu baru cafe ni yang ada chef baru, so menu pun dah berubah hampir 360 darjah.
Buat masa sekarang, ada beberapa menu tengah promo, order makanan dapat air free. Pilihan air yang free ialah Coke, Sprite, A&W dan lime juice.
Jadinya, Naza pun cuba la dua menu yang promo which are nasi goreng hailam pineapple dan chicken chop with blackpepper rice. Untuk menu pertama unik sikit because dia masak nasi goreng hailam dan letak dalam pineapple. Dalam nasi pun ada letak nanas juga. Turut dihidang bersama seketul ayam dengan sos istimewa.
Menu yang kedua pula Chicken chop with blackpepper rice. Chicken boleh pilih nak yang grilled or fried. Sos pula memang sos istimewa macam sos nasi goreng nanas tadi. Secara peribadi, Naza lebih suka versi ayam yang digoreng, lebih rangup tp kalau korang jenis yang tak suka makanan berminyak, order la grilled chicken.
Kedua-dua menu berharga RM12.90. Portion juga mengeyangkan. Lokasi cafe dalam golf resort bersebelahan kolam renang Condotel Bukit Jana. Bolehlah singgah kalau berkesempatan ye.

Sunday, 25 December 2016

Sydney Melbourne Part 8

Ok, kali ni punya entry adalah tentang restoran halal yang terdapat di pusat membeli belah Harbour Town Melbourne. Nak ke sini dari Ibis Budget Hotel senang je, just naik free tram yang menghala ke arah Docklands antaranya yang bernombor 86. Kalau naik tram yang bernombor 86 ni akan berhenti di Stop D10 - New Quay. Tambang adalah percuma kerana perjalanan termasuk dalam kawasan tram percuma Melbourne CBD.
Tempat yang kami pergi ni namanya Chilli Padi Mamak Kopitiam. Kalau korang masuk ke dalam premis, boleh nampak sijil halal yang dilekat di dinding. Restoran adalah kepunyaan peniaga yang berbangsa Cina tetapi jangan risau kerana barangan yang disediakan adalah halal. Makanan pula adalah selera Malaysia dan Singapura. Kiranya memang masuk tekak kita lah.
Naza dan Yuz masing - masing telah memesan satu set nasi yang berharga AUD15. Dapat nasi dalam portion yang besar, popia goreng 2 ketul, lauk yang boleh dipilih dari set dan juga sebotol air. Kalau korang tak lapar sangat and nak save budget, bolet je berkongsi satu pinggan sekali makan sebab portion orang Oz ni memang besar.
Selepas makan, kami jalan - jalan sekitar kawasan tapi tak membeli apa pun, tak bajet nak shopping barang - barang yang dijual kat sini. Kami just beli barangan macam souvenir je untuk bawa balik pada adik - beradik.
Seterusnya, macam biasa, penceritaan melalui gambar - gambar di bawah :

Yuz di hadapan restoran

Menu yang ada

Pintu depan restoran. Restoran ni di corner lot.

Naza pesan butter chicken. Ni lah rupa butter chicken orang Oz. Macam rendang pun ada,

Yuz order Sweet and Sou Chicken. Sedap. Kalau order set akan dapat popia goreng dua ketul bersama air.

Ni lah menu yang kami order. Lauk boleh pilih dar nombor satu 1 sampai 7. Hanya sah hari bekerja sahaja.

Restoran terletak tak jauh dari landmark ni, Melbourne Star.

Saturday, 26 December 2015

Menikmati Korean Seafood di Jeju Island

Selepas selesai mendaki Seongsan Ilchulbong Peak di #Jeju, dah sampai masa tengahari dan kami pun kelaparan, makanya kami pun makan dekat kedai makan yang terdapat berdekatan dengan Seongsan Ilchulbong. Kalau nak tahu, banyak kedai2 seafood kat sini. Nak makan tu minta menu dulu, nak pastikan samaada kedai tu hidang benda lain selain seafood. Susah juga kalau nak makan benda yang bercampur dengan daging, status #halal pasti diragui. Kami memesan set yang ada seafood stew, abalone porridge, lempeng seafood and ikan bakar. Harga agak mahal juga la, satu kepala kena bayar KRW30000 tapi sangatla berbaloi dengan apa yang kita makan. Bayangkan, makanan lauk segar2 dihidang. Abalone masih gerak2 dalam periuk waktu dimasak. Memandangkan kami ni tak lah expert sangat makan #koreanfood ahjumma dalam restoran ajar kami macam mana nak makan setiap dish. Benda apa yang patut kena makan dengan apa. Apa2 pun, lempeng and porridge tu betul2 #yummylicious yang lain memang tak kena selera dengan tekak melayu I ni.

Wednesday, 23 December 2015

Nikmatnya hotteok

Kali ni nak cerita tentang hotteok, street food yang sangat sedap di Korea. Waktu kat sana kami makan beberapa kali sebab kami memang suka rasa dia. Hotteok ni sejenis pancake yang dalam dia diisi filling kekacang, cinnamon, brown sugar and honey. Sangat nikmat makan panas2 time winter. Selalunya dijual dengan harga KRW1000 untuk sekeping dan KRW2000 untuk 3 keping. Kalau berpeluang ke Korea, jangan lupa cari hotteok ye..
#myholidaystory #myholidaystorycontinues #streetfood #southkorea #kpoplover

Friday, 11 September 2015

Makanan Halal Di Australia

#throwbackmoment
Ini adalah lunch saya di Perth, Australia atau lebih tepat lagi, di sebuah food court di pusat membeli belah BigW di sana. Di Perth tak susah cari makanan halal. Malah di food court juga ada gerai yang menjual makanan halal siap ada sijil halal lagi. Yang paling menarik, segala kutleri yang digunakan adalah jenis pakai buang, maka kita tak guna pinggan, sudu, garfu atau cawan yg sama digunakan untuk menghidang makanan yang tidak halal. Plus, nasi pun senang jumpa, so orang yang tak boleh tak jumpa nasi seharian sesuailah pergi Perth ye.
#traveltip #HalalAustralia

Wednesday, 9 September 2015

Heritage Tea

Pernah dengar Heritage Tea? Honestly, Naza pn baru la kali kedua minum minuman ni. Mula2 dulu tertanya juga, ramai yg jinjing beg plastik berisi gelas plastik yg besar, beli mana lah air dalam bekas tu?
Tiba lah satu hari dengan penuh tak malunya tanya seorang adik yang tengah pegang air tu, dia beli kat mana, macam menarik je. Dia pun jawablah, kat Tutti Fruitti ada jual. Seriously, selalu juga lalu lalang depan Tutti Fruitti, tapi entah kenapa la tak pernah perasan pun dia ada jual air yg nampak menarik tu. Hehehe..
Maka, Naza dengan my sis pun pergi lah ke Tutti Frutti Taiping Sentral nak membeli air menarik tersebut. Mula2 tanya pada adik yg menjual, berapa perisa yang ada, maka dia pun sebut la perisa2 yg available. Ok..banyak juga, next.. tanya plak perasa apa yg orang selalu beli. Jawabnya ~ Mocha. My sis pun order mocha while for me, I ordered Green tea.
Dah balik rumah rasa mocha memang terbaik dan green tea dia pun not bad! Makanya, semalam kami try perasa lain plak, macam dalam gambar ~ orange and chocolate. Rasa? For me and my sis not bad, not bad at all. Nak try rasa Heritage tea ni? Silalah ke Taiping Sentral, cari shop lot Tutti Fruitti kat ground floor. Minuman tu ada dijual di dalam premise. Made to order. Segelas besar harganya cuma RM4.80. Kiranya lebih murah berbanding air sebelahnya, Chatime. Selamat mencuba..

Sunday, 12 July 2015

Kedai Makan Upin Ipin di Tokyo

Assalamualaikum..
Maaf, dh lama sangat tak update blog kan? Bagi yang ternanti.- nanti sambungan cerita ttg kembara solo Naza kat Jepun memang minta maaf sgt, sekarang ni asyik busy di sekolah baru dan mood nak bercerita pun payah nak menjelma. Since sudah datang mood tu, kita sambung la cerita tentang Jepun ye.
Kali ni Naza nak cerita tentang restoran yang dikunjungi waktu stay kat Tokyo. Restoran ni within walking distance je dengan hostel tempat Naza stay. If penat nak berjalan, nak naik subway pun boleh tapi naik subway dengan berjalan duration pun lebih kurang sama je.
Nak ke restoran ni, Naza guna application Google Map. Kalau korang ada internet, boleh la search restoran guna alamat kat bawah ni :
3-16-11, Nishiasakusa, Taito-ku, Tokyo
Restoran ni tak jauh dari Sensoji Temple, so kalau korang melawat temple dan shopping barangan souvenir kat Nakamise Shopping Street, lepas tu boleh la pergi cari pulak Restoran Upin Ipin untuk menjamu selera.
Menggunakan figura Upin Ipin yang berasal dari Malaysia, korang akan tahu korang sampai ke tempat yang betul after nampak signboard yang ada lukisan kembar terkenal tu. Makanan yang disajikan kat sini adalah makanan Jepun tapi in shaa Allah tekak orang Malaysia boleh makan. Naza sebenarnya nak order ramen tapi disebabkan ramen ni macam menu wajib makan kat restoran ni, kedua-dua kali Naza pergi both for lunch and dinner ramen mereka dh sold out.
Bagi orang Islam, jangan risau, segala makanan di sini adalah halal dan menu siap ada halal certificate dari Malaysia. Salah seorang tukang masak juga adalah orang Paskistan yang sedang cuba mencari jodoh dengan gadis Jepun yang cute. Hahaha.
Tukang masak very friendly dan mampu bercakap dalam bahasa Inggeris walaupun tak berapa lancar (sebab tu la Naza tau pasal kawan Pakistan dia sedang mencari pasangan hidup gadis Jepun yang cute sebab tukang masak cerita macam-macam). Hahaha.
Ni gambar menu and I must say, harga kat restoran ni adalah agak berpatutan bagi menu halal di Jepun. Sepanjang 10 hari berada di sana, average sekali makan di restoran pasti akan habis dalam RM3+ ~ RM6+. Nak jimat boleh bawa makanan sendiri lah ye. Naza tak memasak memandangkan keadaan Naza yang sentiasa bergerak.




Ni pulak nasi kari Jepun



Sunday, 31 May 2015

Bathers Beach dan Fish and Chips

Dah ambil gambar dari Roundhouse kami pun bergerak nak makan tengahari. Memandangkan dah ada kat Fremantle, of course la yang terdetik nak makan fish and chips yang boleh dikatakan sinonim dengan Fremantle ni. Restoran yang menjadi pilihan untuk makan2 kali ni is Sweetlips Fremantle. Nak ke sana dari the Roundhouse pun tak susah, just melalui Bathers Beach je. Pantai ni ialah pantai yang korang nampak dari bangunan Roundhouse tu.


Di samping jejak di atas pasir halus tepian pantai dan mengagumi warna lautnya yang agak berlainan dengan warna laut di Malaysia, di tepi - tepi pantai juga terdapat beberapa arca karya seni hasil nukilan artis tempatan. Bagi yang minat seni tu, jangan lepaskan peluang untuk tengok - tengok. Pada kami yang tak berapa menghayati seni, kami just ambil gambar beberapa keping then berlalu ke destinasi seterusnya.


Sweetlips boleh dilihat dengan jelas bila kita menyusuri sepanjang pantai ini dan seterusnya melalui art gallery. Kenapa Sweetlips dan bukannya dua lagi tempat fish and chips yang famous tu? Okay, sebelum berjalan selalunya Naza Isma suka buat research and dari research didapati bahawa harga makanan yang ditawarkan di sini adalah lebih rendah berbanding kedua rival nya. Untuk bajet makanan, korang boleh check menu secara online di sini. Bolehlah bajet berapa nak belanja nanti.


Ni adalah apa yang ai makan pada hari tu. Ambil fish and chips serta sotong. Sejujurnya portion ni sangat la besar. Boleh kongsi berdua kalau nak jimat. Sila ambil perhatian ye, if suka makan sekali dengan sos bagai, segala sos dijual berasingan. Harga boleh tengok kat lain yang ai letak tadi. Rasa ikan sangat fresh, mungkin itulah keistimewaan makan fish and chips di Fremantle ni. Apa - apa pun, jangan lupa cuba fish and chips semasa berkunjung di Fremantle ye...





Thursday, 9 April 2015

Day 2 - Fremantle Chocolate

Selepas membeli buah - buahan segar dan manis di Fremantle Market, kami pun decide nak pergi Fremantle Chocolate. Dah nama pun chocolate, jadi memang boleh agak la apa yang ada kat tempat ni kan? Bagi yang suka coklat memang boleh singgah but if tak minat, tak perlulah masukkan dalam itinerary.
Dari Fremantle Market, keluar ikut pintu market yang Naza letak dalam entry sebelum ni. Turn right and go straight on. Kedai ni bertentangan dengan satu church yang terletak beberapa blok dari Fremantle Market. Hari tu kami terlepas juga lah kedai ni, sebab tak perasan signboard dia. Dah dok depan church baru la nampak mana nak tuju.

Nampak tak signboard Fremantle Chocolate tu? Situ la tempat tujuan kami hari tu.

Masuk - masuk je dalam premis ni, kami diberikan free samples of chocolate dan.. 

Jangan terkejut dengar orang cakap Melayu dalam kedai ni sebab akak ni memang orang Malaysia, dari Selangor, berkahwin dan menetap dengan orang tempatan.

Kami dikira agak bertuah sebab akak ni (maaf, lupa nama) last jaga kedai hari kami pergi sebab esoknya dia nak balik Malaysia kejap untuk hadiri majlis perkahwinan kawan di Bangi. Jadinya, dia lah rekemen coklat mana yang sedap dan coklat mana yang tak boleh makan. Untuk makluman, in case korang pergi bukan akak ni yang jaga kedai, jangan beli coklat perasa Rum & Raisin dan satu lagi Turkish Delight. Rum & Raisin sebab ada alcohol dan untuk Turkish Delight pula jeli yang digunakan adalah dari unsur haiwan. Yang lain - lain halal untuk dibeli.
Naza beli 3 kotak coklat yang berharga AUD40. Mahal? Mahal pun berbaloi. Memang sedap sangat especially perasa Coconut. Coklat Coconut ni memang sangat rekemen untuk korang beli. 

Antara produk yang dijual di sini.

Pemenang beberapa anugerah. Patutla coklat dia sedap.




Sunday, 29 March 2015

Dinner hari pertama

Untuk hari pertama, kami makan di D'Ankasa Restaurant yang terletak di Hay Street. Di sekitar Hay Street dan Murray Street ni tak susah nak cari kedai makanan halal. Mungkin disebabkan tempat ni tumpuan pelancong sebab banyak tempat untuk shopping kat sini.
Perlu diingatkan bahawa restoran kat Perth tak sama macam kat Malaysia ye. Macam yang kami pergi ni, pukul 9 malam dah tutup. Jadinya, if nak pegi dinner, sila keluar awal. Kalau tak berlaparlah sementara nak tunggu restoran buka esok pagi antara pukul 9 - 10 pagi. Kat Perth ni saya dan rakan perhatikan masa penduduknya bekerja memang pendek dan mereka juga agak santai taktala melakukan sesuatu. Tak kalut dan workaholic macam kita (baru perasan, kuatnya la aku bekerja bila tengok budaya mereka yang santai.)
Ni alamat restoran:

1, 564 Hay St
Perth WA, Australia
+61 8 9325 1747

Naza hari tu ordered nasi goreng tomyam dan air laici. Rasanya harga dalam AUD15. Dah snap gambar menu dah tapi blur dan tak boleh nak publish, kalau publish pun tak boleh baca. Makanan memang sedap, rasanya bukan sebab lapar tapi memang rasanya okay. Portion pun besar,so sesiapa yang nak save bajet boleh kongsi (ni serious ni, makanan memang ikut portion mat saleh, kita perut kecik memang boleh kongsi je).

Nah, ni gambar yang sempat diambil kat sini.

 Menu ni boleh dibaca, satu lagi bahagian goreng - goreng blur, kena delete

Menu yang Naza order, nasi goreng tomyam dan air laici nya yang meriah

Signboard di luar, ada tanda halal

Tanda halal di pintu, masa operasi dari pukul 11pg sampai 9mlm


Wednesday, 28 January 2015

Makan burger di Fuel Shack



Maybe orang belah KL dah biasa makan ni, tapi kami kat Taiping memang x jumpa la Fuel Shack kat sini. Makanya, waktu ke rumah adik di Putrajaya tempohari, Naza Isma pun merasa la makan kat sini.
Maaf, dah lupa apa menu yang kami order tapi gambar still simpan. Macam mana rasanya? Macam makan burger bakar la kot cuma yang ni standard la sikit. Naza Isma makan yang satu stack burger je. Tu pun rasa mengah nak habis sebab patty dia agak besar bagi perut ni. Adik yg order sampai dua tingkat memang tak habis pun makan. Hahaha
Bagi orang Taiping, kalu ke luar tu pergi la merasa benda yang xde kat sini ye. Nanti orang cakap kita darat sangat. Huhuhu

Wednesday, 21 January 2015

Review tempat makan ~ Taiping Bawal King

Hari ni adik tiba-tiba ajak nak makan bawal goreng kat Simpang. Kat mana dia pernah dengar pasal tempat makan ni pun ntah lah. Tiba-tiba je ajak, siap call owner lagi nak tanya kat mana lokasi.
Lokasi tempat makan ni sebenarnya di RnR Batu 2 Setengah, Simpang. Kedai terletak di Sebelah Shell, berhadapan dengan Pusat Servis Honda. Tak susah pun nak cari.
Apa keistimewaan tempat ni? Jom tengak gambar:









Sebenarnya hajat hati kami nak makan bawal goreng, tapi walaupun kami sampai sebelum pukul 9 malam, set bawal goreng yang berharga RM6.50 dah habis! Kami pun order la set ayam (RM6.50), set keli (RM5) dan set kembung (RM5). Setiap set didatangkan dengan nasi putih, lauk pilihan, kari, ulaman, sambal kicap dan juga sambal belacan.
Bagi sesiapa yang suka makan lauk kampung yang simple dimakan panas-panas, tempat ni memang sesuai sangatlah nak datang makan. Tambah pulak portion nya memang cukup lah untuj seorang makan dengan kenyang. Tapi kalau selera memang dah besar, nak tambah nasi pun tak salah. Hehehe.
Macam mana, nak cuba tak?

Monday, 12 January 2015

Menu sarapan pagi ku yang ringkas

Di suatu hari yang rajin, Naza Isma sediakan lah sarapan pagi yang ringkas tapi berkhasiat untuk adik - adik. Menu hari tu adalah roti telur cheese.
Bahan - bahan yang diperlukan:
-Beberapa keping roti
-Beberapa keping chedar cheese
-Beberapa biji telur
-Butter atau minyak untuk menggoreng

Steps :

Letak cheese atas roti



Potong tepi roti



Rupa roti yang telah dipotong



Pukul telur dalam bekas



Celup roti dalam telur



Masak

Last sekali.. hidang la..
Senang kan?
Selamat mencuba

Friday, 9 January 2015

Deli Cafe Kamunting

Hari ni nak review tempat makan kat Taiping ni sebagai panduan orang luar atau orang tempatan sendiri nak cari makanan di Taiping dan sekitarnya.
Tempat Naza Isma pergi kali ni terletak di Kamunting, namanya Deli Cafe. Terletak bersebelahan Wai Tat, di hujung shop lot area menghala Kampung Expo. Landmark lain nya bertentangan Caltex Kamunting. Jangan confuse dengan deretan gerai makan kat tepi-tepi jalan menuju Kampung Expo ye sebab Deli Cafe terletak di deretan kedai, bukan gerai. Atau senang kata, kedai dia belakang gerai-gerai tu.
Deli Cafe ni tak silapnya dibuka dari lewat petang ye. Kalau nak pergi makan tengahari tu memang takde lah. Menu pula adalah menu western. Pizza pun ada juga.
Cafe ni tempat duduknya terhad sebab kedainya kecik je. Kalau penuh sila tunggu giliran tempat duduk ye sebab memang selalunya penuh atau hampir penuh.
Haa, bila dah cakap penuh tu mesti boleh agak makanan kat sini macam mana kan? Honestly, bagi Naza Isma sendiri memang suka makan kat sini. Satu sebab portion nya besar, harga memuaskan plus rasanya agak sedap. Mind you, kat Taiping ni tak macam KL senang nak cari menu western yang best.
Dah dua kali Naza Isma pergi hari Isnin kedai ni tutup, jadi kami buat kesimpulan yang kedai memang yak beroperasi hari Isnin. (Berapa kali pergi lupa plak nak tanya owner betul ke Isnin tutup. Haisshh).
Nak suggest cuba menu mana ye? Pening juga nak suggest sebab setakat yang kami order kami puas hati belaka. Hehehe. Nak tengok macam mana rupa makanan kami jom tengok kat bawah ni:














P.s: Jom join GA blog ni jom!

Monday, 5 January 2015

Street food is always the best

Psstt… Nak menang hadiah? Jangan lupa semak entry GA saya ye..

Selepas dinner yang agak mengecewakan, kami pun bergerak di sekitar Lee Garden utk mencari pulut mangga or saya panggil pulut pauh. Sama ja, nama je lain. Huhuhu.
Pulut pauh ni kalau mkn kat Malaysia and makan kt Thailand macam lain sikit rasa. Sama la kalu kita makan som tam kat sini and kat sana. Macam mana pun mesti ada rasa lain sikit.
Buah pauhnya manis betul, dapat plak makan dengan santan n pulut Siam yang gred baik punya tu. Memang sedap beb!
Akibatnya malam tu kami adik beradik masing - masing membungkus pulut untuk bawa balik makan kat hotel. Saya bawa balik pulut pauh. Adik yang sebilik pula makan pulut ayam. Tak habis pun ayam dia, portion punya la besar nak mampus. Larat ke nak habiskan. Huhuhu
Selain pulut pauh dan pulut ayam, gerai - gerai tepi jalan ni ada juga jual gorengan macam udang galah dan puyuh. Memandangkan hujan dan gerai tak banyak buka, kami tak jumpa pun banana pancake kat sini. Pergi Songkhla itu la satu - satunya makanan dalam perancangan tak dapat. Yang lain memang syok je makan. Hehehe









Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...