daily planner



Stick-it notes

Sunday, 31 May 2015

Bathers Beach dan Fish and Chips

Dah ambil gambar dari Roundhouse kami pun bergerak nak makan tengahari. Memandangkan dah ada kat Fremantle, of course la yang terdetik nak makan fish and chips yang boleh dikatakan sinonim dengan Fremantle ni. Restoran yang menjadi pilihan untuk makan2 kali ni is Sweetlips Fremantle. Nak ke sana dari the Roundhouse pun tak susah, just melalui Bathers Beach je. Pantai ni ialah pantai yang korang nampak dari bangunan Roundhouse tu.


Di samping jejak di atas pasir halus tepian pantai dan mengagumi warna lautnya yang agak berlainan dengan warna laut di Malaysia, di tepi - tepi pantai juga terdapat beberapa arca karya seni hasil nukilan artis tempatan. Bagi yang minat seni tu, jangan lepaskan peluang untuk tengok - tengok. Pada kami yang tak berapa menghayati seni, kami just ambil gambar beberapa keping then berlalu ke destinasi seterusnya.


Sweetlips boleh dilihat dengan jelas bila kita menyusuri sepanjang pantai ini dan seterusnya melalui art gallery. Kenapa Sweetlips dan bukannya dua lagi tempat fish and chips yang famous tu? Okay, sebelum berjalan selalunya Naza Isma suka buat research and dari research didapati bahawa harga makanan yang ditawarkan di sini adalah lebih rendah berbanding kedua rival nya. Untuk bajet makanan, korang boleh check menu secara online di sini. Bolehlah bajet berapa nak belanja nanti.


Ni adalah apa yang ai makan pada hari tu. Ambil fish and chips serta sotong. Sejujurnya portion ni sangat la besar. Boleh kongsi berdua kalau nak jimat. Sila ambil perhatian ye, if suka makan sekali dengan sos bagai, segala sos dijual berasingan. Harga boleh tengok kat lain yang ai letak tadi. Rasa ikan sangat fresh, mungkin itulah keistimewaan makan fish and chips di Fremantle ni. Apa - apa pun, jangan lupa cuba fish and chips semasa berkunjung di Fremantle ye...





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...