daily planner



Stick-it notes
Showing posts with label Osaka. Show all posts
Showing posts with label Osaka. Show all posts

Wednesday, 7 January 2015

Rezeki Jepun

Tahun lepas bln September Naza Isma ada pergi Jepun dengan kawan - kawan secara backpacking. Ada juga beberapa entry yang ditulis buat panduan kawan - kawan lain yang berhasrat ke sana. Kalau nak tahu, dari kecik memang hasrat hati nak jejak ke Jepun. Cikgu tanya bila besar nak gi mana or bila buat karangan tentang dream vacation memang Jepun aja la yang akan ditulis.
Sesungguhnya bila dapat jejak Osaka, Kyoto and Kobe memang rasa excited sangat dan sampai ke hari ni lah rindu rasa pada negara matahari terbit tu. In shaa Allah, tahun ni nak pergi lagi Jepun tapi melencong belah lain plak. Nak ikut? Email me nazaisma@gmail.com.
Rupanya rezeki pergi Jepun tak bernoktah sejak balik dari sana. Naza Isma baru je selesai membeli - belah di Zalora dengan kupon hadiah yang didapati dari survey tentang pelancongan muslim di Jepun! Alhamdulillah, rezeki dapat la beli 3, 4 helai baju baru. Boleh pakai untuk pergi travel lain kali pula kan.
Apa yang Naza Isma perhatikan, Badan Pelancongan Jepun ni bersungguh - sungguh menarik orang Malaysia terutama orang Islam ke sana. Buktinya, waktu pergi MATTA Fair hari tu banyak sangat hadiah dapat dari booth pelancongan Jepun. Jawab survey ringkas kat sana pun di baginya cenderahati, so tak rugi kalau try contest tentang Jepun kalu terjumpa kat mana - mana ye kawan - kawan. Soalan pun tak susah, tak pasal - pasal dapat baucer Zalora RM150 ;-)

P.s : Nak menang baucer dari Naza Isma plak tak? Dh ada sorang hantar pencalonan tu. Tak susah, bagi je link entry tentang Perth. Check entry terdahulu ye. Tapi Naza Isma xde orang sponsor, x dapat la nak bagi baucer mahal - mahal ye. Saja seronok - seronok boleh la :-P



Wednesday, 12 November 2014

Masjid Kobe

Setelah shopping serba sedikit di Motomachi Shopping Street dan juga Chinatown, kami meneruskan perjalanan untuk mencari masjid. Masih menggunakan Kobe City Loop Bus, kami berhenti di Perhentian 8 yang berhenti di pintu belakang Meister Garden. Untuk ke masjid, anda perlu keluar ke pintu hadapan bangunan ni seterusnya terus berjalan ke kiri anda. Sampai di simpang traffic light, lintas ke jalan bertentangan Meister Garden dan teruskan perjalanan sehingga ke masjid. Masjid memang tak jauh dengan Meister Garden ni, lebih kurang 5 hingga 10 minit berjalan kaki, bergantung pada cara anda berjalan. Hehehe
Menurut seorang Muslim brother dari Pakistan yang tinggal berhampiran masjid, Masjid Kobe ni adalah masjid tertua di Jepun dan dah banyak kali terselamat dari bencana. Antaranya gempa bumi dan pengeboman sewaktu Perang Dunia ke 2. Bayangkan bangunan yang lainnya habis musnah tapi masjid yang satu ni berdiri megah dan tetap utuh dengan kuasa Allah. Tidak hairanlah selain dari tempat orang Islam beribadat, pelancong yang berlainan agama juga tak putus - putus masuk ke dalam masjid untuk melawat. Jika anda bukan orang Islam dan mahu melawat masjid bersejarah ini, dipersilakan. Rakyat tempatan sentiasa mengalu - alukan anda. Cuma jagalah etika di dalam rumah ibadat. Rasanya, setiap tempat ibadat etikanya lebih kurang sama, yang penting, respect others' beliefs.
Bertentangan dengan masjid ni ada sebuah grocery yang menjual bahan - bahan halal. Dari Malaysia pun ada. Entry tentang grocery tersebut saya dah pernah buat dalam entry yang terdahulu. Apa - apa pun, nikmatilah beberapa keping gambar Masjid Kobe yang telah saya rakam melalui lensa kamera saya.




Tuesday, 11 November 2014

Motomachi Shopping Street dan Chinatown, Kobe








Maaf bagi sesiapa yang menanti sambungan entry trip Osaka saya, ambil masa yang agak lama untuk sambungannya. Kali ni saya ceritakan pula sambungan perjalanan kami ke kota Kobe.
Masih menggunakan pas bus hop on hop off, kami turun ke perhentian Motomachi Shopping Street. Motomachi Shopping Street ni kalau ambil masa setengah hari memang boleh habis kot dari hujung ke hujung tapi memandangkan kami tak punya cukup masa, kami just berjalan dari satu wing ke hujungnya dan hujung jalan yang kami ambil pula bersambung dengan Chinatown. Jadi, kiranya kami cover dua tempat sekali lah.
Untuk info, kedua - dua tempat ni adalah tempat untuk shopping. Macam - macam jenis barang ada kat sini, dari kimono dan barangan cenderahati Jepun sampailah ke barangan moden dan restoran. Tapi untuk orang Islam nak cari makanan halal kat sini tak jumpa pula. In shaa Allah untuk entry yang berikutnya saya akan tulis pula tentang restoran makanan halal di Kobe ni. Di Motomachi saya belikan mak saya beberapa buah buku jahitan mengait sebab it's my mother's hobby. Tambahan pula mak saya memang pernah cakap antara banyak - banyak buku, buku keluaran dari Jepun sangat baik coz orang Jepun tak kedekut ilmu, dalam buku panduan jahitan ditunjuk dalam gambar langkah demi langkah. Mulanya jurujual buat muka pelik sebab saya beli buku tulisan Jepun dan dia cuba beritahu dalam buku no English but it's not a problem, bagi mak saya, gambar step by step tu yang penting. Jadi, kalau ke Jepun, mungkin buku juga boleh dibeli sebagai cenderahati buat keluarga atau rakan terutama yang minat seni mengait dan sulaman ni.
Di Chinatown pula, takde lah sangat benda yang terlalu menarik untuk dilihat kerana kebanyakan kedai yang ada kat sini menjual makanan. Sedia maklum makanan Cina tak boleh dimakan oleh orang Islam kerana masalah halal. Mungkin satu perkara yang boleh dilakukan di Chinatown ni ialah mengambil gambar dengan zodiak kelahiran. Saya dengan rakan pun mengambil kesempatan bergambar di figura anjing yang merupakan zodiak kelahiran kami berdua.
Setelah shopping serba sedikit, kami pun mula bergerak mencari masjid untuk solat dan makan tengahari.

Saturday, 8 November 2014

Meriken Park

Semalam termimpi pulak visit Kobe sekali lagi. Memandangkan dah teringat - ingat, jadinya tadi pun upload la saki - baki gambar ke Instagram. Entry pasal Kobe pun sebenarnya tak habis lagi khatam ni. Disebabkan lebih mudah upload benda yang ada dlm memori phone, buat yang mudah dulu la.
Gambar - gambar ni diambil di Meriken Park, Kobe yang terletak di Port of Kobe. Kalau naik bas hop on hop off paling mudah nak ke sini.








Friday, 7 November 2014

Kitano Graceries

Memang tak dinafikan, makanan di Jepun harganya agak mahal. Secara purata, satu meal makanan akan mencecah harga sebanyak RM30 ke atas. Salah satu cara nak jimat is bawa makanan dalam tin atau segera siap - siap dari Malaysia. Selain tu, boleh juga beli bahan - bahan yang boleh dimasak di sana (cara ni mungkin lebih sesuai untuk yang bercuti dengan keluarga).
Sepanjang bercuti di Osaka, saya telah jumpa satu kedai runcit yang menjual makanan halal yang terletak betul - betul bertentangan dengan Masjid Kobe. Kedai ni senang je nak kenal, hiasan luarnya berwarna kuning. Tuan punya kedai adalah seorang pakistan yang berkahwin dengan wanita tempatan dan menetap di Kobe. Kalau tak nak masak, boleh juga kawtim dengan tuan kedai nak makan kat restoran miliknya di hujung blok. Nama kedainya Naan Inn. Hidangan makanan citarasa Pakistannya memang sedap sangat - sangat.
Tuan punya kedai pun suka sangat bila kita cakap kita datang dari Malaysia sebab dah ada beberapa artis terkenal negara kita singgah restorannya makan - makan. Antaranya Dato Siti Nurhaliza, Aizad Amdan dan Zizan Razak.

Thursday, 6 November 2014

Instagram

Sebenarnya dah lama bersarang akaun instagram gara - gara dah terlupa password. Dah alang - alang boleh buka balik akaun Instagram, maka saya pun upload gambar Kobe yang diambil menggunakan handphone. Sambil upload hati pun menangis dek kerana rindukan Kobe :'(
Harap dapatlah jejak kaki lagi ke sana satu hari nanti. Orang utara kata biaq sampai chemuih la..
Jom layan gambar yang dah saya upload kat Instagram semalam..








Saturday, 18 October 2014

Kobe Maritime Museum / Kawasaki Feel Good Times

Okey, ni nak sambung cerita pasal jalan - jalan kat Kobe tempoh hari. lepas je kami strolling along Meriken Park, kami pun nampak la bangunan museum ni. So, kami decide alang - alang dah sampai, why not kami masuk je. dengan berbekalkan City Loop Bus Pass kami, kami pun masuk ke muzium dengan hanya membayar 500 yen. kiranya dapat diskaun 100 yen kalau kita ada pas ni. harga biasa tanpa diskaun is 600 yen.
kat maritime museum, kita tak dibenarkan untuk ambil gambar. tapi saya rasa tak perlu sangat kot nak explore maritime museum tu, baik pegi ke wing belah kiri bangunan tu yang menempatkan Kawasaki Feel Good Times Museum. dia sebenarnya satu bangunan je, jadi tak pelu la bayar dua kali nak masuk dua tempat ni. dengan 500 yen kami, kami masuk maritime dan juga Kawasaki Museum.
Apa yang menarik?
well, honestly saya tak minat kapal, jadi waktu tengok - tengok kat muzium maritim tu, bosannya la rasa. waktu tu tak sedar lagi yang masuk pintu belah kiri ada benda yang lebih menarik. Once kaki dah masuk ke bahagian Kawasaki Feel Good Times museum, dari rasa bosan terus rasa teruja. Masuk - masuk je Kawasaki muzium ni, ada sikit pameran tentang teknologi yang dibangunkan oleh Mr. Kawasaki. Waktu ni lah kami perasan yang nama - nama syarikat keretapi di Jepun ni rupanya bersangkut paut dengan inventors terkenal Jepun.
Lepas tengok sikit pameran dan info sejarah teknologi Kawasaki tu, kita akan masuk pulak seksyen yang mat - mat motor mesti suka, pameran moto Kawasaki. Dari yang seantik - antiknya sampailah yang latest technology. Yang bestnya kat sini kita boleh amik gambar, in fact ada beberapa motorsikal yang kita boleh naik tapi tak gerak lah, hanya untuk amik gambar je.
Lepas bahagian motorsikal, kita pergi pula ke bahagian keretapi, plane dan robotik. Ambil la gambar puas - puas dalam tu. Robot yang ada dalam ruang pameran tu pun best, siap buat lawak lagi tapi dalam bahasa Jepun lah. Huhuhu. Selain tu, kita boleh main beberapa permainan yang ada dalam ni. Yang tak boleh sentuh flight simulator je, yang tu hanya pilot sahaja boleh masuk. Malangnya saya ni bukan pilot!






Monday, 13 October 2014

Meriken Park, Kobe

Meriken Park ni terletak di Port of Kobe. Kalau pergi Meriken Park jangan lah terkejut plak tengok apasal lah port dia macam tak siap. Sebenarnya bukan tak siap tapi port of Kobe ni satu masa dulu dilanda gempa bumi Hanshin yang kuat. Untuk tatapan generasi akan datang, kerajaan pun bina lah Meriken Park ni. Kat sini kita buah tengok lah ruins yang terjadi sebab gempa bumi. Kalau hari tak berapa panas memong seronok tau strolling along the park. Tambah pula kita tak bayar satu sen pun nak enjoy the view of the port from the park.




Thursday, 9 October 2014

Pemandangan Kobe yang mempersonakan

Kobe..
Tak tergambar betapa saya suka akan bandar ini sepanjang berada di Kansai. Kota metrapolitan yang sangat berbaloi untuk dikunjungi. Kobe bertuah kerana mempunyai landskap semulajadi yang mengagumkan. Dengan adanya pelabuhan Kobe yang terkenal yang sinonim dengan The Great Hashin Earthquake dan gunung - ganang menghijau membuatkan udara di Kobe lebih nyaman berbanding Kyoto dan Osaka.
Apakah cara terbaik untuk menikmati keindahan Kobe secara keseluruhannya? Tempat tinjauan ataupun dalam bahasa Inggerisnya disebut observatory adalah jawapan yang terbaik. Kobe mempunyai beberapa bangunan tinggi ataupun tower yang boleh kita kunjungi jika ingin melihat pemandangan Kobe. Kalau lebih suka sesuatu yang unik, boleh juga mencuba untuk menaiki ferris wheel yang terletak di kawasan Port of Kobe.
Untuk wisata kami, Kobe City Hall's Observatory menjadi pilhan kerana kedudukannya yang berhampiran dengan tempat permulaan kami iaitu di Steyen Sannomiya dan juga kita boleh menikmati pemandangan Kobe tanpa perlu membayar satu sen pun. Pemandangan indah ini boleh dilihat secara percuma dan tiada sebarang prosedur khas yang perlu ditempuhi pelancong jika ingin ke observatory ini. Apa yang anda perlu lakukan hanya pergi ke bangunan Kobe City Hall dan naik lif ke tingkat 25 (jika tidak silap saya), ikut sahaja signboard dan anda akan kagum dengan apa yang anda lihat dari atas bangunan tersebut.
Berikut adalah beberpa keping gambar yang telah saya ambil sempena lawatan kami ke bangunan tersebut :




Wednesday, 8 October 2014

Flower Clock Kobe

Setelah membeli 1 Day Bus Pass, orang di tourist information center akan tanya kita nak mula gerak area mana dulu, sama ada area port atau area town. Kami memilih untuk memulakan aktiviti ronda - ronda Kobe kami dengan melihat pemandangan Kobe dari tempat tinggi. Perhentian pertama iaitu di City Hall Kobe adalah permulaan perjalanan if sesiapa yang nak explore area port dulu. Tapi untuk ke City Hall kami berjalan kaki je sebab tak jauh pun dengan stesyen Sannomiya. Just ambil jejantas depan Sogo then lintas ke seberang jalan.
Sebelum sampai ke City Hall, kita akan tempuh dulu Flower Clock ni. Ia terletak bersebelahan dengan City Hall. Jangan lepaskan peluang untuk ambil gambar jam bunga ni. Memang cantik sebab dia buat jam gunakan bunga sebenar. Kalau ikut tarikh yang tertera di tempat jam ni, kita boleh tengok yang jam ni dah lama dibina, sejak tahun Malaysia merdeka lagi. Ia masih berguna sampailah sekarang.


Monday, 6 October 2014

Dari Osaka ke Kobe

Kobe - bandar ketiga yang saya lawati sepanjang berada di Kansai region dan secara peribadinya merupakan bandar yang paling saya suka di antara ketiga - tiganya. Bandar ini lebih moden dari Kyoto tapi tetap nampak tenang dan mendamaikan. Cuaca di sini juga lebih dingin berbanding Osaka dan Kyoto, mungkin disebabkan adanya dua gunung yang mewarnai landskap Kobe yang indah iaitu Rokko dan Maya. Selain dari kedua gunung tersebut, pelabuhan di Kobe juga memang sangat indah dan wajib untuk dilihat.
Cara untuk bergerak dari Hotel Diamond ke Kobe, kami menggunakan dua jenis kenderaan iaitu subway dan train. Kami ambil subway Midosuji line dari hotel dan berhenti di Umeda Station. Dari Umeda Station pula kami ambil train Hanshin dan turun di stesyen Sannomiya, Kobe. Kos bagi perjalanan sehala dari Osaka ke Kobe adalah 560yen yang mengambil masa lebih kurang sejam.
Setelah sampai di Stesyen Sannomiya, kami berjalan ke pondok Tourist yang terletak di stesyen tersebut untuk membeli City Loop 1 Day Bus Pass yang berharga 660yen. Kami memilih bas sebagai mode of transport di Kobe kerana City Loop Bus ni betul - betul designated untuk tourists. Setiap laluan dan hentian bas ni memang lokasi tumpuan pelancong. Lagi pula, dengan harga 660yen kita boleh naik bas berulang kali sampailah ke perkhidmatan terakhir pada pukul 7.30 petang. Cuma bezanya dengan bus pass di Kyoto dan Kobe, di sini kita hanya boleh naik bas yang berhenti di stesyen City Loop Bus (perhentian bas dan bas berwarna hijau seperti dalam gambar) manakala di Kyoto pula kita boleh naik mana - mana city bus asalkan tak terkeluar dari sempadan bandar Kyoto. Nak pergi Masjid Kobe juga lebih mudah naik City Loop Bus ni sebab perhentian nya dekat dengan masjid.


Memori Harry Potter di Universal Studios Japan

Sebenarnya, Universal Studios Japan ni tak pergi pun tak pe tapi memandangkan saya sekeluarga memang peminat Harry Potter movies, jadi peluang nak masuk Harry Potter's Castle memang tak kan dilepaskan sama sekali. Kalau nak pergi yang Florida punya, entah bila lah nampak peluangnya.
Sebelum pergi, adalah saya dengar yang kononnya nak naik rides kat USJ ni kena buka tudung, so sehari sebelum nak masuk tu memangla rasa tak senang duduk. Dok terfikir, kena buka tudung ke pula aku ni. Tak pernah dibuat! Bila berjalan di bandar Osaka malam sebelumnya pun ada tengok topi yang macam Siti Nurhaliza pakai sebelum bertudung penuh tu tapi tak gamak pula nak pakainya, so masuk USJ pun tawakkal je lah.
Dah masuk USJ kami tengok ramai yang berlari - lari dan buat kami terfikir apahal plak dengan orang Jepun ni. Rupa - rupanya diorang berebut nak ambil tiket masuk ke Harry Potter Park. Kami pun beratur sama dekat time machine tu dan dapat la tiket masuk dari pukul 10 pagi. Kalau pergi USJ ni jangan lupa ambil time slip nak masuk Harry Potter Park ni dulu ye sebab kalau takde time slip, memang jangan harap lah boleh masuk.
Semua rides dalam USJ malah termasuk dengan staf sekali menggunakan satu bahasa sahaja - Japanese. Maksudnya, kalau korang naik any rides dan tak tahu berbahasa Jepun pula tu, terkebil- kebil lah nak faham apa yang diorang explain. Macam tempat magical wand dalam Harry Potter Park, dia tak bagi ambil gambar tapi kami tak faham, akhirnya depan - depan muka tunjuk tanda 'x' which means 'no'.
Dan untuk yang bertudung pula, jangan percaya la mitos yang tak boleh naik rides kat USJ kalau bertudung. Sebenarnya boleh je, cuma mungkin tak faham dengan instruction dari staf nye yang guna bahasa Jepun, maka buat assumption sendiri yang kena tanggal tudung kalau nak main. Sebenarnya, bagi yang bertudung, staf akan jumpa kita secara personally dulu, dia akan tunjuk gambar, dalam gambar tu dia akan tunjuk klip, maksudnya sesiapa yang pakai tudung kena pakai klip tu. Tu pun demi keselamatan juga because honestly, waktu naik salah satu rides yang agak extreme, memang rasa nak tercabut tudung. So, sesiapa yang bertudung tu and ada staf approach waktu nak naik rides, jangan risau just kata ok or tunjuk sign bagus yang menunjukkan kita setuju pakai klip diorang provide. Diorang tak kan suruh kita tanggal tudung. Don't worry.
Satu lagi tentang tempat solat, kami mencari juga tapi nampaknya tiada bilik solat khas di USJ tapi kita boleh pinjam Family Room yang digunakan oleh ibu - ibu untuk menyusukan anak. Perempuan mungkin sesuai untuk solat di sini tapi lelaki rasa perlu cari tempat lain kot. Bagi makanan halal pula, Hard Rock Cafe Universal City yang terletak di luar USJ tersenarai sebagai salah satu Muslim friendly restaurant di Osaka. In fact, waktu kami pergi ke HCR memang ramai muslim yang makan - makan kat sana tapi kami tak order lah daging, just fish and chips je.







Sunday, 5 October 2014

Dari Hotel Diamond ke Universal Studios Japan

Hari yang berikutnya di Osaka iaitu hari ke tiga kami, kami pun tak plan benda lain except masuk Universal Studios Japan. Excited nak masuk Harry Potter theme park sebenarnya. Tiket masuk ke USJ kami dah beli siap - siap di JTB Malaysia semasa MATTA Fair. Harganya RM230 (ikut berapa tukaran yen and RM ye).
Nak ke USJ dari Hotel Diamond Osaka ni tak boleh naik subway. Kena naik JR Loop Line tapi jangan risau sebab stesyen JR dengan hotel ni walaupun tak lah sedekat macam stesyen subway tapi bila berjalan tu tak pecah peluh la. Kiranya kalau sesiapa yang cari penginapan yang sangat strategik dari segi transport, Hotel Diamond ni memang direkeman sangat - sangat.
Stesyen JR yang berdekatan dengan hotel namanya Stesyen Shinimamiya. Jalan straight melepasi stesyen subway dan Family Mart. Kalau dah jumpa Lawson tu maksudnya dah dekat sangat dah dengan stesyen. Memandangkan waktu nak beli tiket train kami tak jumpa instructions dalam Bahasa Inggeris, kami terus beli di kaunter. Cakap je nak ke Stesyen Universal City, nanti akan diterangkan platform yang mana kita kena amik and pertukaran di stesyen mana kita kena buat. 
Perjalanan sehala ke Universal City Station adalah sebanyak 180yen dan kena buat pertukaran di stesyen Nishikujo sebab loop line ni laluan trainnya berpusing, jadi kalau tak tukar, alamatnya kita patah balik la ke stesyen yang kita naik tadi.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...