Perlu diingatkan bahawa restoran kat Perth tak sama macam kat Malaysia ye. Macam yang kami pergi ni, pukul 9 malam dah tutup. Jadinya, if nak pegi dinner, sila keluar awal. Kalau tak berlaparlah sementara nak tunggu restoran buka esok pagi antara pukul 9 - 10 pagi. Kat Perth ni saya dan rakan perhatikan masa penduduknya bekerja memang pendek dan mereka juga agak santai taktala melakukan sesuatu. Tak kalut dan workaholic macam kita (baru perasan, kuatnya la aku bekerja bila tengok budaya mereka yang santai.)
Ni alamat restoran:
1, 564 Hay St
Perth WA, Australia
Naza hari tu ordered nasi goreng tomyam dan air laici. Rasanya harga dalam AUD15. Dah snap gambar menu dah tapi blur dan tak boleh nak publish, kalau publish pun tak boleh baca. Makanan memang sedap, rasanya bukan sebab lapar tapi memang rasanya okay. Portion pun besar,so sesiapa yang nak save bajet boleh kongsi (ni serious ni, makanan memang ikut portion mat saleh, kita perut kecik memang boleh kongsi je).
Nah, ni gambar yang sempat diambil kat sini.
Menu ni boleh dibaca, satu lagi bahagian goreng - goreng blur, kena delete
Menu yang Naza order, nasi goreng tomyam dan air laici nya yang meriah
Signboard di luar, ada tanda halal
Tanda halal di pintu, masa operasi dari pukul 11pg sampai 9mlm
No comments:
Post a Comment