Setiap yang bermula pasti akan berakhir. Itu lumrah kehidupan manusia dan hari ni, 14/9/2015 kami meraikan majli persaraan Puan Hashmi, seorang guru di SK batu Kurau.
Selamat bersara Puan Hashmi, moga seronok dengan kehidupan berpencen. Tak dapat kenal Puan Hashmi lama memandangkan baru je bertukar ke SK. Batu Kurau ni. Untuk gambar2 majlis persaraan, sila lah berkunjung ke FB Naza. Banyak kot snap, dalam 100+. Malas nak pilih2 untuk blog ni. Tengok je kt FB terus ye..
Monday, 14 September 2015
Selamat bersara Puan Hashmi Bt. Dato Hashim
Saturday, 31 January 2015
Poem recitation

Antara aktiviti yang disukai oleh pelajar -pelajar saya, mendeklamasi sajak. Sebenarnya bagus juga sukatan KSSR ni, pelajar didedahkan dengan banyak fun activities macam ni. Yang saya perasan, pelajar pun lebih berani dan tak segan sangat kalau kita minta buat persembahan depan orang ramai berbanding mereka yang belajar ikut sukatan lama. Tu la orang kata kan, setiap sesuatu tu ada baik dan buruknya..
Friday, 30 January 2015
Watikah perlantikan pengawas sekolah

Hari selasa yang lepas sekolah buat majlis perlantikan pengawas sekolah, pengawas pusat sumber, ketua serta penolong ketua kelas. Untuk majlis tersebut pihak sekolah dengan berbesar hatinya telah menjemput pegawai khas polis ke sekolah untuk menyempurnakan majlis penyerahan warkah perlantikan. Dah alang - alang datang untuk penyerahan watikah tu, pegawai - pegawai polis dari IPD Selama sempat juga adakan mini pameran untuk murid - murid. Punya lah excited budak - budak SK (RTBK) Pondok Tanjong ni dengan pameran hari tu. Yang paling diorang suka of course la peluang merasa naik dan bergambar dengan motosikal polis. Sengih sampai ke telinga masing - masing. Terima kasih juga buat kesemua pegawai polis yang terlibat dalam menyempurnakan majlis dan juga pameran tersebut. Anak - anak kecil kami sangat menghargainya.
Thursday, 22 January 2015
Making sandwiches



Kerja semalam dengan budak - budak dalam kelas. Seronok betul lah diorang ni even buat sandwich je. Sanggup bawa barang-barang sendiri lagi tu and bagi kumpulan yang lupa bawa barang, group lain kongsi sama-sama. Dah habis siap masing - masing bertukar sandwich sesama sendiri, siap ada yang pergi hantar sandwich kat cikgu kegemaran mereka pulak tu.
Sifat muhibbah macam ni lah yang Naza Isma rasa berkurangan dah pada generasi kita. Nanti dah besar berapa ramai yang sanggup bergotong - royong sama buat sesuatu, berapa ramai plak yang prihatin share benda yang orang lain takde padahal dia ada? Naza Isma harap apa yang segala sifat baik yang diperhatikan dalam kelas akan terus berkekalan sehingga ke akhir hayat korang ye..
Btw, sedap sandwich yang bebudak ni buat. I just read and explained the instructions, they did the rest. Boleh kot jadi bakal chef terkenal Malaysia satu hari nanti?
Friday, 9 January 2015
Habuan dapat A dalam UPSR
Dalam peperiksaan UPSR 2014 yang lepas, ada 2 orang murid kelas yang Naza Isma ajar dapat A. Sebelum exam lagi dah memang janji sapa dapat A akan dibawa makan-makan dan tengok wayang. Budak-budak kampung tempat Naza Isma ngajar memang tak pernah masuk wayang pun.
Bila keluar je result, maka yang patut claim hadiah pun claim la dari kita. Tapi kesian budak-budak ni. Cikgu depa kena pergi kursus dalam cuti sekolah pastu lepas habis kursus berjalan plak ke Bangkok. Makanya, janji ditunaikan beberapa minggu selepas results keluar.
Seperti yang dijanjikan, firstly Naza Isma bawa mereka ni makan-makan kat Aeon Taiping yang baru buka. Antara banyak-banyak kedai kat situ, mereka pilih restoran The Chicken Rice Shop. Bukanlah satu yang mengejutkan pun sebab kebanyakan budak sebaya depa ni memang suka makan ayam.
Pas makan kenyang, bawa tengok pula wayang cite kartun. Dah memang cakap dh, even cikgu belanja tengok wayang, hanya kartun je cikgu bagi tengok. Ye lah, cite lain takut plak mengarut-ngarut plak yang keluar. Yang kita bawa pula budak umur 12 tahun.
Dah habis tengok wayang belanja makan lagi dan hari tu tidur rumah cikgu la depa berdua. Esoknya baru hantar balik. Tahun ni nak janji apa plak dengan budak yang amik UPSR ntah. Ada sesiapa berminat nak janji sponsor hadiah UPSR 2015 plak untuk budak-budak kampung tempat Naza Isma ngaja ni? As a motivation, bagi ramai sikit dapat A tahun 2015 ni kan. Hehehe.. (macam la ada orang kaya nak baca blog aku ni)
P/s : GA My Perth Adventure masih berjalan. Jom join..







Tuesday, 11 November 2014
Hari bertemu waris
Majlis dijadualkan bermula pukul 11 pagi tapi tadi cuak juga sebab dah pukul 11 sorang parent pun tak muncul. Disebabkan parents datang lambat, maka majlis pun terlambat lah sikit mula. Apa pun, majlis berjalan dengan lancar dari mula sampai lah habis. Yang tak hadir cuma waris kepada seorang pelajar je, yang lain semua muncul.



Friday, 31 October 2014
Mendengar cerita


Wednesday, 29 October 2014
Minggu BI
Antara aktiviti yang dibuat sepanjang minggu BI tempoh hari adalah Spelling Bee, quiz, text reading, poetry reciting dan melukis poster. Sambutan dari murid - murid, Alhamdulillah, baik - baik aje. Hopefully tahun depan kami dapat lebih baik dari tahun ni.
Buat kawan - kawan yang membantu, terima kasih diucapkan.







Thursday, 2 October 2014
Hari ke 2 berkursus
Sebenarnya sekarang waktu kursus dah tak kira masa. Kalau dulu bila kursus, hari cuti cikgu tak terganggu tapi sekarang dalam cuti pun cikgu kena panggil untuk berkursus juga. Sebab tu lah saya hampir - hampir bermasalah nak pergi Osaka dulu. Mujur ada orang atasan yang faham. Kalau tak memang makan hati sampai bertahun. Huhuhu
Tuesday, 22 July 2014
PANAS!! PANAS!!
Kesian murid - murid tahun 6, terpaksa berpanas dek kerana kipas tak berfungsi. Mujur dapat guru besar yang prihatin, guru kelas report terus bertindak bagi kipas berfungsi. Masalah pendawaian di sekolah ni memang dah agak teruk sebab bangunan pun dah lama. Apa - apa pun kami warga Tahun 6 mengucapkan terima kasih sebab GB cepat bertindak walaupun ia hanya penyelesaian sementara. Jadilah..
P.S : Hari ni kipas dah tak berfungsi balik.....
Friday, 21 March 2014
The bravest of them all, Shauqi
This is Shauqi, he is only six years old but he insisted to try the flying fox activity. Once his mother allowed him to do so, he began to do it.
Shauqi, you are no doubt the bravest of all..
The Beak Book
These are some of my pupils' work during the language art lesson, the beak book.
I'm sorry about the walls, they are a little bit dirty.
Through language arts, i can see that my pupils are enjoying the lesson more than the normal reading lesson in class. They will have the chance to do many things like acting, drawing, singing, poetry recital etc. in language art lessons.
Thursday, 13 March 2014
Monday, 10 March 2014
I'm a prince / princess
My students are trying to express themselves by saying they are the princes and princesses of something. It is actually an activity during my language arts class and the reading material that I use is 'The King of Kites.'
Sunday, 9 March 2014
Dictionary
For a non native speaker, having a dictionary is necessary for learning the language. What I have here is one of the dictionaries that belongs to me. I can still remember that I used to read at least five words per day in order to learn English during my primary school days. Nowadays, the electronic dictionaries are replacing the old-fashioned, thick dictionaries like the one I have here but I think they are quite pricey, aren't they?



