daily planner



Stick-it notes
Showing posts with label holidays. Show all posts
Showing posts with label holidays. Show all posts

Thursday, 14 December 2017

Itinerary - Xi'an

Basic itinerary for my current Xi'an's trip:
4/12 = Flight touched down kat Xianyang International Airport 11.30p.m. Checked in kat Xianyang Fu Rui Inn dengan harga CNY107 semalam. Ada airport transfer free, deal utk pick up melalui Booking.com
5/12 = Dihantar ke airport oleh pihak inn dan menaiki minivan ke Ancient City International Youth Hostel. Tambang CNY50 sehala. Boleh juga ambil shuttle bus ke bandar dgn tambang CNY25 tapi kebaikan menaiki minivan, dihantar betul2 kat tempat penginapan. Boleh juga book untuk balik melalui syarikat yang sama. Kaunter untuk beli tiket ada kat Terminal 3, ikut signboard yang tulis bus to city.
= Checked in kat Ancient City International Youth Hostel dan harga utk 4 malam CNY160. Kena letak deposit CNY100 dan akan diberi balik selepas kita return kunci locker and key card.
= Berjalan kaki dalam 20 minit dari hostel ke Great Mosque of Xi'an. Tiada bayaran masuk untuk Muslims.
= Lunch di Muslim Street, mi sup daging. Sila install siap2 app yang boleh translate mandarin untuk memudahkan komunikasi if tak reti Mandarin (like me)
6/12 = Ke Terracotta Army Museum. Cara paling mudah ialah mengikuti guide yang disediakan di hostel. Bayaran CNY320 termasuk lunch. Muslims blh opt x amik lunch dengan harga CNY300. Cara lain, naik Metro line 1 ke Xi'an Railway Station CNY2 dari hostel. Dari Xi'an Railway Station, naik Tourist Bus No 5 (306) CNY7 sehala. Bayaran utk masuk ke museum CNY120 seorang pada waktu winter, CNY150 harga biasa
7/12 = Shaanxi History Museum (free entry, just show your passport and make sure datang awal). Naik Metro Line 2 ke Xiaozhai Station. CNY2 sehala. Keluar melalui Exit D then walk straight dalam 10 minit on foot.
= Bell Tower of Xi'an. Naik Metro Line 2 dan turun ke Bell Tower Station (Zhonglou) . CNY2 sehala. Fee masuk CNY35. Buat masa sekarang, Drum Tower ditutup untuk renovation tapi Bell Tower masih boleh dilawati.
= Berjalan kaki ke Muslim Street yang terletak di belakang Drum Tower untuk shopping.
= Menonton Tang Dynasty Show di theatre. Tiket dibeli di hostel CNY160. Seat di depan pentas. Bayaran termasuk transport. Boleh masukkan pakej dinner tapi Muslims please jangan ambil. Tak halal.
8/12 = Ke Taman Tema Tang Paradise. Sebuah taman besar yang bercirikan senibina Dinasti Tang. Naik Metro Line 3 ke Dayanta Station CNY3 sebab pakai 2 line, Line 2 & 3 dari Stesyen Beidajie. Berjalan dari stesyen dalam 25 minit. Boleh singgah ambil gambar The Giant Wild Goose Pagoda on the way ke atau blk dr sana. Bayaran masuk ke taman, CNY120. Recommended sebab tak crowded and park sangat cantik, bersih dan luas.
= Dinner and beli souvenirs di Muslims Street. Dari Dayanta Station naik metro CNY3 ke Zhonglou Station.
9/12 = Checked out dr hostel tapi boleh letak barang sementara keluar berjalan sebelum flight tgh malam. Naik Metro Line 2 ke Yongningmen Station untuk ke City Wall Xi'an. Bayaran masuk CNY54. Sewa basikal untuk pusing wall CNY45 utk 2 jam. Perlu letak deposit CNY200 yang akan diberi bila pulangkan basikal dalam keadaan baik. Berbasikal selama 1jam 15 dan selebihnya berjalan kaki untuk melengkapkan satu pusingan city wall dalam masa hampir 3 jam keseluruhan.
= Berjalan kaki ke Muslim Street untuk shopping souvenir saat akhir.
= Dijemput oleh minivan ke airport dari hostel CNY50 sehala.
Nota kaki : Hostel terletak di sebelah police station and sebelah tu stesyen metro Beidajie. Lokasi memang awesome. Tambang flight termasuk luggage, in flight meals, segala perbelanjaan kat Xi'an termasuk shopping habis dlm RM2k. Boleh murah lagi kalau x beli luggage, meals segala n tak shopping sgt serta bw makanan sendiri dr Malaysia. Kesimpulannya, Xi'an sgt selamat utk solo female traveller (because I did it on my own) cuma saya sentiasa diingatkan beware of pickpockets. Silalah ke Xi'an ye kwn2
The busy and vibrant Muslim street. 

Bangunan dalam the city wall

Keadaan atas city wall

The Giant Wild Goose Pagoda

Tang Paradise

Perarakan berkuda dalam Tang Paradise

Replika istana Dinasti Tang, Tang Paradise

Tang Dynasty's Show

Tang Dynasty's Show 

Antara display dalam Shaanxi History museum 

Antara display dalam Shaanxi History museum 

Terracotta army museum 

Terracotta army museum 

The Great mosque of Xi'an 

The Great mosque of Xi'an 

Monday, 11 December 2017

Masjid Xi'an, China

Hari ni nak cerita tentang The Great Mosque of Xi'an yang terletak dalam kawasan Muslim Quarter. Masjid ni adalah yang terbesar dan tertua di China. Dibina sejak zaman Dinasti Tang dan diperluaskan lagi semasa Zaman Dinasti Song, Yuan, Ming dan Qing.
Yang menarik tentang masjid ni ialah selain menjadi tempat solat untuk Muslim sehingga ke hari ini, masjid turut dikunjungi ramai sebab keunikan senibinanya. Kombinasi antara influence Chinese and Islamic terserlah dalam area masjid. Sebagai contoh, pembinaan bangunan di dalamnya mengikut aturan feng shui yang terkenal dalam masyarakat China dan bangunan dewan solat adalah menghala ke arah kiblat. Susun atur yang cukup unik dan terancang ini sudah semestinya sgt menarik sebab kita perlu ingat, masjid ni adalah masjid lama (lebih 1200 tahun), yang bukan dibina zaman moden. Selain daripada tu, dalam masjid ada binaan sebuah pagoda yang dahulunya dibina untuk muazzin mengalunkan azan. Ini juga menarik sebab mereka tidak terikut dengan influence arabic dalam mebina minaret sebaliknya memilih budaya tempatan yang sinonim dgn pagoda.
Dari tempat saya stay, which is Ancient City International Youth Hostel, perjalanan dengan berjalan kaki untuk ke masjid mengambil masa 20 +- dengan kelajuan biasa.
Siapa yang patut berkunjung ke sini?
1. Umat islam (bagi wanita tidak berhijab sila bawa selendang dan lilitlah di kepala jika nak masuk ke ruang solat kerana non muslims dilarang sama sekali untuk masuk ke ruang solat)
2. Peminat senibina
3. Peminat sejarah
4. Peminat fotografi
Nota tambahan:
Bayaran masuk dikenakan untuk non Muslims sebanyak CNY15 (Dec - Feb) manakala musim lain CNY25. Untuk muslims ianya adalah percuma.
Papan tanda tentang masjid yg terletak di pintu masuk utama

Pintu gerbang di pintu masuk utama

Pintu gerbang menghala ke dewan solat

Pagoda yang pernah digunakan oleh muazzin utk melaungkan azan 

Dewan solat. Hanya Muslims dibenarkan masuk ke dalam dewan solat. Non Muslims boleh melihat cara orang solat melalui beberapa skrin tv yang diletakkan di luar masjid

Dawan dewan solat. Muslims access only 

Monday, 26 December 2016

Sydney Melbourne Part 9

Ye, masih tak habis lagi kisah jalan - jalan Sydney and Melbourne. Huhu. Kali ni Naza nak share pengalaman ke Brighton Beach. Kenapa Brighton Beach? Sudah tentulah sebab ikon yang terdapat di pantai tersebut, the Bathing Boxes. Mengikut info, terdapat 82 bathing boxes yang dibina lebih 100 tahun dahulu mengikut Victorian style. So, selain dari menjadi tempat tumpuan para pelancong, the Bathing Boxes ni juga ada nilai sejarahnya yang tersendiri.
Untuk ke sini, kami menaiki keretapi dari Melbourne dan turun di Brighton Beach Railway Station. Perjalanan mengambil masa 30 minit dan tambang adalah termasuk dalam Zone 1 yang berjumlah AUD3.90 sehala.
Dari stesyen keretapi, kena berjalan sikit nak ke Bathing Boxes ni tapi jangan risau sangat, jalan je perlahan - lahan, pemandangan pantai - pantai di Australia memang cantik dan jadikan pengalaman berjalan tu sebagai satu peluang untuk bergambar kenangan di sepanjang pantai. Bateri kamera Naza habis di Brighton Beach dek kerana banyak sangat snapped photos. Mujur ada bawa action cam, maka, Naza ada back up camera la untuk merakam kenangan. Tapi untuk dalam blog kali ni, Naza just share a few pics yang sempat Naza rakam dengan mirrorless Naza.
Antara cabaran utama semasa berlibur di sini ialah pelancong yang ramai even kunjungan kami adalah semasa winter! Dalam dok sejuk - sejuk pun ramai je yang datang nak bergambar di hadapan Bathing Boxes. Kena take turns lah ambil gambar dekat Bathing Box yang kita suka. Kalau tak kisah, ambil je gambar dekat mana - mana Bathing Box, cuma kita manusia ni suka cari yang paling cantik dan paling unik. Yang tu memang kena bersabar untuk menunggu giliran. Satu lagi nasihat, disebabkan kena berjalan sikit dan kita berada di tepi pantai, jangan lupa bawa air sikit untuk menghilangkan dahaga terutama kalau korang pergi musim panas. Musim winter tak lah terasa sangat cuma kami memang masing - masing wajib bawa air.
Tempat ni sesuai untuk siapa? Kalau sesiapa yang memang suka mencari tempat ikonik bila berada di sesuatu tempat, tempat ini memang sesuai untuk anda. Orang kata, kalau tak ke Brighton Beach dan bergambar di hadapan the Bathing Boxes memang tak sah lah kunjungan korang ke Melbourne, kan? Selain tu, mereka yang suka pemandangan pantai yang cantik, pantai - pantai di Australia termasuk yang ini patut masuk list. Orang yang minat fotografi pun jangan lepaskan peluang ambil gambar pantai dan juga Bathing Boxes, be creative. Pendek kata, semua golongan sesuai ke sini dan paling penting, it's free. Travelers on a budget do take note ya..
Macam biasa, biar gambar berbicara :

Laut yang tenang dan awan yang cantik. Tips : please make sure bateri kamera full dan memory card pun ready la spare takut habis dek kerana geram nak snap pemadangan kat sini.

Musim winter, orang tak ramai kecuali beberapa tourists yang datang untuk bergambar kat Bathing Boxes, so pantai pun tenang je.

Tugu memperingati wira perang. Saja letak gambar sini sebab geram tengok awan di sebalik tugu ni.

Di kejauhan nampak bandar Melbourne sebab pantai ni tak jauh dari bandar, cuma 30 minit je perjalanan.

Antara deretan Bathing Boxes, pilih la yang mana berkenan untuk bergambar tapi yang paling cantik dan unik tu selalu kenan queue la nak bergambar.

Macam - macam saiz dan warna tapi pintu tak boleh buka pun. Tengok dari luar je.

Sunday, 25 December 2016

Sydney Melbourne Part 8

Ok, kali ni punya entry adalah tentang restoran halal yang terdapat di pusat membeli belah Harbour Town Melbourne. Nak ke sini dari Ibis Budget Hotel senang je, just naik free tram yang menghala ke arah Docklands antaranya yang bernombor 86. Kalau naik tram yang bernombor 86 ni akan berhenti di Stop D10 - New Quay. Tambang adalah percuma kerana perjalanan termasuk dalam kawasan tram percuma Melbourne CBD.
Tempat yang kami pergi ni namanya Chilli Padi Mamak Kopitiam. Kalau korang masuk ke dalam premis, boleh nampak sijil halal yang dilekat di dinding. Restoran adalah kepunyaan peniaga yang berbangsa Cina tetapi jangan risau kerana barangan yang disediakan adalah halal. Makanan pula adalah selera Malaysia dan Singapura. Kiranya memang masuk tekak kita lah.
Naza dan Yuz masing - masing telah memesan satu set nasi yang berharga AUD15. Dapat nasi dalam portion yang besar, popia goreng 2 ketul, lauk yang boleh dipilih dari set dan juga sebotol air. Kalau korang tak lapar sangat and nak save budget, bolet je berkongsi satu pinggan sekali makan sebab portion orang Oz ni memang besar.
Selepas makan, kami jalan - jalan sekitar kawasan tapi tak membeli apa pun, tak bajet nak shopping barang - barang yang dijual kat sini. Kami just beli barangan macam souvenir je untuk bawa balik pada adik - beradik.
Seterusnya, macam biasa, penceritaan melalui gambar - gambar di bawah :

Yuz di hadapan restoran

Menu yang ada

Pintu depan restoran. Restoran ni di corner lot.

Naza pesan butter chicken. Ni lah rupa butter chicken orang Oz. Macam rendang pun ada,

Yuz order Sweet and Sou Chicken. Sedap. Kalau order set akan dapat popia goreng dua ketul bersama air.

Ni lah menu yang kami order. Lauk boleh pilih dar nombor satu 1 sampai 7. Hanya sah hari bekerja sahaja.

Restoran terletak tak jauh dari landmark ni, Melbourne Star.

Saturday, 24 December 2016

Sydney Melbourne Part 7

Salam siaran semua..
Maaf, dah lama sesangat tak menulis. Ni pun baru balik dari menjelajah beberapa cities in Europe. Cerita tentang jelajah Sydney Melbourne pun tak habis lagi kan? Kalau nak ketahui cerita tentang jelajah Europe tu nampak gayanya kenalah tunggu sampai habis bab berjalan ke Australia ni habis dulu ye.
Ok, hari ni nak cerita tentang aktiviti yang kami buat seterusnya adalah menaiki keretapi wap di Belgrave ke Stesyen Lakeside. Nama keretapi ni ialah The Puffing Billy. Line keretapi ini dibina di Victoria sekitar tahun 1900-an yang menghubungkan kawasan pedalaman. Pada masa kini, line yang dibuka kepada orang ramai adalah line dari Belgrave ke Gembrook yang melalui kawasan hutan dan ladang - ladang. Kiranya, kalau kita naik keretapi ni memang kita akan tengok pemandangan hijau yang mempersonakan lah.
Untuk bergerak dari bandar Melbourne ke Belgrave, which is the starting point of the Puffing Billy Railway, kami mengambil keretapi dari Melbourne City Railway Station dan mengambil train ke arah Belgrave. Tambang bagi satu perjalanan adalah sebanyak AUD3.90 dan perjalanan akan mengambil masa lebih kurang 1 jam 30 minit. Dari stesyen Belgrave, akan ada signboards yang membantu korang untuk terus ke stesyen Puffing Billy.
Naza dan Yuz telah memilih untuk mengambil perjalanan dari Blegrave ke Lakeside yang mengambil masa sejam untuk perjalanan sehala manakala kos perjalanan untuk seorang dewasa dalah sebanyak AUD31.50. Kami bergerak awal dari Melbourne, maka kami ada masa untuk bergambar sekitar stesyen dan berbual dengan beberapa staf yang sangat ramah. Kebanyakan mereka adalh terdiri daripada orang berusia. Ada yang boleh menyapa dalam Bahasa Melayu yang simple. Ini membuktikan orang Melayu ramai yang naik Puffing Billy train ni. Oh ye, kalau korang jenis malas nak gerak sendiri macam kami buat, korang boleh je ambil pakej ke Puffing Billy melalui hotel korang.
Naza cadangkan pengalaman Puffing Billy Train ni pada merekan yang meminati pemandangan, mereka yang bercuti dengan family (sebab kanak - kanak pasti seronok menyulurkan kaki ke luar dari train semasa train bergerak, but please don't worry, it's safe), mereka yang meminati sejarah juga patut merasai pengalaman ni selain dari mereka yang suka keretapi. Maklumlah, berapa ramai antara kita yang ada pengalaman menaiki keretapi wap zaman sekarang ni kan?
Seperti biasa, Naza tamatkan penceritaan Naza melalui gambar - gambar yang sempat lensa kamera Naza ambil hari tersebut.

Kepala keretapi disediakan dulu sejam sebelum bertolak. Kami pun bergambar dengan kepala gerabak yang mengeluarkan wap yang banyak.

Paparan harga tiket serta stesyen serta tempoh setiap perjalanan. Naza dan Yuz memilih untuk ke Lakeside dan tu pun dah rasa puas sesangat.

Inilah rupa steyen di Belgrave. Masih tradisional dengan binaan kayu.

Nampak tak kami melunjur kaki beramai - ramai. Kalau larat sampai sejam nak melunjur dipersilakan. Kalau dah rasa lenguh, dalam keretapi ada je tempat duduk biasa macam bench tu untuk korang duduk dengan selesa pula.

Bersama denganstaf yang ramah tamah dan boleh berbahasa Malayu asas seperti Selamat Datang, Selamat Pagi dan Terima Kasih. Jadi lah kan, sekurangnya mereka ada inisiatif nak belajar dan menggunakan bahasa kita.

Pemandangan tasik di Stesyen Lakeside. Stesyen ni dinamakan Lakeside sebab ada tasik tau. Jangan lupa pergi kat tasik. Naza dengan Yuz tak perasan tasik ni sampai uncle tadi tanya ada pergi tak kat tasik. Hehehe

Lagi pemandangan dari keretapi.

Pemandangan tepi tasik yang cantik.

Tuesday, 15 November 2016

Sydney Melbourne Part 6

Salam semua. Maaf, dh lama sangat dh rasa tak buat posting baru. Sebab utamanya busy memanjang je lately and sebab lain, laptop teman rosak. Huhu
Okay lah, rasa yang baca blog ni pun kebanyakkannya yang jenis nak cari info based on my experiences of the places i went kan? So hari ni naza nak cerita tentang the Eureka Skydeck yang naza and yuz sempat lawat semasa di Melbourne.
Tempat ni tak jauh dari penginapan kami, Ibis Budget Hotel Melbourne CBD, cuma 15 minit berjalan kaki. Tapi kalau rasa dah malas sangat nak berjalan, just amik je tram bernombor 70 / 75 dari Flinders Street Station ke Market Street Station. Untuk pengetahuan, semua tram dalam area Melbourne CBD adalah free of charge. Naza harap satu hari kat Malaysia pun ada perkhidmatan percuma macam ni utk rakyat hasil dari kutipan GST kita..
Oklah, dah tau macam mana nak pergi mai nak cerita pulak tentang harga tiket. Tiket untuk dewasa ialah sebanyak AUD20 bagi akses ke Skydeck. Kalau nak merasa berdiri dalam bangunan dan berdiri atas kaca lutsinar, pengunjung boleh pilih untuk bayar another AUD12 utk pengalaman The Edge. Tiada had masa untuk korang berada di Skydeck manakala untuk The Edge, korang akan masuk by groups and cameras are not allowed. Pekerja di sana yg akan gambar korang and kalah rasa berminat dengan gambar tu, kena beli lah dari kaunter. Maaf, tak ingat pula berapa harga tapi mengikut pakej lah. Boleh pilih nak gambar kecik atau besar, ada siap frame atau tak.
Brrbaloikah berkunjung ke sini?
Well, kalau korang jenis suka tengok pemandangan malam dari tempat tinggi, tempat ni memang wajib pergi walaupun kena bayar mahal. Bagi naza sendiri tak kisah korbankan sebanyak AUD32 untuk merasai pengalaman Skydeck dan The Edge. Pemandangan cantik di suatu malam yang dingin akan menjadi kenangan sampai bila- bila
Pemandangan malam yang memukau.
Warna warni lampu di bandar Melbourne
Worth every penny spent
Bukti sampai. Hehe
Kalau masuk the Edge akan dapat gelang ni secara percuma. Bukti anda berani. Hehe

Sunday, 9 October 2016

Sydney Melbourne Part 5

Assalamualaikum dan salam sejahtera pada yang masih setia dengan blog ni. Maaf, dah lama sangat tak update. Kali ni nak sambung balik kisah pengembaraan di Melbourne di mana Naza and Yuz ke Sovereign Hill di Ballarat. Kalau peminat Running Man mesti tahu tempat ni sebab pernah jadi tempat pengambaran episod waktu team Running Man bersama Rain dan Kim Woo Bin ke Australia dulu. Alah, episod yang diorang ke tempat cowboy tu, Kalau nak tahu, ini la tempatnya. Kalau nak rasa feeling cowboy and buat aktiviti macam main bowling seperti yang Yoo Jae Sook pernah buat, peminat Running Man, korang wajib datang sini.
Okay, memula jom cerita tentang harga tiket masuk sini dulu. Harga untuk seorang dewasa masuk ke tempat ni adalah sebanyak AUD54. Nak pengsan ye dak tengok harga? Tapi bagi Naza, tempat ni agak berbaloi untuk korang lawati kalau korang ada bajet lah. Tiket masuk ni adalah termasuk sekali tiket ke Gold Museum yang terletak di seberang jalan. Satu je nak bagi tahu, Sovereign Hill ni memang satu tempat yang agak menarik tapi Gold Museum tu amatlah boring. Lagi satu dah alang -alang masuk dalam tempat cowboy, mesti teringin nak naik coach kuda kan? Satu ride dalam tu dikenakan sebanyak AUD5.50. Spare la duit untuk naik kereta kuda pula.
Seterusnya Naza nak explain sikit cara nak gerak ke sini dari bandar Melbourne. Basically, perjalanan akan memakan masa selama lebih kurang 2 jam, so Naza nasihatkan korang gerak dari bandar awal pagi, baru puas jalan - jalan dalam tu. Bawalah bersama sedikit makanan sebab nak mencari makanan halal dalam tempat tersebut adalah mustahil. Dari Melbourne Southern Cross Station, sila naik train yang membawa korang ke town yang bernama Ballarat dan dari stesyen Ballarat, naik bas untuk ke Sovereign Hill. Salah satu bas yang boleh dinaiki adalah bas bernombor 9. Korang juga boleh bertanya kepada mereka di stesyen di Ballarat cara nak pergi ke Gold Museum / Sovereign Hill dan in shaa Allah mereka akan membantu, Orang OZ setakat ni baik - baik dan sangat membantu kalau kita bertanyakan jalan atau tersesat. Jangan risau nak bertanya.
Sekarang Naza akan ceritakan sikit apa yang ada dalam tempat ni. Well, selain dari orang yang berpakaian seperti orang di zaman kegemilangan cowboy, korang juga boleh tengok dan masuk ke bangunan - bangunan lama dalam tu. Dalam setiap bangunan juga ada pameran, permainan yang boleh korang cuba secara percuma as well as barangan kraf yang dibuat menggunakan kaedah lama yang boleh korang beli. And tell you what, ada antara barangan yang dijual dalam tu adalah jauh lebih murah dari yang dijual di luar. Mungkin pasar - pasar jualan juga ambil dari sini untuk dijual di tempat mereka.
Ada waktu - waktu tertentu juga persembahan dilakukan oleh volunteers dan yang sempat Naza dan Yuz tengok adalah demostrasi polis dan diakhiri dengan tembakan menggunakan senapang lama. Bingit jugalah telinga dengar bunyi tembakan. Kami juga sempat mencuba main bowling zaman dulu, which is tak jauh beza dari apa yang kita buat sekarang cuma material je lain, dulu dibuat dari kayu. Disebabkan kami pergi waktu winter, kami try pun mendulang gold dalam sungai, takut tak mampu tahan sejuk. If korang pergi waktu yang bersesuaian, cubalah.
Jom tengok gambar plak.

Salah satu bangunan lama yang cantik dalam ni. Jangan lupa bergambar banyak - banyak. Boleh masuk untuk lihat kalau ada pameran, pertunjukan atau benda yang nak dijual dalam setiap bangunan.

Rupa kereta kuda yang korang akan naik kalau nak naik. Satu ride kena bayar AUD5.50 per adult. Kuda akan direhatkan setiap beberapa jam. Sila bertanya dekat tempat naik coach.

Ni tempat naik kuda. Waktu kami pergi orang tak ramai, so tak perlu beratur panjang pun.

Uncle ni tengah buat barangan besi dan tembaga dalam salah satu workshop. Elok pula dia pandang camera waktu ni.

Ni la rupanya bowling alley zaman cowboy dulu. Ada kami ambil gambar waktu tengah main tapi nampak buruk bebenor pulak kelakuannya. Hahaha. Tengok gambar ni je la.

Aktiviti mendulang emas di satu musim sejuk. Tak rasa sorang pun jumpa emas tapi nasib lah, untuk experience apa salahnya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...