daily planner



Stick-it notes
Showing posts with label Busan. Show all posts
Showing posts with label Busan. Show all posts

Thursday, 24 December 2015

Haedong Yonggungsa, Busan

Haedong Yonggungsa Temple adalah sebuah Buddhist Temple yang cukup terkenal di Busan. Kalau buka kat Tripadvisor pun, memang tempat ni berada dalam ranking no 1 voted by travellers. Reason nya, tempat ni memang cantik sangat. Peminat photography mesti akan sangat teruja kalau sampai sini, banyak spot boleh jadi tempat shooting yang menarik. Untuk ke sini dari bandar Haeundae, kami naik bas dan berhenti di stop Lotte Mall. Dari Lotte Mall, kena berjalan dalam 15 minit dan sedikit mendaki untuk ke temple ni. Kalau dari tempat kami, bas yang ke sini bernombor 100 berhenti betul2 depan Lotte Mall. Kiranya kalau lepas melawat tempat ni nak terus shopping kat factory outlet boleh terus gi Lotte Mall la.
#mytravelgram #Traveladdict #busanmustsee #southkorea

Melihat ombak di Pantai Haeundae

Memandangkan penginapan kami di Busan adalah di area Haeundae, makanya kami tak melepaskan peluang ke Haeundae Beach, salah satu tempat wajib pergi kalau korang ke Busan. Dari guesthouse, kami hanya perlu berjalan kaki dalam lebih kurang 5 minit je untuk ke pantai. Memandangkan kami ke Korea Selatan sewaktu winter, memang la takde orang yang mandi manda dalam laut, giler sejuk air nya tapi memandangkan tempat ni famous, masih ramai yang ke pantai macam kami, cukup sekadar mengambil gambar di sekitar. Kalau nak cari makanan halal pun senang kat area ni sebab memang kawasan tumpuan pelancong tapi mostly masakan Arab / Indian la. Masakan Melayu tak jumpa plak area Haeundae ni. Mana tahu, satu hari nanti ada anak Melayu yang berani buka bisnes jual nasi berlauk plak kat bumi Busan. Tak payah la orang yang jenis nak makan nasi dengan budu and sambal belacan hari2 pening nak cari tempat makan kan?
#busanmuslim #halalkorea #Traveladdict #travelkorea #busanmustsee

Tuesday, 22 December 2015

Hostel di Busan

Hari ni nak share tempat penginapan kami semasa di Busan. Namanya Mr & Miss Egg Hostel. Kalau tengok di Agoda, tempat ni paling murah harganya di kawasan Haeundae. Tempat agak bersih dan kemas, Malaysians pun ramai yang menginap di sini.
Cara nak pergi, kalau dari Gimhae Airport naik limousine bus turun di Seacloud Hotel dan kena berjalan dalam 5 minit untuk sampai. Kami dari Masjid Busan, kami ambil subway dan berhenti di Haeundae Station kemudian keluar melalui Exit 1, berjalan straight sampai nampak satu mall yang besar. Bangunan hostel terletak selang sebuah bangunan mall tersebut. A bit tricky sebab hostel ni terletak di tingkat 3, kena dongak ke atas untuk tengok signboard hostel ni. Jangan risau kalau2 tersesat sebab orang Busan ni memang very helpful, mereka kalu tengok kita terpinga2, ada la bantuan akan dihulur, in shaa Allah.

Saturday, 19 December 2015

Busan Tower

Tempat pertama dilawati kami was the Busan Tower. Untuk ke sini, korang kena naik subway Line 1 dan turun di Nampo Station. Ia terletak bersebelahan kawasan membeli - belah yang terkenal di Busan iaitu Nampo-dong.
Bayaran untuk masuk ke observatory adalah sebanyak KRW5000. Kalau rasa sayang nak belanja, korang boleh je ambil gambar sekitar tower ground dan masuk di bangunan sebelah tower yang juga menempatkan pameran setem dari negara Korea Utara, untuk masuk ke bangunan tersebut free je. Ada satu galeri seni di hadapan tower, yang itu kalau nak masuk dinasihatkan beli combination tiket bersama dengan observatory yang bernilai KRW6000. Kalau beli asing tiketnya mahal.
Tempat ni sesuai untuk mereka yang suka nak tengok pemandangan bandar Busan dari aras atas. Actually pemandangan tersebut not too bad sebab struktur geografi Busan yang ada laut dan bukit bakau serta bangunan yang berwarna - warni sudah cukup menarik. Kalau nak dibandingkan dengan N Tower di Seoul, tempat ni less crowded, nak ambil gambar pun senang, tak payah nak berebut ambil giliran dekat spot yang cantik.
#Busan #travel

Friday, 18 December 2015

Lina, Busan Tower, Gukje Market dan Jagalchi Market

Istimewa posting Naza kali ni sebab nak bagi kredit kepada seorang pelajar Indonesia yang kami jumpa di Masjid Busan, Lina namanya. Ceritanya begini, kami sampai awal pagi di Busan dan stay semalaman di stesyen bas ekpress Busan sementara menunggu subway pertama yang bermula jam 5.10pagi. After dapat naik subway, terus kami decide ke Busan Masjid untuk solat dan membersihkan diri.
Setelah solat, imam mencadangkan kami berehat di dalam sebuah bilik di dalam masjid yang lebih selesa dan panas di tingkat bawah. Semasa berehat, Lina pun masuk ke dalam bilik tersebut untuk solat Subuh dan berehat setelah menghantar rakannya ke stesyen subway yang berdekatan. (Dusil Station)
Jika korang biasa bermusafir, korang mesti akan cari masjid kerana pasti korang akan merasai brotherhood and sisterhood yang indah bila berada di bumi asing. Di Busan, kami dapati perkara yang sama bila berkenalan dengan Lina. Bayangkanlah, kami ini hanya menumpang lelah sementara meneruskan perjalanan, menjadi tetamu tanpa undangan Lina pada pagi tersebut. Lina telah memasak sarapan untuk kami, setelah habis sarapan, dibawanya kami bersiar2 ke Busan Tower, Gukje Market dan Jagalchi Market. Yang paling best, semasa berbelanja di Gukje Market, disebabkan Lina boleh berbahasa Korea, kami dapat banyak diskaun semasa membeli belah. Malah, Lina juga telah membenarkan kami menyimpan beg kami di satu sudut di masjid sementara kami berjalan.
Terima kasih Lina atas kebaikan anda. Moga Allah membalas jasa anda yang melayan kami, tetamu tanpa undangan di Masjid Busan pada pagi 15 Disember yang lalu. Andai posting ini dibaca anda, follow me on my IG / twitter / FB. Moga akan ada persahabatan yang berkekalan antara kita.

Thursday, 17 December 2015

Gamcheon Culture Village, Busan

Terkenal dengan jolokan the Santorini of Busan, tempat ini pasti tidak asing lagi bagi peminat K Pop kerana telah menjadi tempat pengambaran bebebapa siri terkenal seperti RunningMan dan Infinite Challenge. Menariknya, kawasan ini adalah penempatan setinggan yang mempunyanyai penghuni dan rumah2 mereka telah dihiasi dengan pelbagai karya seni sehingga menjadikan rumah2nya berwarna warni dan ceria. Terdapat beberapa galeri seni karya artis tempatan dan antarabangsa yang boleh anda kunjungi sambil menikmati pemandangan indah dari atas bukit.
Untuk ke sini dengan menaiki subway, sila naik subway Line 1 ke Stesyen Teosong. Dari stesyen Toesong, korang kena melakukan pendakian sehingga 1.5km. Jika rasa tak mampu, sila dapatkan khidmat teksi kerana memang anda akan letih mendaki untuk ke sini.
Bagi Naza tempat ini wajib kunjung jika ke Busan dan luangkanlah sekurangnya 2 jam untuk menikmati pemandangan, ke galeri2 yang ada dan of course bergambar di tempat2 menarik terutama location pengambaran siri tv kegemaran korang.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...