Kami sampai ke Perth lebih kurang jam 3.20 petang sebab flight kami delayed disebabkan kesesakan yang luar biasa kat KLIA hari tu. Memang ramai sungguh orang, maybe sebab cuti sekolah, semua nak ambil kesempatan.
Dah sampai, punya lah lama bertapa di Perth International Airport, yang lama sebab terpaksa melepasi beberapa tapisan imegresen. First, kena stamp dulu passport. Waktu ni senang, kalau imigresen tempat lain kita kena pergi sorang - sorang kat kaunter. Kat Perth, kami sekali berempat ke kaunter dan tak kena marah pun. Hehe
Lepas stamp passport, dua orang pegawai imigresen berpakaian biasa plak datang interview, ada tak makanan yang kami nak declare. Kami pun bawa keluar lah list yang kami dah buat awal - awal, senang, tak banyak kira pastu dia lepaskan kami after tulis 'm' kat arrival cards kami.
Lepas tu baru la ambil luggage. Dah ambil luggage, kami kena beratur pulak kat bahagian custom. Waktu ni lah dia tengok apa makanan and ubat - ubatan yang kita bawa. Memandangkan kami dah siap buat list bahan - bahan makanan dan ubatan yang dibawa, pegawai tak banyak kira, beg kami tak diselongkar sesuka hati. In fact, beg Naza Isma just dia buka gitu and tengok - tengok je. Kunci nak bagi mudah kat sini please declare segala yang dibawa and letak dalam satu beg.
Dah selesai segala urusan di kastam, kami pun meneruskan misi seterusnya, which was membeli sim card untuk kegunaan semasa di Perth. Saya beli sim yang ada data sahaja, berharga AUD29 dan dibekalkan data 3G. Kawan - kawan yang lain beli sim pack berharga AUD20, dapat data 1G and kredit melebihi AUD400. Berbaloi - baloi betul sim pack Vodafone yang kami beli tu. Kaunter Vodafone terletak di balai ketibaan selepas selesai urusan imigresen dan kastam.
Ok, dari airport macam mana plak nak ke bandar Perth dengan cara paling murah?
Untuk info, kat Perth International Airport ni takde bas yang direct ke bandar ye. Hanya lapangan terbang domestik je ada bas direct ke bandar,so untuk ke terminal domestik, kita kena lah naik shuttle bas free yang disediakan. Nak cari bas tu tak susah, ada tulis shuttle to terminal T1 / T2 (kalau tak silap), kalau silap T3 / T4. Hehehe. Ingat ye, bas ni free, jangan plak tanya driver berapa kena bayar.
Dah sampai ke Domestic Airport, ambil pula bas no 40. Tambang bas dari airport ke city adalah sebanyak AUD4.40. Untuk ke Malaysia Hall pula kami ambil bas bernombor 950 sebab Cat Bus dah tamat perkhidmatan dia waktu tu. Dari bus stop 950 ni jenuh juga la nak menapak. Banyak bas juga yang ke Malaysia Hall ni termasuklah no 950. Yang membezakan cuma jarak berjalan je.
Satu tips nak senang bergerak guna public transport ni, bila dah sampai tempat penginapan, cuba jalan -jalan sekitar tempat menginap cari bus stops. Pasti ada beberapa yang berdekatan. Catatkan nombor bas yang melalui bus stop tu beserta arah bas. Contohnya ada bas bernombor 40 towards Esplanade Busport. Jangan lupa catat nombor dan arah perjalanan bas tu ye.
Sistem bas di Perth terutama area CBD pun sangat efisyen dan efektif. Duration masa menunggu satu - satu bas adalah antara 10 ke 15 minit. Jadi, kalau terlepas bas tak perlu lah nak lari beria sangat, tunggu bas seterusnya. Perlu diingat frekuensi bas di CBD adalah lebih kerap berbanding di luar bandar, tapi tak perlu risau, selalunya di setiap bus stop ada jadual perjalanan bas. Korang boleh rancang perjalanan korang ikut jadual tu.
Ni lah list yang Naza Isma buat untuk declare food kat kastam
Suasana dalam bas yang menghubungkan international dan domestic airport
Ni lah rupa Malaysia Hall dari luar, senang nak cam, warna merah
Semua dalam ni dalam BM
Baru je dirasmikan oleh TPM kita
hye. klu kt MH perth nak masak nasi boleh ke?
ReplyDeleteAda kitchen
ReplyDeletefees MH berapa pulak sekepala for per night ? ada special price tak untuk yang datang secara group ?? aspecially for a group of student
ReplyDelete