daily planner



Stick-it notes

Tuesday, 29 November 2011

Bukan entry pasal kek



Hari ini tiada entri tentang kek sebab memang tak buat kek pun, tak sempat sebab kami ada group meeting untuk buat tugasan berkumpulan.
Hari ini entri adalah tentang satu kedai menjual barang kek yang terdapat di kamunting. Dah beberapa kali singgah membeli barang kat kedai ni sebab tengok ada barangannya yang lebih murah berbanding kedai - kedai lain. Sebagai contoh, harga tepung roti. Di Tie Jia Taiping, harganya RM3.20 untuk sekilogram. D' Master Taiping juga menjual dengan harga yang sama manakala Sunflower Kamunting RM2.90 sekilogram. Harga di kedai baru ini cuma RM2.80 untuk sekilogram.
Lokasi kedai terletak beberapa pintu berselang dengan Restoran Asam Pedas Kamunting. Rasanya restoran ni memang terkenal jadi memang tak susah lah untuk mencari kedai yang dimaksudkan. Lagi satu yang bagusnya kedai ini turut dibuka pada hari Ahad. Jadi para bakers Taiping sekalian, jom serbu kedai baru :)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...