daily planner



Stick-it notes
Showing posts with label announcement. Show all posts
Showing posts with label announcement. Show all posts

Wednesday, 9 May 2012

buka order..blueberry cheesecake


oleh sebab sekarang ni nazaisma homemade memberikan tumpuan yang lebih untuk kelas baking, maka order dari pelanggan pun jarang diambil. namun, untuk minggu ini nazaisma ingin membuka order blueberry cheesecake untuk pick up pada hari ahad, 13.5.2012. harga kek ialah rm35 (setengah adunan).order mesti disertakan dengan deposit. jika berminat untuk membuat pesanan, sila hubungi 0195693017. tq

Sunday, 15 April 2012

Pengumuman




Kepada semua yang berminat untuk mengikuti kelas baking di nazaisma homemade, kami menawarkan alternatif baru untuk anda. Dengan hanya bayaran sebanyak RM50, anda berpeluang untuk mempelajari dua jenis kek secara one to one (personal). Kek - kek yang ditawarkan untuk bulan April adalah seperti berikut:
  1. Macadamia white chocolate cake
  2. Chocolate Indulgence
  3. Blackforest cake
  4. Peach cake
  5. Chocolate cheese cupcakes
  6. Cheddar cheese cupcakes
Syarat - syarat untuk kelas:

  • Pilih dua kek dari senarai (kek berlainan mengikut bulan)
  • Pilih sendiri tarikh yang dikehendaki untuk kelas
  • Pilih lokasi belajar, samada rumah anda sendiri atau di rumah nazaisma homemade (lokasi luar taiping akan dikenakan surcaj duit minyak)
  • Seorang pelajar sahaja untuk satu masa. Bayaran RM50 adalah untuk seorang, jika ingin belajar bersama kawan, kawan anda juga akan dikenakan caj belajar
  • Bahan - bahan untuk kelas disediakan oleh anda
  • Nazaisma akan memberi resepi, tips dan tunjuk ajar dari mula sehingga ke proses menghias kek anda
Jika berminat, contact nazaisma di no 0195693017 atau email nazaisma@gmail.com

Wednesday, 11 January 2012

Exam! Exam!

Dah beberapa hari tak buat entry baru, tiba2 je tajuk entry pun pasal exam. Bukan apa, nak mengumumkan sebenarnya yang pada hari sabtu ini -14.1.2012 dan juga ahad- 15.1.2012, nazaisma homemade tidak akan menerima tempahan kerana berada di luar daerah untuk menduduki peperiksaan di usm. Tempahan yang last minit terutama sekali edible image (selalunya memang pelanggan suka order last minit) tidak dapat dipenuhi sepanjang tempoh tersebut ye. Untuk pick up sebelum dan selepas tarikh tersebut je akan dilayan.

Wednesday, 4 January 2012

Akhirnya Tewas Juga

Gambar di atas ni merupakan ubat - ubatan dan mc pemberian doktor. Thanx puan doktor.

Sebenarnya dah masuk tiga hari pun demam, tapi x pergi pun klinik sebab x larat nak drive sendiri. Hari ni berpeluang sebab memang on the way balik sekolah pun klinik ni jadi nak x nak, larat x larat kena pergi juga.

Pergi hospital swasta je pun sb kalu kerajaan, sah2 masa menunggu boleh jadi triple dan oleh kerana pegi sorang2, drive sorang2 memikirkan tenaga dah x boleh nak pegi, pegi je la swasta, kuar duit sikit pun xpe.

Bila doktor cek dia kata demam saya sangat tinggi, dia nak bagi mc untuk hari ni tapi dah balik sekolah, mc apanya.huhu, so dapatla untuk esk. Tekak pun dikatanya merah dan dia dah pesan awal2 kalau ada ruam naik, datang lagi jumpa - takut denggi sebab demam yang tinggi. Tapi saya harap bukanlah denggi, banyak benda akan jadi tunggang terbalik kalu kena benda tu. Next week nak exam kat usm tu. Untuk lepas sem 2. Huhuhu. Berdoa lah untuk saya ye semua, agar demam ni demam biasa, cuma berubah musim. Tq all

Btw, saya x amik order ye kalau ada yang tiba2 nak order. Benarkan saya sembuh dulu. Tq :)

Gaji Kakitangan Kerajaan

Saturday, 31 December 2011

Promosi Tahun Baru 2012

Tinggal sehari sahaja lagi rakyat malaysia bakal menyambut kedatangan tahun baru 2012. Sempena kedatangan tahun baru juga nazaisma homemade dengan ini mengumumkan bahawa akan mengadakan promosi printing edible image selama seminggu brmula hari ini sehingga 7.1.2012.

1.Promosi terpakai untuk setiap order edible image yang mesti diambil dalam tempoh masa tersebut (maksudnya kalu order dalam tempoh masa tersebut tapi nak pick up 8.1.2012 dah x masuk dalam tempoh promosi ye).

2.Saiz cetakan hanyalah untuk a4 sahaja.

3.Gambar yang dikehendaki mestilah siap di email kepada nazaisma homemade (maksudnya bukan order nak gambar apa then nazaisma homemade yang kena cari gambar tersebut pula).

Harga promosi : RM14

Harga asal : RM17

Anda jimat : RM3

Contoh2 susun atur edible image boleh dilihat dalam blog ini di bawah label edible images.

Friday, 2 December 2011

Give Away Kemeriahan Rayaku


Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Akhirnya saya berkesempatan lagi untuk membuat satu lagi Give Away kepada para blogger yang sudi untuk menyertainya. Actually saya sudah mengeluarkan hint sedikit masa lalu untuk GA ini dan sekaranglah masanya untuk saya umumkan formatnya pula. Here it goes...

Apa yang anda perlu lakukan?

1. Buat entri bertajuk 'Give Away Kemeriahan Rayaku'
2. Letakkan gambar2 suasana anda menyambut Aidiladha yang lalu. Wajib ada satu gambar hidangan raya anda.
3. Link kan entri tersebut dengan blog nazaisma.
4. Wajib jadi follower blog nazaisma.
5. Bila entri telah selesai dibuat, sila tinggalkan jejak anda di ruangan komen.

Senang je kan? Apa pula habuan untuk pemenang kali ini?

- 2 orang pemenang utama akan memenangi kelas percuma membuat coklat seperti gambar di
atas.
- 3 orang pemenang saguhati akan menerima senaskah buku resepi berkaitan pastry.

Berminat? Jom ramai2 sertainya.

TARIKH TUTUP : 2.12.2011 (2 minggu dari sekarang)

  • Pemenang akan melalui pemilihan dari juri2 awam. Make sure gambar2 anda menarik untuk menarik perhatian mereka :)

JOM RAMAI2 SERTAI!!!!!
GOOD LUCK!!!!!

Sunday, 30 October 2011

Pemenang give away pertama naza isma home made


Maaf kerana mengambil masa untuk mengumumkan pemenang give away ini kerana naza isma terpaksa menggunakan juri untuk memilih pemenang memandangkan ada di antara peserta merupakan kenalan naza isma. Ini adalah langkah yang dirasakan adil untuk semua.
Setelah berpuas hati dengan pilihan juri yang memilih berdasarkan kepada kekreatifan ayat2 anda maka dengan ini diumumkan ketiga2 pemenang biskut trakinas ini. Mereka adalah :
1. Shamida
2. Chikadakbiru
3. Hanizan
Kepada para pemenang, diminta jasa baik anda untuk email nama penuh, alamat serta concact number anda ke nazaisma@gmail.com bagi tujuan delivery.
Tahniah kepada semua pemenang. Bagi yang tidak berjaya, jangan bimbang. InsyaAllah naza isma bakal mengadakan lagi Give Away sesi yang kedua dengan hadiah yang berlainan sedikit waktu lagi. Boleh lah cuba GA 2.0 pulak ye ;)

Saturday, 29 October 2011

Modul kelas

Modul kelas nazaisma telah di hacked oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dan untuk itu, jika anda inginkan modul kelas - kelas kek di nazaisma home made sila lah rewuest di email kami - nazaisma@gmail.com. Sebarang kesulitan adalah amat dikesali

Friday, 21 October 2011

naza isma home made 1st Give Away :)


Sempena hari Jumaat yg barakah ini, saya ingin mengumumkan yang blog ini akan mengadakan GA pertama khas untuk blogger2 semua. Hadiahnya, memandangkan nazaisma home made berasaskan bakery --> Biskut Strawberry Trakinas untuk tiga pemenang (macam gambar kat atas ni). Berminat? Jom tengok syarat2 nya..

Syarat:

1. Anda mesti lah seorang Blogger yang mempunyai alamat di Malaysia --> senang nk pos ;-)
2. Jadi Follower di blog nazaisma home made ni..
3. Once dah jadi follower, sila tinggalkan jejak blog anda di ruangan komen. 
4. Lengkapkan sekali ayat ini --> Saya nak menang GA ini kerana ......
5. Terpulang pada anda untuk memasukkan entry tentang GA ini di dalam blog anda --> Kalau anda
    masukkan lebih ramai blogger yang tahu.
6. Tempoh masa GA ini adalah dari 14.10.2011 - 21.10.2011 --> seminggu sahaja

Senang je kan? So, cepat2 la join GA sulung blog nazaisma home made ni sebelum terlambat ye :)

lagi satu, once u've been my Follower, i'll follow u back


Monday, 10 October 2011

i'll be away


entry ni bkn nye nk menayang beg baru ke apa ye.just nk bt pengumuman yg bermula hari ini, 10.10.2011 - 15.10.2011 nazaisma home made tidak akan menerima sebarang order kerana ada kursus di penang. sesiapa yg nk order utk pick up selepas tarikh tersebut dialu-alukan.

Thursday, 25 August 2011

selamat hari raya

tinggal beberapa hari lagi umat islam di malaysia bakal menyambut hari raya.di kesempatan ini nazaisma home made ingin mengucapkan selamat hari raya dan meminta maaf kepada kaum keluarga, sahabat handai serta para pelanggan yg pernah berurusan dgn kami.jika ada kelapangan, jemputlah ke rumah utk beraya nnt.
perniagaan di nazaisma jg direhatkan utk sementara waktu semasa syawal dan akan menerima tempahan dan kelas baking semula bermula dari 5.9.2011 (isnin)
Published with Blogger-droid v1.7.4
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...