daily planner



Stick-it notes

Wednesday, 8 June 2016

Sydney Melbourne Part 2

Regional train. Kalau yang dari airport tu train dia 3 tingkat oooo.

Ambil gambar platform train

Jadual train.

Sempena memperingati John Whitton, 'Bapa Keretapi New South Wales.'

Serba sedikit sejarah yang korang boleh baca.

Pemandangan dari dalam Sydney Central on a chilly winter night.
Untuk entry kali ni Naza akan ceritakan tentang pusat transportation di bandar Sydney yang dikenali sebagai Sydney Central. Unless korang memang driving di Sydney, pastinya korang akan jejak juga station ni. Nak memudahkan pemahaman korang tentang tempat ni, anggap Sydney Central lebih kurang macam KL Sentral.
Kenapa Naza samakan dua tempat ni? Well, even though kita tak boleh lah nak samakan kemudahan negara kita dengan negara luar, fungsi kedua - dua tempat ni adalah sama, which is menjadi hub pengangkutan awam bagi bandar masing - masing. Di Sydney Central, korang boleh naik train yang menghubungkan line berbeza seperti ke airport, intercity serta regional. Selain tu, kalau nak naik tram pun perkhidmatan ada di luar station. Tu belum lagi city bus and of course, coaches. Coaches ni kalau kat Malaysia kita sebut bas ekspres.
Naza dan Yuz sempat melepak di Sydney Central sementara menanti coach kami yang bergerak pukul 7 malam ke Melbourne. Untuk entry yang seterusnya Naza akan explain macam mana nak pergi ke tempat di mana korang patut naik coach korang.
Untuk memudahkan korang bergerak menggunakan any mode of transportation di Sydney, please dapatkan Opal Card sebaik mendarat. Kad boleh dibeli di convenient store di airport. Kalau tak pasti kat mana, bertanyalah orang sekeliling and if orang sekeliling nampak tak mesra, pergi direct ke Information Counter di airport tanya macam mana nak dapatkan kad tu.
Dari airport kami tukar train ke tram, so kami kena tukar di Sydney Central. Kami tak simpan beg pun di sini tapi kalau korang nak simpan, ada facility disediakan (bukan coin lockers) dan bayaran bagi sebuah beg adalah sebanyak AUD11. Bagi kami ianya agak mahal memandangkan kali ni Naza dan Yuz tak buat percutian ala backpackers, makanya, seorang bawa lebih dari satu beg. Agak reluctant lah kami nak simpan beg di Sydney Central, makanya seharian kami ke mana2 mengangkut beg. Hehehe
Cuma mungkin satu yang Naza nak pesan pada female travelers especially yang solo tu. Naza perhatikan ramai gelandangan yang tidur di kaki lima sekitar Sydney Central, so sentiasalah alert dengan persekitaran dan jaga diri korang kalau sekiranya korang terpaksa berada di stesyen ini di waktu lewat malam atau awal pagi.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...