daily planner



Stick-it notes

Tuesday, 14 June 2016

Sydney Melbourne Part 3

Baru ada kerajinan nak update bab seterusnya. Kali Naza nak ceritakan macam mana Naza dan Yuz bergerak dari Sydney ke Melbourne melalui Sydney Central. Well, there are a few ways actually. Korang boleh naik train, flight or macam kami, kami memilih untuk naik express Coach milik syarikat Firefly.
Tiket untuk coach telah di booked lebih awal dari Malaysia melalui website ini. Pembayaran boleh dibuat menggunakan kredit or debit card. Setelah pembayaran dibuat, korang akan menerima itinerary perjalanan korang melalui email. Sila print dan simpan itinerary tersebut sebab korang takkan diberi tiket bas lain even korang dah pergi kaunter minta tiket. Itinerary tu lah yang bertindak sebagai tiket korang. Kalau sekiranya korang print sehelai je itinerary tu dan beli tiket return, just make sure jangan hilangkan salinan yang ada tu sehingga nak naik coach pulang ke Sydney. Kalau hilang juga, mungkin (ni andaian je) korang akan diminta untuk tunjukkan bukti id seperti passport. Details penumpang sebenarnya dah ada sesalinan pada driver cuma dia nak tengok bukti lah. Harga tiket sehala dari Sydney ke Melbourne adalah sebanyak AUD 65 termasuk GST.
Bangunan pejabat pengurusan Firefly Coach terletak di 488, Pitt Street. Kalau korang berada di Sydney Central, boleh follow je sign yang tertera 'Exit to Pitt Street' kemudian, gunakan escalator untuk turun ke bawah, dan terus ke kiri. Jalan sampai jumpa satu backpacker hostel tapi jangan lintas ke arah hostel tu, turn to your left and boleh nampak beberapa buah bas / coach diparkir kat situ. Korang just cari j no 488, memang nombor tu display besar - besar.
Sedikit info tentang Firefly Coach ni, pejabat urusan dia berkongsi dengan Premier Coach and korang takleh nak leave luggage kat dalam pejabat tu, hanya penumpang Premier Coach je yang dibenarkan untuk simpan beg kat sana. Kalau korang nak letak juga keselamatan beg korang memang tidak akan dijamin.
Kedua, urusan untuk menaiki coach hanya akan dibuat setengah jam sebelum berlepas, so terpulang la kat korang if nak lepak kat area coach tu or nak gi jalan - jalan dulu, setengah jam kemudian baru datang balik. Urusan dalam masa setengah jam sebelum berlepas tu terdiri dari :- driver angkat beg masuk ke tempat simpanan coach, waktu ni tunjukkan itinerary korang kat driver and then he will give your seat number(s). Dah selesai semua, barulah pintu akan dibuka and korang akan duduk accordingly.
Dalam bas ada tempat untuk caj handphone and gadget korang kat setiap seat. Selain tu juga, ada tandas dan water dispenser sekiranya korang nak minum air. Perjalanan akan mengambil masa lebih kurang 12 jam dan akan berhenti sebanyak 3 kali untuk ke tandas atau makan dan minum. Antara peraturan dalam coach yang korang kena patuhi; makanan mudah rosak (makanan dimasak) tak dibenarkan untuk dimakan dalam coach, if nak makan juga, kena makan kat RnR lah. Air pula kena dalam botol plastik ber 'cap'. Selain dari tu, silalah pakai seat belt ye.
Bagi Naza yang memilih mode of transport gini sebabnya Naza nak tido atas bas, so kos accommodation dah tolak dah kat situ untuk 2 malam. Suasana dalam coach juga bagi Naza agak selesa cuma perbezaan ketara perangai drivers untuk perjalanan pergi dan balik yang agak kontra serta sikap annoying beberapa Latin ladies yang tak reti bersembang perlahan semasa penumpang lainnya tidur memang merosakkan sikit mood semasa perjalanan dari Melbourne ke Sydney.
Overall, Naza recommend journey with night coach ni bagi sesiapa yang tak kisah dengan masa, nak jimat kos sewa bilik serta tak kisah tidur dalam bas.
Untuk part 4,  in syaa Allah Naza akan cerita serba sedikit facilities yang ada kat Southern Cross Station, Melbourne.

Depan pejabat urusan Firefly Coach

Bunting yang terletak di hadapan pejabat urusan. Itulah harga tiket sehala ke Melbourne.

Ruang dalam pejabat urusan. Cuba teka Yuz kat mana? Hahaha.

Coach terletak kat depan pejabat urusan je. Coach baru, semua berfungsi dengan excellent.

Route Firefly, ke Melbourne pun 12 jam, bayangkan orang yang lajak terus ke Adelaide. Huhu

Salah satu RnR dari 3. Kami tak turun dah yang ni sebab sedap tidur plus dah kering dah cecair yang nak dikeluarkan. Hehehe




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...