Assalamualaikum semua..
Selamat menyambut Ramadhan al - Mubarak. Alhamdulillah, hari ni kita dipertemukan semula dengan Ramadhan yang dinanti. Selagi belum habis Ramadhan ingat puasa dulu tau. Jangan dok kalut nak pi cari baju raya. Huhuhu
Actually, Naza baru balik dari jalan - jalan di dua buah tempat iaitu di Sydney, New South Wales dan juga di Melbourne, Victoria, Australia. Mulai siri ini dan beberapa siri yang bakal menyusul kemudian, Naza akan cuba sehabis baik bercerita tentang pengalaman semasa berada di kedua - dua tempat ni.
Untuk siri yang pertama, Naza akan ceritakan tentang tempat kedua yang kami lawati iaitu Sydney Opera House.
Naza dan bff sejak dari zaman maktab, Yuz namanya, sampai di Sydney pada 29 Mei 2016. Kami menaiki pesawat MAS pada jam 11.45 malam dari KLIA dan sampai beberapa minit awal dari jadual di Sydney tapi memandangkan proses imigresen dan kastam Australia yang agak ketat, kami selesai keluar dari airport sewaktu tengahari. Setelah mendapatkan Opal Card yang dibeli dari sebuah convenient store di airport, kami menaiki train menuju ke Sydney Fish Market. Cerita tentang Fish Market ni akan diberitahu kemudian sebab segala gambar ada dalam kamera Naza yang lain, so kita mula cerita dari Sydney Opera House je lah.
Untuk ke Sydney Opera House ni korang boleh menaiki bas atau train dari bandar ataupun ferry dari mana - mana terminal yang membawa korang ke station / jetty di Circular Quay. Dah turun dari train / bus / ferry just follow the crowd. Akan sampai lah korang ke icon no 1 Sydney ni.
Memandangkan kami ke sini pada hari Sabtu, orang punyalah ramai. Nak ambil good shot buat kenangan pun payah ya amat. Jadi, kalau korang nak ke sini, please, if possible, datanglah ketika weekdays dan awal moga - moga korang dapat la ambil gambar elok sikit. Yuz dan Naza dapat ubat kekecewaan kami untuk ambil shot cantik tempat ni di hari sebelum balik ke Malaysia tapi yang itu Naza akan ceritakan kemudian.
Kalau korang merancang nak ke Sydney dalam masa terdekat, malam - malam cubalah lepak area Sydney Opera House memandangkan acara Vivid Sydney sedang berjalan sampailah ke 18 June 2016.
Ok, ni Naza nak belanja beberapa keping gambar yang sempat di snap dalam lautan tourist di Sydney Opera House.
Sydney Harbour Bridge, kembar Sydney Opera House. Kalau datang sini mesti tak kan miss punya la jambatan ni. |
Sydney Opera House bersama selautan manusia. Maaf, tak dapat gambar yang baik untuk korang. Tunggu entry lain ye. |
Bukan kat darat je ada taxi tau, Sydney juga terkenal dengan water taxi dan ferry. Kena try salah satu. |
Sepasang burung yang sempat dating kat Sydney Harbour. |
Burung ni sangat banyak kat Australia. Tahun lepas gi Perth pun burung ni ada di mana - mana. Sebiji macam gagak kat Malaysia. |
No comments:
Post a Comment