Dah balik ke Bangkok semula kami mulakan pencarian masjid dan makanan halal. Dah merata berjalan, perut pun mula lapar tapi sebelum tu kenalah menunaikan tanggungjawab yang satu.
Kalau nak pergi masjid ni, kena turun di BTS Ratchthewi. Tambang dari BTS Victory Monument ke Ratchathewi adalah sebanyak 22THB. Berpandukan gps, kami menapak mencari lokasi masjid yang dalam 15 ke 20 minit berjalan kaki.
Setelah selesai solat, kami pun mencari - cari restoran makanan halal. Tips mencari makanan halal di luar negara adalah mencari masjid. Setikar Masjid Darul Aman ni memang banyak gerai dan restoran yang diusahakan oleh orang Muslim Siam. Restoran yang kami pergi namanya Restoran Ali Selatan. Disebabkan dah biasa dengan makanan Pattani, kami rasa masakannya not bad jugalah. Sepinggan nasi goreng kampung harganya THB90.
Dah habis solat dan makan, kami mula berjalan kaki ke Platinum Fashion Mall. Bagi yang tak berapa nak larat berjalan tu di nasihatkan naik tut tut sahaja sebab dari masjid ke sana kena berjalan hampir 30 minit juga.
Platinum Mall ni tempat shopping terutamanya pakaian. Kalau beli banyak untung la sikit sebab dia kira harga borong. Saya sendiri beli blouse untuk kesemua adik beradik perempuan dan mak. Harga sehelai blouse lebih kurang RM20. Bila bawa balik Malaysia adik ipar cakap blouse macam yang dibeli selalunya dijual antara RM40-50 sehelai. Kira ok la tu.
Platinum Mall ni dalam pukul 7 orang dah mula nak tutup kedai dah. Kalau rasa tak puas lagi nak shopping, keluar dari mall di tepi - tepi jalan di luar bangunan pun ada penjual menjual macam barangan. Macam uptown la juga. Dah habis shopping serba sedikit kami pun balik ke hostel. Esok pula nak sambung adventure kami.

No comments:
Post a Comment