Keesokannya kami bangun tak berapa nak pagi sangat. Lepas subuh bergolek semula atas katil. Semalamnya dah penat berjalan jauh dari kota Bangkok dan kami tak rasa nak kejar apa pun since matlamat datang Bangkok which are pegi train market and floating market dah tercapai dengan cemerlangnya. Hehehe.
Selesai bersiap saya berbincang dengan kawan samada nak tinggalkan luggage utk dijaga oleh pihak hostel ataupun kita terus hantar luggage ke airport, simpan di left luggage airport. Memandangkan kawan rasa better tinggalkan aja di airport sebab malam nanti boleh terus je ke sana, kami pun terus gerak ke airport selepas selesai check out.
Untuk urusan jalan - jalan hari ni, kami beli 1 day mrt pass yang berharga THB120 memandangkan hari ni memang kami akan guna mrt saja all the time. Setelah selesai urusan luggage storage di airport (sebuah beg dicaj THB100), kami mula bergerak ke destinasi pertama kami iaitu Art In Paradise Bangkok. Oh, ye! Sebelum gerak, kami sempat sarapan dulu di airport. Kami makan di food court di level sama dengan stesyen teksi. Di gerai paling hujung belah kiri, ada sebuah gerai khas makanan halal. Saya makan murtabak ayam tapi maaf lah, tak ingat pula harga. Yang pasti, di Suvarnabhumi airport ni ada dua lokasi makanan halal. Satu di food court, satu lagi lepas kita masuk departure hall. Tapi kalau nk yang murah pergi lah ke food court. Yang satu lagi, mengikut kata staf muslim yang berkerja di airport, sangat lah mahal, tak masuk akal harganya.
Untuk Art in Paradise, ambil mrt dan turun di stesyen Thailand Cultural Center. Kemudian, jalan menuju ke pusat membeli belah Esplenade. Mall ni memang agak sunyi sebab kedudukannya agak terpinggir dari center kota Bangkok. Art In Paradise berada di tingkat 4 bangunan shopping mall ni.
Kami memang gembira sungguh waktu berada dalam ni. Bergambar dengan macam - macam gaya dan pos sampai ada ketika kami tak mahu bergambar dah sebab letih. Huhuhu. Tiket masuk adalah sebanyak THB300 dan spend lah berapa lama pun kat dalam. Oh, satu lagi! Please make sure bateri kamera dalam keadaan full. Macam kami terpaksa berhenti separuh jalan sebab kesilapan saya yang tak caj bateri kamera! Apapun memang terasa seperti kanak- kanak Ribena je bila berada dalam ni...

No comments:
Post a Comment