daily planner



Stick-it notes

Tuesday, 16 December 2014

Amphawa Floating Market

Dari Maeklong Railway Market, kami gerak pula ke Amphawa Floating Market memandangkan floating market ni la yang paling dekat dengan Maeklong. Macam mana nak pergi? Dari Maeklong, ambil songthaew ke Amphawa. Bayaran bagi seorang cuma 8THB je. Memang murah. Stesyen songthaew ni di 7 Eleven yang berdekatan dengan Maeklong. Cuma satu je nak cakap, memang kena naik dari 7e tapi masalahnya berdekatan dengan Maeklong ada sekurangnya 3 buah 7e! Memusing kami cari yang mana satu yang betul. Hahaha.
Kalau tanya orang sekeliling pun memang diorang suruh cari '7' tapi bila dah banyak sangat '7' nya pening jugak oooo.
Songthaew ni apa benda? Ia adalah sebuah jip berwarna biru yang ada dua bench di belakang. Dalamnya siap ada pemegang dan loceng lagi. Pada mulanya kami pun tak tahu apa guna siap palang pemegang and loceng. Rupanya bila tempat duduk penuh, orang akan berdiri dalam tu dan di luar jip. Tapi orang perempuan macam kami selalu dia bagi duduk. Kiranya orang lelaki Thai sangat gentleman. Dia bagi seats kat orang perempuan. Bila ada orang bawa barang banyak pun dia siap tolong turunkan barang lagi. Salute bab yang ni.
Waktu kami naik transport yang unik ni, kami berdua je orang asing. Yang lain suma local dan cakap Thai. Kami tanya adik sebelah nak pegi Amphawa ke, dia cakap ye. Jadinya lega la sikit sebab nanti nak turun ikut je dia. Tak perlu tekan loceng sebab sah - sah la tak tau mana tempatnya. First time pergi la katakan. Tambang diambil waktu kita turun tau. Dah sampau pergi je ke arah penumpang hadapan dan hulur duit tambang kat pemandu. Jangan plak pegi ke arah pintu pemandu dan hulur kat situ. Merbahaya dan orang Thai tak buat gitu pun. Oh ye, tambang pun sila tanya pada orang dalam songthaew tu, jangan tanya pemandu. Takut ada yang ambil kesempatan.





Dalam beberapa puluh minit sampai lah kami ke Amphawa. Satu lagi tips, ikut lagi buntut orang Thai yang cakap dia nak ke Amphawa tu. Sebabnya songthaew berhenti tepi jalan depan rumah orang and kita masuk celah - celah tu nak ke floating market.
Waktu kami pergi masih lagi awal, kebanyakan peniaga tengah buka kedai. Tips ada saudara yang bekerja di Bangkok, cenderahati agak mahal di sini, jadinya kami just beli ayaq nyoq ja kat sini. Memang syok minum ayaq nyoq tepi sungai baq hang.
Floating market ni kita tak perlu sewa bot pun nak beli barang, jalan saja pun dah cukup tapi my travel partner nak merasa naik bot. Sebagai kawan yang baik, saya pun ikut selera dia. Sebenarnya saya tak berapa gemar denga air sebab tak reti berenang. Huhuhu.
Kami tak sewa bot yang nampak gah dan siap ada tiket and orang laung panggil mai naik bot kami tu. Kami amik bot yang pengemudinya seorang tua yang tak tau langsung cakap BI memakai baju kuning duduk menunggu kat tepi bot dia. Bila tanya harga pun dia panggil sorang jurubahasa untuk kami. Hahaha. Kat sini, sewaan bot peribadi rata-rata berharga 500THB untuk private tour. Kalau naik ramai - ramai pula 50THB je tapi kena tunggu penuh bot baru jalan.
Uncle tu bagi kami berapa untuk tambang? 400THB. Tak tau la mahal ke murah tapi kan, nak habaq ni, kami perasan kebanyakan bot yang lain sampai tengah jalan patah balik. Kami pulak pada waktu tu merupakan satu - satunya bot yang bermula dari sungai kecil di Amphawa, sampai ke sungai yang agak besar (pengemudi bot tunjuk arah kiri tu Mekong River) pastu kami terus balik ke sungai yang semakin mengecil masuk semula ke bahagian lain Amphawa. Perjalanan makan masa sejam lebih, frankly hampir 2 jam. Macam sangat berbaloi pula boat tour kami. Ada masanya kami dok tertanya semasa sendiri, bila kami nak sampai ni. Maklumlah, kedua kami perempuan, buatnya kena culik memang tak pasal je!
Kalau la uncle bot boleh cakap BI memang seronok la boleh dia cite macam - macam sebab dari gayanya nampak peramah. Buktinya walau macam ayam dengan itik berbicara dia cuba juga nak cakap dengan kami. Cuma bila kami tanya dalam sungai ada buaya tak? Dia pergi tunjuk biawak kat kami. Hahaha. Nampaknya bahasa isyarat kawan saya tu tak berkesan langsung!








Dah pusing Amphawa sampai fikir aku ni kena culik pula ka, kami pun nak gerak balik Bangkok. Nak pergi tempat lain pula. Cara nak balik, kita cari balik minivan yang macam kita datang dari Bangkok tadi. Mula tu memusing juga la nak cari tang mana stesyen minivan tu.
Kebiasaan bagi seorang pengembara bila dah sesat dia akan bertanya sesiapa sahaja yang nampak convincing. Jadi backpacker jangan malu - malu tau. Malu bertanya sesat jalan.
Bila ditanya pada seorang penjual topi di Amphawa Floating Market tu, dia beri diarection and last sekali dia cakap "There you can see the bus stop." Saya berkata dalam hati, "Aik, aku rasa aku tanya mana stesyen minivan." Mungkin nampak muka saya heran bercampur cuak, terus dia explain yang bus stop dan stesyen minivan tempat yang sama. Oh, patutlah! Hahaha
Maka, naik la saya bersama kawan minivan yang bertolak dari Amphawa ke Bangkok pada pukul 1.20 petang. Tambangnya THB80 seorang. Van akan berhenti mengisi minyak sekejap pastu teruskan perjalanan balik tanpa berhenti lagi dah. Macam naik untuk pergi ke Maeklong, balik pun minivan akan berhenti di Victory Monument.
Sedikit friendly reminder, dalam van pakai lah seatbelt sebab minivan kami ditahan oleh polis Thai nak saman kami tak pakai tali pinggang keledar. Lepas orang jual tiket minivan tu cakap apa ntah dengan diorang lepas tu masuk pula suruh kami pakai seatbelt, baru driver boleh mulakan perjalanan pulang. Ingat tu, kang tak pasal kena denda ribuan Baht kat negara orang.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...