daily planner



Stick-it notes

Monday, 6 October 2014

Dari Osaka ke Kobe

Kobe - bandar ketiga yang saya lawati sepanjang berada di Kansai region dan secara peribadinya merupakan bandar yang paling saya suka di antara ketiga - tiganya. Bandar ini lebih moden dari Kyoto tapi tetap nampak tenang dan mendamaikan. Cuaca di sini juga lebih dingin berbanding Osaka dan Kyoto, mungkin disebabkan adanya dua gunung yang mewarnai landskap Kobe yang indah iaitu Rokko dan Maya. Selain dari kedua gunung tersebut, pelabuhan di Kobe juga memang sangat indah dan wajib untuk dilihat.
Cara untuk bergerak dari Hotel Diamond ke Kobe, kami menggunakan dua jenis kenderaan iaitu subway dan train. Kami ambil subway Midosuji line dari hotel dan berhenti di Umeda Station. Dari Umeda Station pula kami ambil train Hanshin dan turun di stesyen Sannomiya, Kobe. Kos bagi perjalanan sehala dari Osaka ke Kobe adalah 560yen yang mengambil masa lebih kurang sejam.
Setelah sampai di Stesyen Sannomiya, kami berjalan ke pondok Tourist yang terletak di stesyen tersebut untuk membeli City Loop 1 Day Bus Pass yang berharga 660yen. Kami memilih bas sebagai mode of transport di Kobe kerana City Loop Bus ni betul - betul designated untuk tourists. Setiap laluan dan hentian bas ni memang lokasi tumpuan pelancong. Lagi pula, dengan harga 660yen kita boleh naik bas berulang kali sampailah ke perkhidmatan terakhir pada pukul 7.30 petang. Cuma bezanya dengan bus pass di Kyoto dan Kobe, di sini kita hanya boleh naik bas yang berhenti di stesyen City Loop Bus (perhentian bas dan bas berwarna hijau seperti dalam gambar) manakala di Kyoto pula kita boleh naik mana - mana city bus asalkan tak terkeluar dari sempadan bandar Kyoto. Nak pergi Masjid Kobe juga lebih mudah naik City Loop Bus ni sebab perhentian nya dekat dengan masjid.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...