daily planner



Stick-it notes

Monday, 6 October 2014

Memori Harry Potter di Universal Studios Japan

Sebenarnya, Universal Studios Japan ni tak pergi pun tak pe tapi memandangkan saya sekeluarga memang peminat Harry Potter movies, jadi peluang nak masuk Harry Potter's Castle memang tak kan dilepaskan sama sekali. Kalau nak pergi yang Florida punya, entah bila lah nampak peluangnya.
Sebelum pergi, adalah saya dengar yang kononnya nak naik rides kat USJ ni kena buka tudung, so sehari sebelum nak masuk tu memangla rasa tak senang duduk. Dok terfikir, kena buka tudung ke pula aku ni. Tak pernah dibuat! Bila berjalan di bandar Osaka malam sebelumnya pun ada tengok topi yang macam Siti Nurhaliza pakai sebelum bertudung penuh tu tapi tak gamak pula nak pakainya, so masuk USJ pun tawakkal je lah.
Dah masuk USJ kami tengok ramai yang berlari - lari dan buat kami terfikir apahal plak dengan orang Jepun ni. Rupa - rupanya diorang berebut nak ambil tiket masuk ke Harry Potter Park. Kami pun beratur sama dekat time machine tu dan dapat la tiket masuk dari pukul 10 pagi. Kalau pergi USJ ni jangan lupa ambil time slip nak masuk Harry Potter Park ni dulu ye sebab kalau takde time slip, memang jangan harap lah boleh masuk.
Semua rides dalam USJ malah termasuk dengan staf sekali menggunakan satu bahasa sahaja - Japanese. Maksudnya, kalau korang naik any rides dan tak tahu berbahasa Jepun pula tu, terkebil- kebil lah nak faham apa yang diorang explain. Macam tempat magical wand dalam Harry Potter Park, dia tak bagi ambil gambar tapi kami tak faham, akhirnya depan - depan muka tunjuk tanda 'x' which means 'no'.
Dan untuk yang bertudung pula, jangan percaya la mitos yang tak boleh naik rides kat USJ kalau bertudung. Sebenarnya boleh je, cuma mungkin tak faham dengan instruction dari staf nye yang guna bahasa Jepun, maka buat assumption sendiri yang kena tanggal tudung kalau nak main. Sebenarnya, bagi yang bertudung, staf akan jumpa kita secara personally dulu, dia akan tunjuk gambar, dalam gambar tu dia akan tunjuk klip, maksudnya sesiapa yang pakai tudung kena pakai klip tu. Tu pun demi keselamatan juga because honestly, waktu naik salah satu rides yang agak extreme, memang rasa nak tercabut tudung. So, sesiapa yang bertudung tu and ada staf approach waktu nak naik rides, jangan risau just kata ok or tunjuk sign bagus yang menunjukkan kita setuju pakai klip diorang provide. Diorang tak kan suruh kita tanggal tudung. Don't worry.
Satu lagi tentang tempat solat, kami mencari juga tapi nampaknya tiada bilik solat khas di USJ tapi kita boleh pinjam Family Room yang digunakan oleh ibu - ibu untuk menyusukan anak. Perempuan mungkin sesuai untuk solat di sini tapi lelaki rasa perlu cari tempat lain kot. Bagi makanan halal pula, Hard Rock Cafe Universal City yang terletak di luar USJ tersenarai sebagai salah satu Muslim friendly restaurant di Osaka. In fact, waktu kami pergi ke HCR memang ramai muslim yang makan - makan kat sana tapi kami tak order lah daging, just fish and chips je.







No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...