Setelah sampai airport dan selesai urusan imigresen serta kastam, kami pun memulakan pengembaraan kami di bumi Hokkaido dengan menjadikan The Historical Village of Hokkaido sebagai destinasi pertama. Dari airport, kami ambil train ke Shin Sapporo dan seterusnya mengambil bas JR bernombor 22 ke sini. If korang beli sebarang pass JR, korang tak perlu dah bayar tambang untuk ke sini because it is fully covered. Macam kami yang guna JR Hokkaido Pass, just tunjuk pass di pintu masuk stesyen keretapi dan juga semasa nak turun dari bas pada driver. Tambang sehala untuk ke sini tanpa pass adalah sebanyak 1610 Yen. Turunlah ke perhentian yang terakhir ye.
Yang ni lah rupanya perhentian bas kat Historical Village. Bas akan turunkan dan ambil penumpang kat sini.
Pemandangan bangunan utama The Historical Village of Hokkaido. Bangunan utama mempunyai kaunter tiket masuk ke Historical Village.
Tempat ni memang superb sangat waktu winter. Kalau nak tahu ni sebenarnya litupan salji kat tempat parking. Punyalah awesome even kat parking lot je,so kami pun main - main salji dulu sebelum masuk ke dalam.
Kalau korang baru sampai dari Malaysia dan ada bawa luggage, dicadangkan simpan je kt locker dalam Historical Village ni. Kami hari tu tinngalkan kat coin locker di Stesen Shin Sapporo. Satu locker kena caj 400JPY tapi kat sini satu locker saiz yang sama macam kami letak beg di Shin Sapporo baru 200JPY. Gambar ni pula menunjukkan waktu bas dari bus stop. Plan la berapa lama korang nak stay sini berdasarkan jadual yang ditulis. Jadual terletak sebelah kaunter tiket. Untuk winter, bayaran masuk murah sikit, 680JPY untuk dewasa.
Ni salah satu bangunan yang terdapat dalam compound Historical Village of Hokkaido. Bila masuk dalam bangunan, ada beberapa barang pameran yang berkaitan dengan rumah tersebut. Jangan risau sebab bahan pameran turut dipaparkan dalam Bahasa Inggeris.
Ni salah satu barang pameran dalam sebuah rumah lama kat sini. Terasa kembali ke zaman dulu.
Dah namapun cikgu, kami spent quite a while juga dalam bangunan sekolah lama ni dan kerusi ni sangatlah menarik hati kami. Macam ni lah keadaannya budak sekolah di Hokkaido belajar dulu, duduk di atas kerusi ni tapi boleh keluar and masuk searah je. Kami pun sempat main cikgu - cikgu dulu dalam ni. Hehehe..
Mungkin Naza boleh simpulkan, tempat ni sesuai untuk orang yang minat sejarah dan senibina. Kalau datang ke Hokkaido waktu winter pun tak rugi berkunjung ke sini. Cuma mungkin kalau nak dibandingkan dengan Old Folk Village di Hida Takayama, bangunan - bangunan kat sini lebih moden tapi tetap ada tarikannya sendiri.
No comments:
Post a Comment