Sebelum mula tentang tempat - tempat menarik semasa lawatan Naza ke Hokkaido, rasanya eloklah Naza share dulu tentang pass ni. Bagi yang follow blog dan BACA, mesti dh familiar dah dengan cerita train pass di Japan sebab Naza pernah buat entry tentang Japan Rail Pass sebelum ni.
Apakah perbezaan Hokkaido Rail Pass dan Japan Rail Pass?
Well, untuk menjawab soalan tu, senang je, Japan Rail Pass ni penggunaannya lebih meluas di mana kita boleh guna shinkansen dan pelbagai jenis train di seluruh Japan (with some restrictions) manakala Hokkaido Rail Pass hanya boleh digunakan di Hokkaido sahaja. Dengan Hokkaido Rail Pass, korang boleh naik semua train JR kecuali sleeper train (semasa kami ke Hokkaido shinkansen masih belum beroperasi di Hokkaido). Selain train, korang juga boleh gunakan pass ni untuk menaiki bas JR. Jika korang nak naik Chuo or any other busses, pass ni tidak valid penggunaannya.
Di mana nak dapatkan Hokkaido Rail Pass?
Berbeza dengan Japan Rail Pass yang kita hanya boleh purchase di luar Japan, korang boleh membuat pembelian pass sama ada di Malaysia atau di Hokkaido sendiri. Jika nak beli di Malaysia, korang boleh beli di JTB Malaysia or buat pembelian melalui any reliable website dan tukar voucher pembelian yang korang dapat kepada Rail Pass once korang sampai sana.
Naza and kawan2 buat cara yang kedua. Kami purchased JR Hokkaido Pass kami di sana. Untuk pembelian, korang terus ke kaunter JR yang terletak di terminal domestik New Chitose Airport (jangan risau sebab dari International Domestic terdapat banyak signboards yang akan membantu korang ke stesyen JR). Harga JR Hokkaido Pass untuk 5 hari ialah sebanyak 22000 yen.
Untuk membeli pass, korang dikehendaki mengisi satu borang yang mana tak ambil masa yang lama pun nak isi, just korang punya basic information macam nama dan no passport. Jangan lupa sertakan sekali passport waktu membeli.
Bagaimana nak gunakan Hokkaido Rail Pass?
Seperti yang Naza dah tuliskan di atas, gunakanlah pass ni semaksimumnya semasa menaiki train serta bas kendalian JR. Untuk train, korang kena tunjuk pass dekat booth ticket gates. Jangan lalu ticket gates. Tunjuk pass korang setiap kali nak lalu ticket booth tu pada pegawai yang bertugas. Untuk bas pula, semasa nak turun bas, sila tunjuk pass korang pada driver. Info tambahan di sini, di Jepun, korang akan masuk melalui pintu belakang dan keluar melalui pintu depan. Sila jangan tersilap.
Selain dari tu, dengan menggunakan pass ni korang boleh buat seat reservation. Naza cadangkan korang reserve lah seat kalau nak pergi tempat yang ramai pelancong pergi macam nak ke Otaru atau airport. Semasa kami ke tempat lain, train tak sepenuh macam nak ke dua tempat ni.
Untuk buat seat reservation, korang kena ke ticket office yang terdapat di stesyen dan bagitahu yang korang nak reserve seat. Tunjukkan sekali pass korang semasa membuat reservation. Korang akan dibekalkan dengan sekeping tiket yang ada no seat dan no car. Car di sini bermaksud gerabak. Jangan masukkan tiket korang dapat tu ke dalam ticket gate. Tunjukkan pass seperti biasa di booth untuk masuk ke platform. Tiket yang korang dapat hanya perlu ditunjukkan pada conductor di dalam train semasa pemeriksaan bersama dengan rail pass. Oh ye, jangan lupa tunjukkan korang punya rail pass bila diminta untuk berbuat demikian di dalam train tapi selalunya conductor akan check sekali je dalam satu journey.
Berbaloikah pakai Hokkaido Rail Pass?
Jawapan kepada soalan ni bergantung pada itinerary korang sendiri. Kalau korang hanya berniat nak berjalan - jalan di Sapporo dan Otaru, penggunaan pass ni adalah SANGAT TIDAK DIGALAKKAN tapi kalau korang berniat nak jalan jauh sikit, pass ni sangatlah berbaloi - baloi. Sebagai contoh, kos perjalanan sehala dari Sapporo ke Hakodate ialah sebanyak 8830 Yen, perjalanan pergi balik adalah separuh dari kos korang membeli pass dan itu hanya ke Hakodate, belum lagi kira kos ke tempat lain. Kesimpulannya kalau korang berhasrat nak berjalan jauh2, pass ni memang berbaloi tapi kalau korang nak jalan kawasan setikar Sapporo, sila tengok pass lain yang lebih berbaloi seperti subway 1 day pass, train pass ataupun Sapporo - Otaru Welcome Pass.
Konvo UUM ke 37
-
Asslaamualaikum.
Nak simpan ganbar konvo alia kat sini. Nanti senang cari.
Siap tak sedih?
Bila waktu gembira tiada abah bersama..
Alia .
Cari tempat ...
5 weeks ago
No comments:
Post a Comment