Sedikit sejarah tentang tempat ni, satu ketika dulu ia pernah menjadi kubu pada tahun2 terakhir Era Edo dan beberapa tahun kemudian, ia telah menjadi tempat di mana berlakunya perang saudara antara shogunate dan juga pasukan tentera elit dari kerajaan baru Meiji. Dalam tahun 1910-an, tempat ni telah dibuka kepada public dan menjadi sebuah taman dan merupakan salah satu tempat untuk menikmati sakura di Hokkaido. Untuk tahun ni, sakura dijangka akan bloom pada awal Mei.
Dalam gambar ni bolah nampak macam mana bentuk Goryokakukoen ni. Berbentuk macam bintang, tempat ni dulu merupakan kubu di Hakodate sebelum dibuka kepada orang awam sebagai sebuah taman.
Kami tiba di Hokkaido pada pertengahan bulan Mac dan ke Hakodate pada hari kedua kami di Hokkaido. Tasik di sekitar Goryokakukoen masih lagi membeku dan kami juga sempat melihat burung memburu ikan di atas ais tasik ni. Nak tengok gambar burung bertenggek atas tasik beku boleh tengok kat FB Naza.
Goryokaku Tower boleh nampak dengan jelas dari taman dan rasanya kalau korang nak bergambar berlatar belakangkan tower tersebut, better buat di sekitar taman sebab boleh nampak dengan agak jelas berbanding berdiri di hadapan tower tu sendiri. Bayaran masuk ke Goryokaku Tower adalah sebanyak 840JPY. Boleh nampak pemandangan sekitar Goryokaku dari tower tersebut tapi kami tak masuk pun, baru naik Mount Hakodate, puas dah tengok pemandangan tempat tinggi.
Salah satu jambatan yang menuju ke salah satu entrance ke Goryokakukoen. Tiada sebarang bayaran masuk dikenakan untuk melawat ke park ini. Sesuai dimasukkan ke dalam itinerary seorang budget traveller.
Salah satu entrance ke taman. Boleh dapat bayangan yang tempat ni akan jadi sangat cantik semasa sakura tengah blooming. Patutlah tempat ni dinamakan one of the best spots in Hokkaido untuk tengok sakura.
Ditengah - tengah taman, terdapat bangunan yang merupakan Formet Magistrate Office yang beroperasi pada zaman shogun. Bangunan asal telah dimusnahkan pada tahun 1871 tetapi kerajaan tempatan telah membina semula bangunan ini dan dibuka kepada orang awam pada tahun 2010. Bayaran masuk ke tempat ni adalah sebanyak 500JPY tapi kami tak berkesempatan masuk sebab waktu winter bangunan ni ditutup lebih awal, iaitu jam 5 petang. Naza tak kisah sangat tak dapat masuk sebenarnya sebab dah pernah merasa masuk di kediaman magistrate di Nagasaki dulu tapi kalau korang belum pernah masuk ke mana2 bangunan bersejarah di Jepun, try masuk sekali dan kalau boleh ditemani guide yang boleh berbahasa Inggeris. Trust me, if you do so, you will learn a lot.
Naik a bit higher di atas fort, ni lah hasilnya. Pemandangan yang I must say, not bad tapi mesti lagi mengancam waktu musim bunga. Nak buat macam mana, kalau bukan rezeki..
Kesimpulannya, Goryokakukoen ni sesuai untuk orang yang on budget tapi berniat nk travel juga. Kalau kebetulan berada di Hakodate semasa musim bunga juga rasanya tak salah kalau melawat tempat ni sekali. Kalau jenis hari2 nak bersenam, mungkin boleh join juga warga tempatan yang menjadikan tempat ni sebagai salah satu tempat untuk mereka beriadah.
No comments:
Post a Comment