Untuk ke Asahikawa dari Sapporo, korang boleh menaiki train dari Sapporo Station dan turun di Asahikawa Station. Perjalanan dari Sapporo ke Asahikawa adalah selama lebih kurang sejam setengah dan kosnya 4810JPY sehala. Kalau korang ada Hokkaido Rail Pass, sila lah pakai pass tu, perjalanan train dari Sapporo ke Asahikawa and return adalah fully covered with the pass.
Setelah sampai di Asahikawa Station, Naza nasihatkan korang terus ke Travel Desk yang terletak di dalam stesyen untuk membeli tiket masuk ke zoo yang berharga 820JPY. Kalau dah sampai zoo baru nak beli tiket, jangan terkejut kalau korang terpaksa beratur panjang nak dapatkan tiket, Kami ke zoo bukan semasa weekends but zoo still ramai pengunjung. Jadi, untuk save time, better beli je tiket siap - siap. Lagi pun, harga tiket sama je walau tak beli kat kaunter zoo.
Dah dapat tiket, terus keluar pintu yang terdekat dengan Travel Desk untuk naik bas ke zoo. Kalau tak sure nak ke mana untuk naik bas, tanya je pasal bas kat tempat korang beli tiket zoo tu. Perjalanan menaiki bas dari Asahikawa Station ke Asahiyama Zoo memakan masa lebih kurang 40 minit dan kos sehala bas tersebut adalah sebanyak 440JPY. Kalau boleh dapatkan tempat duduk, sila duduk sebab korang mungkin akan tidak selesa berdiri dan orang dari syarikat bas akan berusaha memenuhkan bas dan jangan terkejut kalau penumpang ditolak - tolak ke dalam sampai mampat. Pernah tengok video pekerja subway di Tokyo tolak masuk passengers ke dalam coach? Macam tu la lebih kurang keadaan dia. Satu lagi yang kena tahu, perjalanan bas ni Hokkaido Rail Pass tak cover ye. Satu lagi cara, korang boleh dapatkan pakej yang dijual oleh syarikat JR yang merangkumi tiket pergi balik ke Asahikawa, tiket bas dan tiket zoo. Untuk harga pakej, sila check website JR Hokkaido dan tiket untuk pakej ni boleh dibeli di Sapporo Station.
Kami antara pengujung zoo paling awal hari tu. Pengunjung pun ramai walaupun pintu masuk ke zoo baru dibuka untuk orang ramai. Masing - masing tak mahu ketinggalan melihat acara Penguin Walk yang bermula pada jam 10 pagi sewaktu musim winter. Penguin Walk ni lah tarikan utama Asahiyama Zoo dan tak lengkap rasanya kalau berkunjung ke sini tapi tidak menyaksikan penguin comel secara dekat.
Sekawan penguin akan melalui depan pengunjung tapi kita tak boleh sentuh penguin ni. Para pengunjung pun tak dibenarkan menggunakan flash semasa mengambil gambar. Waktu penguin menghampiri kita pun, kita kena mencangkung, mungkin tak nak bagi penguin stress. Apa - apa pun, patuhi lah arahan dari para pekerja zoo.
Penguin yang paling muda dalam zoo ni. Paling lembab berjalan samapai ada ketika pekerja zoo kena tolak dengan boot nak bagi berjalan. Nanti bila bulu coklat dia nanti dah tanggal, rupa dia macam kawan- kawan penguin yang lain juga. Macam salin kulit la juga.
Yang best tentang tempat kurungan haiwan kat zoo ni kita boleh tengok dari atas, bawah dan tepi. Macam badak air ni, puas tengok apa dia buat dalam air. Gambar yang terkahir kat tempat hippo ni sebenarnya niat Naza nak ambil gambar my travel buddies. Alih - alih makhluk Allah ni boleh photo bomb sekali. Disebabkan tak sangka, Naza was a bit over exited, gambar pun blurred sebab tangan shaking.
Sebenarnya ada banyak gambar dalam zoo ni, so jemput la jenguk ke my FB. Kesimpulan yang Naza dapat dari lawatan secara ke Asahiyama Zoo ni, zoo tak semestinya besar dengan banyak haiwan dalam satu kurungan. Zoo ini kalau dibandingkan dengan ZooTaiping dari segi skala dan bilangan haiwan memang kalah tapi kalau dari segi bagi pengunjung puas tengok haiwan memang terbaik. Kami berkali - kali mengatakan yang kunjungan kami ke zoo ini walau jauh dan makan kos yang agak banyak tetap berbaloi since it's very educating and entertaining. Untuk pembaca sekalian, jika korang ke Asahikawa semasa musim winter, silalah ke zoo ini. It's worth every penny.
No comments:
Post a Comment