Yang menarik tentang masjid ni ialah selain menjadi tempat solat untuk Muslim sehingga ke hari ini, masjid turut dikunjungi ramai sebab keunikan senibinanya. Kombinasi antara influence Chinese and Islamic terserlah dalam area masjid. Sebagai contoh, pembinaan bangunan di dalamnya mengikut aturan feng shui yang terkenal dalam masyarakat China dan bangunan dewan solat adalah menghala ke arah kiblat. Susun atur yang cukup unik dan terancang ini sudah semestinya sgt menarik sebab kita perlu ingat, masjid ni adalah masjid lama (lebih 1200 tahun), yang bukan dibina zaman moden. Selain daripada tu, dalam masjid ada binaan sebuah pagoda yang dahulunya dibina untuk muazzin mengalunkan azan. Ini juga menarik sebab mereka tidak terikut dengan influence arabic dalam mebina minaret sebaliknya memilih budaya tempatan yang sinonim dgn pagoda.
Dari tempat saya stay, which is Ancient City International Youth Hostel, perjalanan dengan berjalan kaki untuk ke masjid mengambil masa 20 +- dengan kelajuan biasa.
Siapa yang patut berkunjung ke sini?
1. Umat islam (bagi wanita tidak berhijab sila bawa selendang dan lilitlah di kepala jika nak masuk ke ruang solat kerana non muslims dilarang sama sekali untuk masuk ke ruang solat)
2. Peminat senibina
3. Peminat sejarah
4. Peminat fotografi
Nota tambahan:
Bayaran masuk dikenakan untuk non Muslims sebanyak CNY15 (Dec - Feb) manakala musim lain CNY25. Untuk muslims ianya adalah percuma.
Papan tanda tentang masjid yg terletak di pintu masuk utama |
Pintu gerbang di pintu masuk utama |
Pintu gerbang menghala ke dewan solat |
Pagoda yang pernah digunakan oleh muazzin utk melaungkan azan |
Dewan solat. Hanya Muslims dibenarkan masuk ke dalam dewan solat. Non Muslims boleh melihat cara orang solat melalui beberapa skrin tv yang diletakkan di luar masjid |
Dawan dewan solat. Muslims access only |
No comments:
Post a Comment