daily planner



Stick-it notes

Monday, 28 December 2015

Masjid Seoul, Itaewon

Sebelum ke Korea dulu, selalu juga baca blog orang tentang Seoul Grand Mosque ni dan tak sangka akhirnya berpeluang juga jejakkan kaki di sini. Semuanya bermula dengan rasa kelaparan setelah kami sampai ke Seoul. Maklumlah, hampir sejam juga kami mencari guesthouse sebelum jumpa and dengan segala beg yang diangkut, tenaga keluar, perut pun lapar. Dengan bantuan Google, kami dapati banyak restoran makanan halal terdapat di Itaewon maka kami pun gerak lah menaiki subway Line 6 ke sana. Dah sampai stesyen, kami keluar melalui Exit 3. Keluar je dari tangga stesyen dah boleh nampak kedai2 yang ada sign halal jelas terpampang. Setelah makan menu masakan dari Turki, (waktu tu terlampau lapar, jadi tak gerak depan lagi. If korang nak cari masakan ala Melayu, sila berjalan ke hadapan, menghala ke masjid) kami pun bergerak ke masjid. Sebenarnya, walaupun nak ke masjid ni ke masuk simpang sana sini dari tempat kami makan, cara paling senang nak cari, ikut je orang yang pakai tudung and kopiah kat sana. Boleh dikatakan ramai juga orang Islam area Itaewon ni, dan mereka memang buka kedai hampir dengan masjid. Masjid ni terletak di atas bukit. Dari masjid pun boleh nampak pemandangan yang awesome tapi memandangkan ia terletak di atas bukit, prepare yourself for a short hike. Ramai orang Malaysia yang kami jumpa kat sini tapi tak sempat pun nak bertegur sapa tambah plak kalau jenis kita senyum tak balas tu, faham2 je la, buat2 bodo je la. Hehehe
#Itaewon #seoul #mytravelgram #Traveladdict

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...