Kalau kita Google, ini adalah antara tempat paling hot untuk shopping di Guangzhou. Rata2 bagi review yang agak bagus tentang tempat ini. Makanya, berpandukan review dari Google dan Tripadvisor, kami pun masukkan lah tempat ni dalam itinerary kami.
Untuk ke tempat ini, kami menaiki Metro Line 6 ke Culture Park. Dari stesyen Culture Park, kami bertanya orang ke mana nak dituju dan jangan risau, terdapat signboard yang menunjukkan direction ke sini dalam Bahasa Inggeris memandangkan tempat ini memang terkenal di kalangan pelancong.
Memandangkan kami ke sini pada waktu malam, yang menarik pada pandangan kami adalah lampu2 neon yang dipasang bagi mewujudkan suasana meriah. Orang jangan cakaplah, memang ramai. Pelbagai barangan dijual di sini terutama sekali yang berkaitan dengan fesyen seperti baju, kasut, beg dan aksesori pada harga yang lebih murah berbanding di Malaysia.
Satu tips untuk korang, sila tawar menawar harga kalu korang minat sesuatu. Kami dapati harga yang disebut oleh peniaga kebanyakannya adalah "harga main letak je" dan untuk itu, please make sure barang yang korang nak beli berbaloi untuk dibawa pulang ke Malaysia, tawarlah sehingga puas hati dan kalu pihak sana dah setuju harga korang nak, jangan tak jadi pula, kang tak pasal kena makian free je. Huhuhu
Secara keseluruhan, tempat ini lebih sesuai untuk kaki shopping dan Naza nampak persamaan yang hampir di antara tempat ini dan beberapa shopping streets di Jepun cuma kita takkan mampu beli banyak di Jepun dek kerana currency yang tinggi tapi di sini maybe kaki shopping akan lebih puas hati. Oh, ye! Travel buddy Naza hampir kena kencing dengan penjual kasut bila kami tanya kasut dibuat dari apa. Memula dia cakap pig pastu bila kami tak berminat sebab haram dia boleh cakap cow pula, bertukar skin dalam sesaat je. Hahaha. Jaga2, jangan kena game dengan peniaga Cina yang terkenal dengan tipu helah mereka ye.
Konvo UUM ke 37
-
Asslaamualaikum.
Nak simpan ganbar konvo alia kat sini. Nanti senang cari.
Siap tak sedih?
Bila waktu gembira tiada abah bersama..
Alia .
Cari tempat ...
2 days ago
No comments:
Post a Comment