daily planner



Stick-it notes

Tuesday, 6 October 2015

Perjalanan dari Guangzhou ke Shenzhen


Hari ketiga kami teruskan pula pengembaraan kami ke Shenzhen. Dalam itinerary dah tersusun dah yang di Shenzhen kami akan ke taman tema Windows of the World (WOW).
Dari hotel, kami mengambil metro dari Haizhu Square ke Guangzhou Railway Station (Line 2). Dari metro station kena keluar dan pergi ke bangunan bersebelahan yang terletaknya stesyen keretapi laju je Shenzhen.
Kami membeli tiket di kaunter pada hari yang sama perjalanan kami. No need to buy in advance. Perkhidmatan keretapi laju ini disediakan oleh China Railway Company. Harga tiket dewasa adalah sebanyak 79.50RMB.
Semasa membeli tiket di kaunter sila berhati - hati ye sebab terdapat pengemis yang memang menunggu korang di tepi kaunter dan akan kerumun korang sebaik nampak korang pegang duit. Seeloknya terus masukkan duit dalam beg atau poket dan segera beredar dari kaunter setelah selesai urusan. Elakkan untuk bermurah hati sebab sekali korang bagi, akan datang yang lainnya menagih duit korang, but if korang memang dah niat nak sedekah, sedialah duit kecil banyak2 untuk peminta sedekah yang ada sekitar stesyen ni.
Setelah urusan pembelian, korang boleh proceed ke gate pelepasan di mana beg korang akan di scan dan passport korang akan disemak. Janganlah panik kalau tak bawa sebarang barang terlarang. Beg Naza cuma diorang agak suspicious dengan travel cooker but after explain yang Naza memasak guna tu, diorang ok je.
Dari tempat pemeriksaan ke keretapi agak jauh jugalah berjalan sampai terlari - lari kami takut terlambat masuk train. Hehehe
Dari satu segi, train laju di China ni cirinya hampir sama dengan Shinkansen tapi banyak aspek yang tak terlawan shinkansen terutama dari segi kebersihan dan layanan staf malah, shinkansen laju lagi kot..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...