Minggu lepas, saya telah ke Bangkok, sekadar percutian ringkas yang dirancang kononnya untuk release tension pada akhir tahun. Kerjaya sebagai guru tambahan pula sedang sambung belajar, memang banyak nak fikir jadi peluang untuk bercuti memang digunakan sebaiknya.
Kenapa pilih Bangkok?
Ceritanya mudah, saya memang akan pergi ke mana sahaja kalau ada promosi dari syarikat penerbangan. Kali ni saya memilih untuk menaiki MAS pula sebab ada promo return tickets to Bangkok RM350 all in. Bagi saya, harga yang ditawarkan agak murah kerana umum tahu bahawa MAS adalah premium airline. Oleh sebab tu lah harga tiket yang ditawarkan agak murah.
Masalah dengan tiket murah ni satu je, masa yang 'kena' dengan tiket murah ni mungkin tak berapa best. Sebagai contoh, saya sampai Bangkok pada pukul 7.10 petang waktu tempatan. Kalau nak tahu, pukul 7 di sana lebih kurang pukul 8 kqt Malaysia. Sudah gelap gelita. Tapi sebab tiket murah punya pasal, tak perlu nak complain banyak rasanya.
Kalau naik MAS, flight akan mendarat di Suvarnabhumi (jika hendak sebut dalam bahasa Thai abaikan bunyi 'i' di hujung). Kalau sudah tiba terlalu lewat dan anda mahu ke hotel, dinasihatkan book sahaja hotel berdekatan yang menyediakan airport shuttle 24 jam atau gunakan khidmat teksi bermeter yang terletak di ground level. Tips untuk menaiki teksi ~ jangan sesekali bertanya 'how much?' kepada pihak teksi di kaunter atau pemandu sendiri kerana jika anda bertanya, mereka akan close meter dan anda kena bayar mengikut harga yang mereka tetapkan which is, selalunya berganda dari harga kalau mengikut meter. Satu lagi tips yang mungkin berguna di sini, sila sediakan duit kecil untuk membayar teksi dan juga sediakan alamat tempat penginapan bersama nombor telefon. Ada di antara pemandu teksi yang tidak tahu tempat tujuan anda jika hanya berpandukan alamat tetapi nombor telefon hotel dapat menunjukkan lokasi tempat dituju.
Jika anda sempat tiba sebelum train airport link tamat perkidmatan iaitu kira - kira pukul 11.20 malam (walaupun dalam web ditulis train paling lewat adalah pukul 12 malam), gunakan lah train kerana lebih menjimatkan. Jika anda ambil train ekspres ke Makkasan City Air Terminal, anda perlu membayar sebanyak 90THB untuk single trip. Kalau nak jimat lagi jangan ambil express train, ambillah city line kerana harga tiket cuma 35THB. Beza antara kedua-dua jenis train ni adalah jika ambil express, train tidak akan stop di semua stesyen sebaliknya terus dari airport ke Makkasan manakala city line akan berhenti di beberapa stesyen.
Kalau nak jimat lagi, tidur sahaja di airport. Terdapat ramai pelancong yang buat begitu. Kalau anda beragama Islam cuba lah menumpang di surau yang terdapat bersebelahan tandas di level 3. Cuma satu sahaja yang perlu anda tahu, di dalam surau penghawa dinginnya terlalu kuat sehingga terasa kedinginan ke dalam tulang. Be prepared untuk situasi tersebut.
Semasa di sana, saya turut mendapatkan simcard untuk kegunaan internet yang berharga THB299. Simcard boleh didapati di floor yang sama semasa arrival iaitu exit selepas urusan imigresen dan pengambilan bagasi.
Untuk entry seterusnya, saya akan share pula tempat penginapan saya di Bangkok..

Salam...
ReplyDeletesaja singgah jap kt sini... :)
Berapa org pergi hr tu? Total damage berapa?
pergi berdua je. kalau tak shopping bawa beberapa ratus pun cukup. yang mahal cuma makanan halal sebab susah cari, pengangkutan n hostel tak semahal mana pun
Delete