daily planner



Stick-it notes

Wednesday, 31 December 2014

Jalan2 Cari Makan Selatan Thailand

Baru2 ni sempena berkumpulnya kami adik - beradik beserta parents, kami decided nak cross border sekejap, khas untuk pergi makan makanan Thai dan balik ke Taiping semula keesokan harinya. Kali ni pergi naik kereta je. Takde tempah flight bagai. Dari Taiping ke Selatan Thailand pun bukanlah jauh ya amat.
Haa, ni nak cite sikit pasal overland kat sempadan ni. Kalau sapa dah pernah cross border Malaysia Thailand mesti tau pasal imigresen Thailand dan duit proses pasport. Kalau kita masuk kat airport takde caj tau. Lain plak bila overland, kalau orang tak minta tu ok lah, tapi kami beratur kat pegawai imigresen yang memang minta 'duit kopi'. RM2 seorang yang dia minta. Kalau tak bagi akan banyak lah songeh dan soal kita nak masuk Thailand nanti. And satu lagi tips, sila pastikan passport korang tu di cop arrival ye. Ada yang terkena waktu balik didenda sebab kononnya masuk secara haram sebab takde cop. Macam sengaja je nak duit denda. Huhuhu..
Pekan yang bersempadan dengan Malaysia ni namanya Sadao. Orang Malaysia gelar Dannok. Mana2 pun sama je tempatnya. Agenda makan2 kami dimulakan dengan makan tengahari di Restoran Hidayah yang terletak di sebelah kanan jalan jika kita dari Malaysia. Untuk 8 orang makan dengan pelbagai menu dan air, kami dikenakan caj sebanyak RM69. Kat pekan Sadao ni RM masih diterima untuk urusan jual beli dengan rate 100thb = RM10. Nak untung bayar dengan RM je sebab duit Baht tangah mahal sekarang ni.
Macam mana rasa masakan di restoran ni? Saya agak tukang masak restoran dah biasa memasak di Malaysia rasanya. Masakannya saling tak tumpah dengan rasa masakan di kedai - kedai tom yam yang ada kat sini. Jadi, boleh kata kedai ni memang selera tekak kita la. Ramai juga rakyat Malaysia yang makan di restoran ni. Senang, boleh bayar guna RM, menu masuk dengan tekak orang Melayu dan owner serta pekerja kedai bulih kecek klate. Senang betul berkomunikasi sebab sama2 faham..
Ok, masa untuk layan gambar. Ambil kat FB saya je ni and tak edit pun, malas. Hahaha
















No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...