Manusia ni ada beberapa jenis nafsu kan? Salah satunya nafsu makan lah. Hehehe. Memandangkan burger bakar ni dah beberapa kali dok lalu kat wall FB je, saya and kawan pun tergoda dan teruslah pergi mencari. Yang saya makan ni burger cheesy beef double. Harganya RM12.50. Kalau nak tambah cheese macam cheesy wedges tu kena tambah 50 sen.
Rasanya plak macam mana?
Saya rasa teori tengok pelanggan yang beratur tu menandakan sesuatu makanan tu sedap memang boleh lah dipakai. Sebabnya semasa saya menunggu kawan nak sampai ke gerai burger ni, pelanggan tak putus - putus datang walhal bertentangan gerai tu ada restoran McD. Patty dia cukup besar. Ambil double saya makan dua kali meal, untuk dinner sekali, breakfast sekali. Paling bagus, rasa patty dia tak hanyir. Kalau kuat sangat rasa hanyir daging memanglah tekak saya tak boleh nak terima.
Lokasi nya pulak?
Well, tadi dah bagitau bertentangan McD. McD yang tepatnya di Taman Tasik. Budak - budak jual burger ni jual ats lori yang dipark kat tempat parking FMS station. Sebelah gerai ada orang jual coconut shake. Sambil - sambil tunggu boleh la minum air kelapa shake yang berharga RM2.50 untuk biasa and RM3 untuk special. Bezanya yang special ada aiskrim on top of the shake. Selalunya pelanggan agak ramai, nampak macam takde orang sebab kebanyakannya order then tunggu kat kereta. Pergi lewat petang dah buka dah diorang ni. Selamat mencuba!
No comments:
Post a Comment