Cerita tentang Osaka kembali lagi setelah berehat seketika (tuan tanah agak busy kebelakangan ni). Kali ni saya nak share pulak area Shinsaibashi. Sebenarnya shopping street ni bersebelahan je dengan Dotonbori, jadi sesiapa nak pegi Dotonbori tu boleh lah masukkan tempat ni dalam itinerary sekali. Shopping street macam ni memang ada di merata kawasan di Kansai area ni. Yang kami singgah di Osaka dan Kobe. Saya sebenarnya kurang gemar membeli - belah tetapi dek kerana kawan - kawan yang mengikut dan mengambil order dari rakan - rakan di Malaysia, kita pun layan je lah shopping juga.
Honestly, kat Shinsaibashi ni tak de lah special mana pun barangan yang dijual. Bak kata dua lelaki Cina warga Malaysia yang duduk di sebelah saya masa flight balik, kebanyakan barangan yang dijual boleh didapati di KL dengan harga yang lebih murah. Saya sendiri pergi jalan - jalan je, takde satu barang pun dibeli di sini. Orang gelar aktiviti window shopping lah kiranya.
Setelah kenyang dengan aktiviti window shopping (nak makan kat sini pun tak ada restoran halal), kami berempat pun menuju balik ke hotel kami. Kami ke stesyen Namba dan melalui jalan bawah tanah yang dinamakan Namba Walk (satu lagi tempat shopping tapi yang ni bawah tanah). Nak ke hotel kena berjalan mengikut signboard Sakaisuji line (signboard dalam tulisan rumi). Ambil subway menghala ke Tennoji dan turun di Stesyen Dobutsuenmae (180 yen). Keluar exit 8 untuk ke Hotel Diamond.
Jauh dan merata kami berjalan hari ni, jadi bila dah sampai bilik je, masing -masing zzzzzzz....
Konvo UUM ke 37
-
Asslaamualaikum.
Nak simpan ganbar konvo alia kat sini. Nanti senang cari.
Siap tak sedih?
Bila waktu gembira tiada abah bersama..
Alia .
Cari tempat ...
5 days ago
No comments:
Post a Comment