daily planner



Stick-it notes

Tuesday, 30 September 2014

Mencari Glico Man.. oppss, Woman

Maaf jika ada yang menunggu sambungan percutian saya ke Osaka sebab saya agak busy, baru balik dari Langkawi (berjalan lagi. HuHuHu). Hari ni saya nak sambung plak tentang aktiviti nightlife di Osaka. Ke mana agaknya boleh tuju kat Osaka ni bila dah malam ye?

Jawapannya....


Apa yang ada kat Dotonbori ni? Well, kalau suka tengok lampu neon and shopping, mungkin ini tempat yang sesuai untuk korang. Kalau nak mencari makanan yang asalnya dari Osaka iaitu takoyaki, boleh juga cari kat sini. Tapi honestly kami tak makan pun takoyaki selama berada di Osaka.

Aktiviti yang kami buat kat sini ialah :

Menyusuri Dotonbori River.

Bergambar di hadapan billboard GlicoMan yang dah bertukar menjadi seorang wanita (billboard ni trademark Dotonbori)

Naik Dotonbori River Cruise (700yen, free kalau beli Osaka Amazing Pass). Tour dalam bahasa Jepun, dalam 20 minit menyusuri sungai di Dotonbori.








No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...