daily planner



Stick-it notes

Thursday, 25 September 2014

Bas Kyoto



Gambar - gambar di atas adalah suasana bas di Kyoto bila tak ramai orang. Kalau ramai tu memang kena berdiri dan bersesak -sesak lah. Menaiki bas Kyoto untuk melawat bandar tersebut adalah cara yang paling murah dan efektif terutama jika kita ikut laluan Raku Bus sebab Raku Bus ni perhentiannya memang sangat hampir dengan tourist attrations.
Jika berniat nak pusing keliling Kyoto adalah dinasihatkan untuk membeli 1 Day Bus Pass. Saya telah sentuh tentang pass tersebut dalam entry yang terdahulu. Jika ingin menggunakan bas untuk kurang dari 3 kali, better bayar tambang seperti biasa sahaja kerana tidak berbaloi dengan kos 1 Day Bus Pass.
Orang Jepun sangat mementingkan waktu dan di setiap perhentian bas ada disediakan jadual ketibaan bas, jadi anda boleh rancang perjalanan atau masa melawat di satu - satu tempat berdasarkan jadual perjalanan tersebut. Dalam bas juga ada disediakan skrin yang memaparkan perhentian bas yang berikutya (tulisan rumi, bukan kanji) dan ada juga dilekatkan map perjalanan bas di belakang tempat duduk pemandu.
Secara kesimpulannya exploring Kyoto dengan bas adalah satu cara yang mudah dan amat baik bagi pelancong. Cuma satu je nak pesan, sila beratur untuk menaiki bas kerana masyarakat Jepun sangat teratur, jadi hormatilah budaya mereka ye.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...