Saya dan rakan - rakan mengambil flight malam ke Jakarta dari KLIA yg departed pada jam 10.20 malam. Kami sampai di Jakarta lebih kurang jam 12. Setelah selesai urusan imegresen, kami pun berjumpa dengan supir kami yang bernama Jodi. Muda lagi orangnya, baru berusia 27 tahun.
Jodi terus membawa kami ke Bandung. Highway di Indonesia sebenarnya tidak jauh berbeza dengan highway yang terdapat di Malaysia. Sepanjang perjalan tak banyak yang saya boleh ceritakan kerana kebanyakan wuaktu saya gunakan untuk melelapkan mata. Almaklumlah, dah tengah malam sampainya di sana.
Untuk solat Subuh, kami singgah di Masjid Besar Cipaganti, Bnadung. Selain solat, kami turut membersihkan diri di sini kerana kami terus memulakan acara lawatan kami di Kota Bandung pada pagi itu juga. Ada perkara yang tidak boleh dilupakan semasa saya mengambil foto - foto masjid ini. Bayangkan, ada seekor tikus gemuk yang cuba memanjat kaki saya sebaik sahaja saya selesai mengambil gambar! Akibatnya, terlompat - lompat dan terjerit - jeritlah saya di hadapan masjid. Setelah melihat keliling baru lah saya perasan yang terdapat tempat mengumpul sampah betul - betul di hadapan masjid. Saya kurang pasti sama ada masjid - masjid di Malaysia yang turut mempunyai tempat pembuangan sampah yang terlalu hampir dengan masjid atau tidak, tapi inilah kali pertama saya berhadapan dengan tahap hygiene yang sebegitu rupa di rumah Allah. Tapi nak komen banyak pun tak guna, ia bukan tempat kita dan jadikan ia satu pengalaman sudah lah..
No comments:
Post a Comment