







Kelas pada 4.5.2012 ini dihadiri oleh 6 orang cikgu cikgi dari SK RTBK Pondok Tanjong. Semuanya request nak belajar kek chocolate indulgence dan kek cawan red velvet.
Memang riuh rendah kelas ni sebab nazaisma homemade x pernah terima pelajar secara ramai serentak. Pengalaman pertama ni. Tapi guru-guru ni semua x diambil gambar semasa mereka sedang beraksi sebab waktu tu kelam kabut tambahan pula masing-masing dengan gaya dan pakaian santai tersendiri, macam bertandang ke rumah hari - hari biasa pula. Hehe.
Yang ada cuma gambar-gambar kek hasil kerja sebahagian daripada mereka. Terima kasih diucapkan kepada semua yang sudi belajar kek- kek tersebut. Since semua dah expert, boleh la pass order pada kawan - kawan pula ye ;)
No comments:
Post a Comment