Sebenarnya ini adalah kali kedua mengikuti kelas di bawah tunjuk ajar chef terkenal ini, Chef Khairi Anuar. Chef Khairi ni telah mencipta beberapa kek popular dan kek - kek ciptaannya ada terdapat di beberapa cafe terkenal di tanah air.
Antara kek - kek yang telah dipelajari sepanjang dua kelas tersebut adalah kek chocolate banana, rose cheese cake, cheese chocolate cake, carrot cheese cake, tiramisu cake, chocolate mud cake, caramel cheese cake, white chocolate macadamia cake, durian cheese cake dan aneka donut.
Pasti ada yang rasa familiar dengan nama - nama kek tersebut kn? Memang sedap kek - kek ini. Jika ingin menempah kek famous ini, sila lah explore blog ini untuk melihat contoh kek yg telah pun masuk dalam entri. Untuk kek yang dipelajari di kelas sesi kedua, entri - entri nya bakal menyusul tidak lama lagi. Jadi, selalu - selalulah jenguk blog ini.
Kepada sesiapa yang berminat untuk mempelajari cara membuat kek di atas, sila hubungi 0195693017. Cara pembelajaran adalah hands on di mana anda akan buat sebiji kek dan bawa balik hasil kerja anda itu.
Nk blajaq juga aik. .
ReplyDeleteHehe. Sis ni. Khas utk org tpg ja. Org Ipoh kena belajaq dgn sis lea
ReplyDelete