Salam semua, kali ni Naza nak cerita pula tentang salah satu tempat yang boleh dilawati jika korang melawat Kyushu, Japan atau specific nya kalau korang ke Saga. Tempat yang kami singgah semasa berada di Saga was Saga Castle.
Kami bergerak ke Saga dari Nagasaki menaiki Limited Express Kamome yang berwarna hijau train nya. Perjalanan mengambil masa selama lebih kurang 1.5 jam dari Stesyen Nagasaki ke Stesyen Saga. Kalau ikutkan carian app Navitime, perjalanan sehala akan menelan kos sebanyak 3360 Yen tetapi disebabkan kami ada Rail Pass, kami gunakan sepenuhnya kemudahan yang ada
|
Untuk bajet perjalanan di sana, Naza gunakan app Navitime ni, sangat membantu untuk kita buat itinerary. Wajib install untuk sesiapa yang nak pergi Jepun secara DIY
|
|
Disebabkan Naza dan kawan - kawan ada Rail Pass, Naza boleh reserve seats di JR office yang terdapat di stesyen - stesyen JR. Tiada bayaran tambahan dikenakan untuk kita reserve seats
|
|
Ni lah rupa Rail Pass yang Naza dan kawan - kawan guna sepanjang 5 hari di Kyushu. Beli melalui website Travel Recommends. Harga untuk 5 hari cover Northern Kyushu Area ialah 10000 Yen
|
Ok, berbalik semua tentang cerita tentang Saga Castle. Dah sampai stesyen Saga, Naza terus ke information counter yang terdapat dalam stesyen untuk bertanyakan cara nak ke istana tersebut. Naza gunakan bas sebagai mode of transportation. Stesyen bas pun tak susah cari, hanya sebelah je dengan stesyen JR Saga. Lupa pula no bus tapi kat information counter memang akan guide korang untuk tunggu bas dekat platform mana and tunggu bas no berapa, jangan risau. Tambang sehala utk bas ialah 150 Yen sehala.
Nak tau turun kat mana pun senang je, korang boleh nampak tempat korang nak tuju tu di sebelah kanan jalan. Furthermore, rata - rata pelancong akan turun situ. Oh, lagi satu, korang tak perlu risau dengan kebanjiran pelancong bila berada di Saga. Antara reason Naza singgah Saga pun sebab baca review di TripAdvisor yang kata Saga ni memang off the beaten track giteww..
|
Waktu kami sampai cuaca hujan, pelancong pun tak ramai sangat kat sini, selesa berjalan |
|
Sedikit info tentang istana sebelum masuk ke castle ground |
|
Pintu luar istana, lebih kurang istana - istana lain yang terdapat di Jepun |
|
Binaan luar istana, perasan tak apa yang unik nya tentang istana ni? |
Okay, honestly, after years of visiting Japan, Naza dah biasa sangat masuk castles yang ada kat Japan ni, so why visit another one? Jawapannya, kalau korang tengok binaan luar tu perasan tak yang istana ni tak bertingkat - tingkat macam istana yang selalu kita masuk kat Jepun? Haaa.. tu la keistimewaan pertama dia. Selain tu, Saga Castle ni dikatakan the largest wooden construction in the country tau.
Istana ni juga tak mengenakan sebarang caj masuk. Maksudnya, free la untuk melawat. Tapi, donation sangat dialu - alukan. Naza support dengan cara Naza sendiri, which was beli beberapa keping poskad dekat shop dia dan kirimkan buat kawan - kawan kat Malaysia. Museum shop terletak kat information counter, so korang takkan miss or tak perasan punyalah. Selain bayaran masuk percuma, korang juga boleh dapatkan audio guide percuma di information counter ni. Memang kalau bajet ciput tempat ni sangat sesuai untuk korang.
|
Naza beli poskad untuk pos pada kawan - kawan di Malaysia |
Satu lagi yang istimewa tentang istana ni, tempat ni ada tatami yang luas, seluasnya. Pastikan waktu takde orang, korang ambil gambar duduk atas tatami yang luas tu, cantik. Beberapa informasi tentang sejarah istana, binaan dan juga sejarah tentang Saga boleh korang dengar dari audio guide yang diberikan percuma.
|
Ni lah dia keistimewaan istana ni yang utama, tatami yang seluasnya. In fact, seluruh istana kecuali tandas dihampar dengan tatami ni. Jangan lupa ambil gambar kat sini kalau datang. Naza pun ada snapped gambar tapi malu nak post kat sini. Hahaha |
|
Ok, kalau biasa pergi istana kat Jepun, perisai samurai ni biasa kita jumpa dalam istana. Sama je istana ni pun |
|
Glass ni tulis sila pijak untuk lihat macam mana ground untuk castle ni. Macam biasa, binaan asal istana tidak menggunakan walau sebatang paku pun |
Kesimpulannya, kalau korang memang suka tengok binaan istana di Jepun, sila singgah istana ni untuk lihat keunikannya. Selain tu, kalau korang minat sejarah juga digalakkan pergi. Kalau nak jalan - jalan Jepun tapi poket tak tebal juga ini lah antara tempat yang patut masuk dalam list dan lastly, kalu korang ke Saga tapi tak tau mana nak pergi, silalah masukkan sekali tempat ni dalam itinerary ye.