daily planner



Stick-it notes
Showing posts with label Taiping. Show all posts
Showing posts with label Taiping. Show all posts

Sunday, 2 February 2020

Taman Anggun Sepetang Fasa 3

Khas utk penjawat awam tetap, miliki rumah mampu bayar di Taman Anggun Sepetang skrg. Antara kelebihan booking dgn sy:
🏠Skim 0 deposit
🏠Saya tak ambil duit booking walau sesen
🏠Tak perlu bayar khidmat guaman
🏠Potongan pinjaman lepas dapat kunci
Macam mana nak mohon?
1. Pm sy utk semak kelayakan di www.wasap.my/60195693017/TmnAnggunSepetang
2. Dh setuju nk booking sediakan dokumen lengkap
3. Kami akn proses segala dokumen
4. Tunggu rumah siap
👍As simple as that..
👍Moreover, harga rumah mmg tak membebankan poket.
♥️Hanya dari *RM897 sebulan (kiraan anggaran mengikut umur dan bilangan tempoh pinjaman)
Cepat2, unit sangat terhad. Sy tunggu anda contact sy ye..




Wednesday, 9 September 2015

Heritage Tea

Pernah dengar Heritage Tea? Honestly, Naza pn baru la kali kedua minum minuman ni. Mula2 dulu tertanya juga, ramai yg jinjing beg plastik berisi gelas plastik yg besar, beli mana lah air dalam bekas tu?
Tiba lah satu hari dengan penuh tak malunya tanya seorang adik yang tengah pegang air tu, dia beli kat mana, macam menarik je. Dia pun jawablah, kat Tutti Fruitti ada jual. Seriously, selalu juga lalu lalang depan Tutti Fruitti, tapi entah kenapa la tak pernah perasan pun dia ada jual air yg nampak menarik tu. Hehehe..
Maka, Naza dengan my sis pun pergi lah ke Tutti Frutti Taiping Sentral nak membeli air menarik tersebut. Mula2 tanya pada adik yg menjual, berapa perisa yang ada, maka dia pun sebut la perisa2 yg available. Ok..banyak juga, next.. tanya plak perasa apa yg orang selalu beli. Jawabnya ~ Mocha. My sis pun order mocha while for me, I ordered Green tea.
Dah balik rumah rasa mocha memang terbaik dan green tea dia pun not bad! Makanya, semalam kami try perasa lain plak, macam dalam gambar ~ orange and chocolate. Rasa? For me and my sis not bad, not bad at all. Nak try rasa Heritage tea ni? Silalah ke Taiping Sentral, cari shop lot Tutti Fruitti kat ground floor. Minuman tu ada dijual di dalam premise. Made to order. Segelas besar harganya cuma RM4.80. Kiranya lebih murah berbanding air sebelahnya, Chatime. Selamat mencuba..

Saturday, 31 January 2015

Taiping yang cantik

Gambar semasa membawa tourist jalan - jalan ambil gambar sekitar Taiping. Untuk pengetahuan, Naza Isma telah join komuniti LocalUsher yang bertujuan untuk memperkenalkan tempat tinggal kami yang istimewa dari lensa warga tempatan. Nak tau lebih lanjut tentang LocalUsher? Google je senang. Pakai application ni payah sikit nak link. Huhuhu

Wednesday, 21 January 2015

Review tempat makan ~ Taiping Bawal King

Hari ni adik tiba-tiba ajak nak makan bawal goreng kat Simpang. Kat mana dia pernah dengar pasal tempat makan ni pun ntah lah. Tiba-tiba je ajak, siap call owner lagi nak tanya kat mana lokasi.
Lokasi tempat makan ni sebenarnya di RnR Batu 2 Setengah, Simpang. Kedai terletak di Sebelah Shell, berhadapan dengan Pusat Servis Honda. Tak susah pun nak cari.
Apa keistimewaan tempat ni? Jom tengak gambar:









Sebenarnya hajat hati kami nak makan bawal goreng, tapi walaupun kami sampai sebelum pukul 9 malam, set bawal goreng yang berharga RM6.50 dah habis! Kami pun order la set ayam (RM6.50), set keli (RM5) dan set kembung (RM5). Setiap set didatangkan dengan nasi putih, lauk pilihan, kari, ulaman, sambal kicap dan juga sambal belacan.
Bagi sesiapa yang suka makan lauk kampung yang simple dimakan panas-panas, tempat ni memang sesuai sangatlah nak datang makan. Tambah pulak portion nya memang cukup lah untuj seorang makan dengan kenyang. Tapi kalau selera memang dah besar, nak tambah nasi pun tak salah. Hehehe.
Macam mana, nak cuba tak?

Friday, 9 January 2015

Deli Cafe Kamunting

Hari ni nak review tempat makan kat Taiping ni sebagai panduan orang luar atau orang tempatan sendiri nak cari makanan di Taiping dan sekitarnya.
Tempat Naza Isma pergi kali ni terletak di Kamunting, namanya Deli Cafe. Terletak bersebelahan Wai Tat, di hujung shop lot area menghala Kampung Expo. Landmark lain nya bertentangan Caltex Kamunting. Jangan confuse dengan deretan gerai makan kat tepi-tepi jalan menuju Kampung Expo ye sebab Deli Cafe terletak di deretan kedai, bukan gerai. Atau senang kata, kedai dia belakang gerai-gerai tu.
Deli Cafe ni tak silapnya dibuka dari lewat petang ye. Kalau nak pergi makan tengahari tu memang takde lah. Menu pula adalah menu western. Pizza pun ada juga.
Cafe ni tempat duduknya terhad sebab kedainya kecik je. Kalau penuh sila tunggu giliran tempat duduk ye sebab memang selalunya penuh atau hampir penuh.
Haa, bila dah cakap penuh tu mesti boleh agak makanan kat sini macam mana kan? Honestly, bagi Naza Isma sendiri memang suka makan kat sini. Satu sebab portion nya besar, harga memuaskan plus rasanya agak sedap. Mind you, kat Taiping ni tak macam KL senang nak cari menu western yang best.
Dah dua kali Naza Isma pergi hari Isnin kedai ni tutup, jadi kami buat kesimpulan yang kedai memang yak beroperasi hari Isnin. (Berapa kali pergi lupa plak nak tanya owner betul ke Isnin tutup. Haisshh).
Nak suggest cuba menu mana ye? Pening juga nak suggest sebab setakat yang kami order kami puas hati belaka. Hehehe. Nak tengok macam mana rupa makanan kami jom tengok kat bawah ni:














P.s: Jom join GA blog ni jom!

Monday, 22 December 2014

Rassa Station

Dah lama tak buat entry pasal makan. Kali ni nak cite sikit tempat yang agak baru di Taiping ni. Kalau tahu mana lokasi Bank Islam Taiping, boleh la pergi tempat ni sebab restoran ni di deret yang sama, di sebelah hujung.
Kami pergi sebab terpikat dengan review orang Taiping yang dah pergi makan, kononnya makanan kat sini sedap. Makanya, kami pun cubalah. Tak cuba sendiri pasti tak kan tahu betul ke idak apa yang orang lain cakap.
Saya dan adik bersama isterinya order nasi goreng. Sorang nasi goreng udang, saya nasi goreng ketam dan adik ipar nasi chicken boxing (kot). Apa yang saya boleh cakap, nasi goreng kami sama je rasanya. Yang beza ialah lauknya aje. Saya tak berapa rekemen la amik nasi goreng ketam sebab sangat rumit nak makan plus isinya tak banyak mana pun.
Adik yang sorang lagi pula order chicken chop. Yang menu dia memang boleh tahan. Yang lain tahap biasa - biasa je, takde la wow factor kat situ. Mungkin orang lain, lain selera tapi bagi kami macam tu la apa yang kami rasa.








Monday, 1 December 2014

Deena @ Aeon Taiping

Deena balik Taiping ikut opah, tinggal mama and papa dia kat Labuan. Antara tempat dia ajak Along dia pergi was Aeon yang buka. If sebelum ni dia asyik sebut Tesco, sekarang dah tak ingat Tesco dah, ajak ke Aeon pula. Memang sebiji perangai mama dia, suka berjalan kat shopping complex. Ikut suka hati kamu la Deena, Along ikut je...




Sunday, 16 November 2014

Eat what locals eat

Seringkali kalau kita melancong, kita akan cari benda, tempat atau makanan yg famous di tempat yg kita pergi. Hari ni saya nak buat entry tentang mi udang Kuala Sepetang tapi bukan restoran yang selalu masuk tv atau majalah dan surat khabar tu. Ia adalah sebuah kedai kecil, dibina dari kayu, dari jauh nampak macam reban pun ada.
Nama gerai ni, Salleh Stall. Dalam banyak - banyak gerai mi udang, gerai ni lah paling jauh ke dalam, terletak betul - betul di pekan Kuala Sepetang. Dari segi sejarah, Salleh Stall mungkin boleh berbangga dengan menyatakan yang mereka ni adalah pioneer gerai mi udang di Kuala Sepetang. Ini kerana, gerai kecil ni dah dibuka sejak sebelum merdeka lagi iaitu pada tahun 1956. Mungkin sebab itulah Salleh Stall masih nak mengekalkan senibina kedai pondok kayu disebabkan nilai sejarahnya.
Dari segi makanan, saya rekemen untuk anda cuba sama ada mi atau kueh teow goreng udang. Yang istimewa mi gorengnya ialah mi yang digoreng ala - ala mi goreng mamak. Sepinggan mi goreng udang biasa harganya RM7. Nak yang special mahal lah sikit. Kalau datang awal, jangan lupa order cucur udang. Harganya RM0.50 untuk sekeping. Kalau nak tahu, cucur udang ni cepat habis sebab orang kampung kalau datang itulah yang mereka order. Kalau itu makanan orang kampung, faham - fahamlah berbaloi ke tak kalau order. Lagi satu, teh ais, milo ais pun sangat marvelous.






Saturday, 15 November 2014

Aeon Taiping

Aeon Taiping dh buka semalam dan saya dan rakan2 sekerja antara yang serbu di hari pertama pembukaan. Bukan sebab kami excited nak shopping bagai tapi lebih kepada nak tengok2 kedai apa yg ada terutama kedai makan maklumlah, kat Taiping ni boleh dikatakan pilihan makanan agak limited.
Memandangkan baru je buka, punya lah ramai umat manusia semalam even waktu kami pergi tu waktu solat Jumaat. Yang lebih haru, ramai lelaki Melayu pula dalam tu! Andaian kami orang akan berkurangan la kalau waktu solat tapinya benda lain pula yang jadi. Huhuhu
Semalam sempatla beli 2 helai t-shirt yang tak berkedut 2 helai kat Aeon. Bukan apa, nak buat pakai ke Bangkok nanti. Travel date pun dah dekat. Next gaji nak beli sehelai seluar la plak. Hehehe
Apa2 pun yg paling puas hati kat Aeon ialah dia punya takoyaki. Senang sikit nak makan lepas ni. Kalau tak kena tempah kat kawan bila di ke Kulim. Sushi Aeon pun lebih sedap dari Tesco. Alamak, tetiba lapar lah pulak! Jom la tengak gambar yg snap semalam..









Wednesday, 5 November 2014

Burger bakar kukus



Manusia ni ada beberapa jenis nafsu kan? Salah satunya nafsu makan lah. Hehehe. Memandangkan burger bakar ni dah beberapa kali dok lalu kat wall FB je, saya and kawan pun tergoda dan teruslah pergi mencari. Yang saya makan ni burger cheesy beef double. Harganya RM12.50. Kalau nak tambah cheese macam cheesy wedges tu kena tambah 50 sen.
Rasanya plak macam mana?
Saya rasa teori tengok pelanggan yang beratur tu menandakan sesuatu makanan tu sedap memang boleh lah dipakai. Sebabnya semasa saya menunggu kawan nak sampai ke gerai burger ni, pelanggan tak putus - putus datang walhal bertentangan gerai tu ada restoran McD. Patty dia cukup besar. Ambil double saya makan dua kali meal, untuk dinner sekali, breakfast sekali. Paling bagus, rasa patty dia tak hanyir. Kalau kuat sangat rasa hanyir daging memanglah tekak saya tak boleh nak terima.
Lokasi nya pulak?
Well, tadi dah bagitau bertentangan McD. McD yang tepatnya di Taman Tasik. Budak - budak jual burger ni jual ats lori yang dipark kat tempat parking FMS station. Sebelah gerai ada orang jual coconut shake. Sambil - sambil tunggu boleh la minum air kelapa shake yang berharga RM2.50 untuk biasa and RM3 untuk special. Bezanya yang special ada aiskrim on top of the shake. Selalunya pelanggan agak ramai, nampak macam takde orang sebab kebanyakannya order then tunggu kat kereta. Pergi lewat petang dah buka dah diorang ni. Selamat mencuba!

Monday, 27 October 2014

Makan yong tau foo

Tengah - tengah malam rasa lapar and kawan ajak lepak. Makanya, kami ke KE Corner Taiping. Kat mana KE Corner ni? Senang ya amat nak cari, betul - betul sebelah PPD lama dan seberang dengan kedai buku Dynamic / Poslaju, berdekatan juga dengan KE Rendah. Rasanya boleh tahan, lebih sedap dari yong tau foo belakang bomba, ikut tekak kami la. Yang saya amik ni berharga RM5.50. Makan sorang pun habis. Hehehe

Saturday, 25 October 2014

Car Boot Sale KCT

Setelah sekian lama, baru hari ni pergi menjengah ke CBS KCT Taiping. Sambil bagi support pd kwn2 sambil kita berbelanja sikit. Dapat la beli macaroni cheese daging, sardine puff n congo bars dari Sweetlala Homemade pastu beli jeruk pelam dr kak k collections. Hari ni ada 8 gerai dibuka. Untuk makluman, CBS ni ada setiap hari Sabtu dan Ahad di depan McD taiping atau lebih tepat nya di tapak parking FMS Station. Kalau nak sertai ahli kena bayar RM3/day and bagi bukan ahli pula bayaran RM5/day. Kalau berminat nk meniaga boleh whatsapp 0195693017, saya akan hubungkan dengan urusetia yang bertanggungjawab nanti.









Thursday, 20 March 2014

Thank you for the rain

After a few days of receiving heavy rain, the air is clearer here in Taiping. During my hiking activity in Bukit Larut, the Taiping town is clearly visible from the hill too. Thank you for the rain ya Allah. Alhamdulillah..

New shop lot in Giant

Those who love English decorations would love this newly opened shop lot in Giant, Taiping. It was hard to get English deco in Taiping, we had to go all the way to Ipoh or Penang to get them. I don't know who the owner is, but however he / she is, good luck in your business..

Wednesday, 19 March 2014

Bengkel Saujana

This is where I normally send my car for service. It's located in Assam Kumbang. The owner is also a qualified house contractor.

Saturday, 15 March 2014

Kamalodge

Another option for travelers who are looking for a place to stay while in Taiping. Situated not very far from the Taiping Zoo and Taiping Lake Garden, this place offers a cozy and luxurious accommodation to visitors.
The room rate starts from MYR188 per night during the low season.
Orange Cafe, which is Kamalodge's only cafe is also quite well know to the locals. Kamalodge Chicken Chop is my personal favourite and the dish is highly recommended. Besides western cuisine, Malaysia cuisine like Kamalodge Fried Rice is a must try too.
If you are looking for a place to stay away from a busy city life, do come to Kamalodge Taiping.
Taiping Kedamaian Abadi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...