daily planner

Wednesday, 21 January 2015

Review tempat makan ~ Taiping Bawal King

Hari ni adik tiba-tiba ajak nak makan bawal goreng kat Simpang. Kat mana dia pernah dengar pasal tempat makan ni pun ntah lah. Tiba-tiba je ajak, siap call owner lagi nak tanya kat mana lokasi.
Lokasi tempat makan ni sebenarnya di RnR Batu 2 Setengah, Simpang. Kedai terletak di Sebelah Shell, berhadapan dengan Pusat Servis Honda. Tak susah pun nak cari.
Apa keistimewaan tempat ni? Jom tengak gambar:









Sebenarnya hajat hati kami nak makan bawal goreng, tapi walaupun kami sampai sebelum pukul 9 malam, set bawal goreng yang berharga RM6.50 dah habis! Kami pun order la set ayam (RM6.50), set keli (RM5) dan set kembung (RM5). Setiap set didatangkan dengan nasi putih, lauk pilihan, kari, ulaman, sambal kicap dan juga sambal belacan.
Bagi sesiapa yang suka makan lauk kampung yang simple dimakan panas-panas, tempat ni memang sesuai sangatlah nak datang makan. Tambah pulak portion nya memang cukup lah untuj seorang makan dengan kenyang. Tapi kalau selera memang dah besar, nak tambah nasi pun tak salah. Hehehe.
Macam mana, nak cuba tak?

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...