daily planner

Monday, 22 December 2014

Rassa Station

Dah lama tak buat entry pasal makan. Kali ni nak cite sikit tempat yang agak baru di Taiping ni. Kalau tahu mana lokasi Bank Islam Taiping, boleh la pergi tempat ni sebab restoran ni di deret yang sama, di sebelah hujung.
Kami pergi sebab terpikat dengan review orang Taiping yang dah pergi makan, kononnya makanan kat sini sedap. Makanya, kami pun cubalah. Tak cuba sendiri pasti tak kan tahu betul ke idak apa yang orang lain cakap.
Saya dan adik bersama isterinya order nasi goreng. Sorang nasi goreng udang, saya nasi goreng ketam dan adik ipar nasi chicken boxing (kot). Apa yang saya boleh cakap, nasi goreng kami sama je rasanya. Yang beza ialah lauknya aje. Saya tak berapa rekemen la amik nasi goreng ketam sebab sangat rumit nak makan plus isinya tak banyak mana pun.
Adik yang sorang lagi pula order chicken chop. Yang menu dia memang boleh tahan. Yang lain tahap biasa - biasa je, takde la wow factor kat situ. Mungkin orang lain, lain selera tapi bagi kami macam tu la apa yang kami rasa.








No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...