daily planner



Stick-it notes

Friday 9 January 2015

Deli Cafe Kamunting

Hari ni nak review tempat makan kat Taiping ni sebagai panduan orang luar atau orang tempatan sendiri nak cari makanan di Taiping dan sekitarnya.
Tempat Naza Isma pergi kali ni terletak di Kamunting, namanya Deli Cafe. Terletak bersebelahan Wai Tat, di hujung shop lot area menghala Kampung Expo. Landmark lain nya bertentangan Caltex Kamunting. Jangan confuse dengan deretan gerai makan kat tepi-tepi jalan menuju Kampung Expo ye sebab Deli Cafe terletak di deretan kedai, bukan gerai. Atau senang kata, kedai dia belakang gerai-gerai tu.
Deli Cafe ni tak silapnya dibuka dari lewat petang ye. Kalau nak pergi makan tengahari tu memang takde lah. Menu pula adalah menu western. Pizza pun ada juga.
Cafe ni tempat duduknya terhad sebab kedainya kecik je. Kalau penuh sila tunggu giliran tempat duduk ye sebab memang selalunya penuh atau hampir penuh.
Haa, bila dah cakap penuh tu mesti boleh agak makanan kat sini macam mana kan? Honestly, bagi Naza Isma sendiri memang suka makan kat sini. Satu sebab portion nya besar, harga memuaskan plus rasanya agak sedap. Mind you, kat Taiping ni tak macam KL senang nak cari menu western yang best.
Dah dua kali Naza Isma pergi hari Isnin kedai ni tutup, jadi kami buat kesimpulan yang kedai memang yak beroperasi hari Isnin. (Berapa kali pergi lupa plak nak tanya owner betul ke Isnin tutup. Haisshh).
Nak suggest cuba menu mana ye? Pening juga nak suggest sebab setakat yang kami order kami puas hati belaka. Hehehe. Nak tengok macam mana rupa makanan kami jom tengok kat bawah ni:














P.s: Jom join GA blog ni jom!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...