daily planner



Stick-it notes

Sunday 16 November 2014

Eat what locals eat

Seringkali kalau kita melancong, kita akan cari benda, tempat atau makanan yg famous di tempat yg kita pergi. Hari ni saya nak buat entry tentang mi udang Kuala Sepetang tapi bukan restoran yang selalu masuk tv atau majalah dan surat khabar tu. Ia adalah sebuah kedai kecil, dibina dari kayu, dari jauh nampak macam reban pun ada.
Nama gerai ni, Salleh Stall. Dalam banyak - banyak gerai mi udang, gerai ni lah paling jauh ke dalam, terletak betul - betul di pekan Kuala Sepetang. Dari segi sejarah, Salleh Stall mungkin boleh berbangga dengan menyatakan yang mereka ni adalah pioneer gerai mi udang di Kuala Sepetang. Ini kerana, gerai kecil ni dah dibuka sejak sebelum merdeka lagi iaitu pada tahun 1956. Mungkin sebab itulah Salleh Stall masih nak mengekalkan senibina kedai pondok kayu disebabkan nilai sejarahnya.
Dari segi makanan, saya rekemen untuk anda cuba sama ada mi atau kueh teow goreng udang. Yang istimewa mi gorengnya ialah mi yang digoreng ala - ala mi goreng mamak. Sepinggan mi goreng udang biasa harganya RM7. Nak yang special mahal lah sikit. Kalau datang awal, jangan lupa order cucur udang. Harganya RM0.50 untuk sekeping. Kalau nak tahu, cucur udang ni cepat habis sebab orang kampung kalau datang itulah yang mereka order. Kalau itu makanan orang kampung, faham - fahamlah berbaloi ke tak kalau order. Lagi satu, teh ais, milo ais pun sangat marvelous.






No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...