daily planner



Stick-it notes
Showing posts with label chocolates. Show all posts
Showing posts with label chocolates. Show all posts

Thursday, 9 April 2015

Day 2 - Fremantle Chocolate

Selepas membeli buah - buahan segar dan manis di Fremantle Market, kami pun decide nak pergi Fremantle Chocolate. Dah nama pun chocolate, jadi memang boleh agak la apa yang ada kat tempat ni kan? Bagi yang suka coklat memang boleh singgah but if tak minat, tak perlulah masukkan dalam itinerary.
Dari Fremantle Market, keluar ikut pintu market yang Naza letak dalam entry sebelum ni. Turn right and go straight on. Kedai ni bertentangan dengan satu church yang terletak beberapa blok dari Fremantle Market. Hari tu kami terlepas juga lah kedai ni, sebab tak perasan signboard dia. Dah dok depan church baru la nampak mana nak tuju.

Nampak tak signboard Fremantle Chocolate tu? Situ la tempat tujuan kami hari tu.

Masuk - masuk je dalam premis ni, kami diberikan free samples of chocolate dan.. 

Jangan terkejut dengar orang cakap Melayu dalam kedai ni sebab akak ni memang orang Malaysia, dari Selangor, berkahwin dan menetap dengan orang tempatan.

Kami dikira agak bertuah sebab akak ni (maaf, lupa nama) last jaga kedai hari kami pergi sebab esoknya dia nak balik Malaysia kejap untuk hadiri majlis perkahwinan kawan di Bangi. Jadinya, dia lah rekemen coklat mana yang sedap dan coklat mana yang tak boleh makan. Untuk makluman, in case korang pergi bukan akak ni yang jaga kedai, jangan beli coklat perasa Rum & Raisin dan satu lagi Turkish Delight. Rum & Raisin sebab ada alcohol dan untuk Turkish Delight pula jeli yang digunakan adalah dari unsur haiwan. Yang lain - lain halal untuk dibeli.
Naza beli 3 kotak coklat yang berharga AUD40. Mahal? Mahal pun berbaloi. Memang sedap sangat especially perasa Coconut. Coklat Coconut ni memang sangat rekemen untuk korang beli. 

Antara produk yang dijual di sini.

Pemenang beberapa anugerah. Patutla coklat dia sedap.




Friday, 27 April 2012

Kelas coklat


Kelas coklat do-it-yourself kini dibuka kepada semua yang berminat. Yuran hanya RM60. Hubungi 0195603017 untuk mendaftar.

Syarat - syarat kelas :
  • Pilih sendiri tarikh yang dikehendaki untuk kelas
  • Pilih lokasi belajar, samada rumah anda sendiri atau di rumah nazaisma homemade (lokasi luar taiping akan dikenakan surcaj duit minyak)
  • Seorang pelajar sahaja untuk satu masa. Bayaran RM60 adalah untuk seorang, jika ingin belajar bersama kawan, kawan anda juga akan dikenakan caj belajar
  • Bahan -bahan untuk kelas disediakan oleh anda termasuk segala alatan untuk kelas. Nazaisma akan memberi resepi, tips dan tunjuk ajar untuk proses mengahasilkan coklat anda

Monday, 5 March 2012

kelas sempena cuti sekolah - young chefs


gambar dari google.

sempena cuti sekolah, nazaisma akan mengadakan kelas untuk para pelajar sekolah rendah dan menengah bagi mengisi masa lapang semasa sedang bercuti. penyertaan hanya dibuka untuk PELAJAR SEKOLAH SAHAJA. kelas adalah seperti berikut:

kelas young chefs : my own cupcakes

tarikh : 12 mac 2012
hari : isnin
masa : 10 pagi - 3.00 petang
yuran : rm50
modul:
1. membancuh dan membuat kek coklat mudah.
2. membancuh buttercream.
3. menghias 8 biji kek cawan dengan buttercream.

kelas young chefs : my own biscuits

tarikh : 13 mac 2012
hari : selasa
masa : 10 pagi hingga 3 petang
yuran : rm 50
modul:
1. chocolate chips cookies
2. strawberry trakinas
3. cornflakes cookies
4. almond london
5. tart blueberry

kelas young chefs : my own chocolates

tarikh : 14 mac 2012
hari : rabu
masa : 10 pagi hingga 3 petang
yuran : rm 50
modul :
1. oreo chocolate with edible image
2. chrunchy chocolates with various shapes and colours
3. lolichoc

sila hubungi kami jika berminat.


Thursday, 23 February 2012

Terima Kasih Ustazah Shazila

Kek coklat lembab topping chocolate ganache Sekeping edible image RM60

Friday, 17 February 2012

Kelas Kek Continental - Kek Chocolate Indulgence

Tarikh : 4 mac 2012

Hari : Ahad

Masa : 9.30 pagi sehingga selesai

Tempat : Bangunan Koperasi Penternak Melayu Perak, Simpang, Taiping

Yuran : RM 150

Apa yang dipelajari :

1. Cara yang betul membuat kek span

2. Cara membuat filling (dua filling)

3. Tips menghias kek

Akan menghias sendiri kek 9" secara sendirian dan dibantu instruktor. Membawa pulang hasil tangan sendiri.

Juga sesuai untuk beginner.

Thursday, 9 February 2012

Bun Coklat

Promosi bulan Februari.

RM 18 / 15 biji

Biasa : RM 22.50 / 15 biji

Saturday, 4 February 2012

Tart Chocolate

Jika anda ingin belajar membuat tart ini beserta beberapa tart lain, sila hubungi saya

Friday, 3 February 2012

Sunday, 29 January 2012

Kek Chocolate Indulgence

Kek versi derhaka. Nape kata derhaka? Sebab deco kek indulgence mana ada tabur manik segala ;p

Kek ini ditempah oleh adik sendiri sebanarnya. Dia teringin dan tambah pula keluarga sebelah suaminya ada datang berkunjung jadi jamu kek saja la.

RM65

Tuesday, 27 December 2011

Crunchy Chocolate Milk

Dah lama tak buat coklat tapi hari ni buat untuk adik yang nak balik ke uitm shah alam. Buat sikit je sebab lepas exam nanti adik akan balik sini semula untuk semester break.

Kepada students uitm shah alam yang teringin nak merasa apa2 saja produk nazaisma homemade bolehlah tempah melalui adik2 di shah alam.seorang duduk di skesyen 2 dan seorang lagi di dalam asrama. Sebarang maklumat lanjut hubungi 0195693017

Thursday, 22 December 2011

Kek Russian Black And White

Bahagian dalam kek yang nampak macam dam

Potongan bahagian dalam kek

Juga sesuai dijadikan kek harijadi

kek russian black and white

Dibuka untuk tempahan. Antara bahan yag digunakan adalah kek coklat, coklat compound (yang buat chocolate homemade tu), cream cheese dan nescafe. Memang meletup rasa kek ni.

Jika ingin belajar membuat kek russian black and white bersama nazaisma homemade, sila hubungi 0195693017. Cara pembelajaran adalah secara hands on di mana anda membuat hiasan sendiri dari mula hingga habis dan membawa sebiji kek pulang. Yuran adalah RM150 seorang.

Sunday, 18 December 2011

Chocolate Mud Cake

Bagi penggemar coklat kek ini adalah 'a must have'. Kek nya ialah kek coklat, inti juga coklat malah dihias dengan chocolate ganache di luar. Harga bermula dengan RM75 bergantung kepada hiasan yang diminta.

Jika berminat untuk belajar, kelas secara hands on dimana anda buat sendiri kek tersebut dari mula sehingga ke hiasan atau anda boleh pilih kelas demo secara berkumpulan minimum 5 orang di mana anda melihat proses membuat kek ini. Untuk keterangan lanjut, hubungi 0195693017.

Tuesday, 13 December 2011

Program JJJB Bersama Chef Khairi Dan Maria Tunku Sabri

Sebenarnya ini adalah kali kedua mengikuti kelas di bawah tunjuk ajar chef terkenal ini, Chef Khairi Anuar. Chef Khairi ni telah mencipta beberapa kek popular dan kek - kek ciptaannya ada terdapat di beberapa cafe terkenal di tanah air.

Antara kek - kek yang telah dipelajari sepanjang dua kelas tersebut adalah kek chocolate banana, rose cheese cake, cheese chocolate cake, carrot cheese cake, tiramisu cake, chocolate mud cake, caramel cheese cake, white chocolate macadamia cake, durian cheese cake dan aneka donut.

Pasti ada yang rasa familiar dengan nama - nama kek tersebut kn? Memang sedap kek - kek ini. Jika ingin menempah kek famous ini, sila lah explore blog ini untuk melihat contoh kek yg telah pun masuk dalam entri. Untuk kek yang dipelajari di kelas sesi kedua, entri - entri nya bakal menyusul tidak lama lagi. Jadi, selalu - selalulah jenguk blog ini.

Kepada sesiapa yang berminat untuk mempelajari cara membuat kek di atas, sila hubungi 0195693017. Cara pembelajaran adalah hands on di mana anda akan buat sebiji kek dan bawa balik hasil kerja anda itu.

Sunday, 4 December 2011

Kek chocolate indulgence







Kek ini ditempah oleh pn liana, rakan sekuliah di usm penang. Terima kasih di atas tempahan ini :)


Kelas membuat coklat indulgence dibuka untuk sesiapa sahaja yang berminat. Hanya rm150 untuk belajar membuat sebiji kek

Saturday, 3 December 2011

Give Away 2



Semalam Give Away ini telah berakhir dan nampaknya cuma seorang pemenang tunggal yang layak untuk memenangi hadiah berupa kelas membuat coklat secara percuma di nazaisma homemade
Tahniah pn hasnidar daripada blog cempakabiru-nieda.blogspot.com. Sila hubungi saya untuk set date kelas ye. Terima kasih kerana sudi join.

Friday, 2 December 2011

Give Away Kemeriahan Rayaku


Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Akhirnya saya berkesempatan lagi untuk membuat satu lagi Give Away kepada para blogger yang sudi untuk menyertainya. Actually saya sudah mengeluarkan hint sedikit masa lalu untuk GA ini dan sekaranglah masanya untuk saya umumkan formatnya pula. Here it goes...

Apa yang anda perlu lakukan?

1. Buat entri bertajuk 'Give Away Kemeriahan Rayaku'
2. Letakkan gambar2 suasana anda menyambut Aidiladha yang lalu. Wajib ada satu gambar hidangan raya anda.
3. Link kan entri tersebut dengan blog nazaisma.
4. Wajib jadi follower blog nazaisma.
5. Bila entri telah selesai dibuat, sila tinggalkan jejak anda di ruangan komen.

Senang je kan? Apa pula habuan untuk pemenang kali ini?

- 2 orang pemenang utama akan memenangi kelas percuma membuat coklat seperti gambar di
atas.
- 3 orang pemenang saguhati akan menerima senaskah buku resepi berkaitan pastry.

Berminat? Jom ramai2 sertainya.

TARIKH TUTUP : 2.12.2011 (2 minggu dari sekarang)

  • Pemenang akan melalui pemilihan dari juri2 awam. Make sure gambar2 anda menarik untuk menarik perhatian mereka :)

JOM RAMAI2 SERTAI!!!!!
GOOD LUCK!!!!!

Saturday, 19 November 2011

Kek coklat moist





Kek coklat moist dgn topping chocolate ganache dan dihias dengan hundred thousands dibuat khas utk pelajar2 yg telah mendapat keputusan cemerlang di dalam peperiksaan upsr kertas bahasa inggeris tahun 2011.
Tahniah utk mereka yang telah berjaya mendapat A.

Sunday, 6 November 2011

Sweet treat for aidiladha






Milk chocolate + dark chocolate + rice bubbles

Tuesday, 30 August 2011

crunchy chocolates

dibuat khas utk para tetamu sempena hari raya.jemputlah ke rumah
Published with Blogger-droid v1.7.4

Tuesday, 2 August 2011

terima kasih pn radziah



terima kasih kerana menempah coklat bestseller di nazaisma home made iaitu chocolate crunchy :-)
tempahan utk kek dan coklat serta produk2 bakery yg ln msh dibuka utk bln ramadhan.
jika ingin belajar cara membuat coklat termasuk coklat bestseller ini, silalah hubungi pihak kami utk keterangan lanjut.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...