daily planner



Stick-it notes

Wednesday 9 September 2015

Heritage Tea

Pernah dengar Heritage Tea? Honestly, Naza pn baru la kali kedua minum minuman ni. Mula2 dulu tertanya juga, ramai yg jinjing beg plastik berisi gelas plastik yg besar, beli mana lah air dalam bekas tu?
Tiba lah satu hari dengan penuh tak malunya tanya seorang adik yang tengah pegang air tu, dia beli kat mana, macam menarik je. Dia pun jawablah, kat Tutti Fruitti ada jual. Seriously, selalu juga lalu lalang depan Tutti Fruitti, tapi entah kenapa la tak pernah perasan pun dia ada jual air yg nampak menarik tu. Hehehe..
Maka, Naza dengan my sis pun pergi lah ke Tutti Frutti Taiping Sentral nak membeli air menarik tersebut. Mula2 tanya pada adik yg menjual, berapa perisa yang ada, maka dia pun sebut la perisa2 yg available. Ok..banyak juga, next.. tanya plak perasa apa yg orang selalu beli. Jawabnya ~ Mocha. My sis pun order mocha while for me, I ordered Green tea.
Dah balik rumah rasa mocha memang terbaik dan green tea dia pun not bad! Makanya, semalam kami try perasa lain plak, macam dalam gambar ~ orange and chocolate. Rasa? For me and my sis not bad, not bad at all. Nak try rasa Heritage tea ni? Silalah ke Taiping Sentral, cari shop lot Tutti Fruitti kat ground floor. Minuman tu ada dijual di dalam premise. Made to order. Segelas besar harganya cuma RM4.80. Kiranya lebih murah berbanding air sebelahnya, Chatime. Selamat mencuba..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...