daily planner



Stick-it notes

Friday 18 December 2015

Lina, Busan Tower, Gukje Market dan Jagalchi Market

Istimewa posting Naza kali ni sebab nak bagi kredit kepada seorang pelajar Indonesia yang kami jumpa di Masjid Busan, Lina namanya. Ceritanya begini, kami sampai awal pagi di Busan dan stay semalaman di stesyen bas ekpress Busan sementara menunggu subway pertama yang bermula jam 5.10pagi. After dapat naik subway, terus kami decide ke Busan Masjid untuk solat dan membersihkan diri.
Setelah solat, imam mencadangkan kami berehat di dalam sebuah bilik di dalam masjid yang lebih selesa dan panas di tingkat bawah. Semasa berehat, Lina pun masuk ke dalam bilik tersebut untuk solat Subuh dan berehat setelah menghantar rakannya ke stesyen subway yang berdekatan. (Dusil Station)
Jika korang biasa bermusafir, korang mesti akan cari masjid kerana pasti korang akan merasai brotherhood and sisterhood yang indah bila berada di bumi asing. Di Busan, kami dapati perkara yang sama bila berkenalan dengan Lina. Bayangkanlah, kami ini hanya menumpang lelah sementara meneruskan perjalanan, menjadi tetamu tanpa undangan Lina pada pagi tersebut. Lina telah memasak sarapan untuk kami, setelah habis sarapan, dibawanya kami bersiar2 ke Busan Tower, Gukje Market dan Jagalchi Market. Yang paling best, semasa berbelanja di Gukje Market, disebabkan Lina boleh berbahasa Korea, kami dapat banyak diskaun semasa membeli belah. Malah, Lina juga telah membenarkan kami menyimpan beg kami di satu sudut di masjid sementara kami berjalan.
Terima kasih Lina atas kebaikan anda. Moga Allah membalas jasa anda yang melayan kami, tetamu tanpa undangan di Masjid Busan pada pagi 15 Disember yang lalu. Andai posting ini dibaca anda, follow me on my IG / twitter / FB. Moga akan ada persahabatan yang berkekalan antara kita.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...