daily planner



Stick-it notes

Sunday 4 October 2015

Dari Hong Kong ke Guangzhou


Hari kedua kami di Hong Kong, kami decided nak masuk ke mainland China dan destinasi pertama yang menjadi pilihan adalah Guangzhou. Kiranya trip kali ni masuk ke HK and China lah.
If korang nak buat macam kami buat, dari Malaysia please don't forget to apply for Chinese Visa sebab keluar je HK untuk ke mainland, memang memerlukan visa ye. If korang gerak dari HK ke Guangzhou then balik HK balik dan esoknya let's say korang nk masuk Shenzhen plak, visa yang perlu adalah multiple entries. Kami buat single entry saja sebab masuk Guangzhou, tidur sana semalam dan esoknya gerak pula ke Shenzhen dan barulah balik HK. So, kesimpulannya, rancanglah perjalanan korang dari HK ke mainland untuk urusan visa.
Harga visa varies from one travel agent to the other but if korang nak murah and kebetulan tinggal di KL, silalah buat sendiri di Chinese Embassy. Memandangkan Naza jauh di Taiping, Naza minta travel agent je yang buat. Naza tak mau lah share travel agency mana yang Naza buat sebab caj yang dikenakan pada Naza agak mahal dan ada yang terkejut dengar berapa Naza kena caj tapi dek kerana terdesak oleh jarak dan masa, telan je la. Huhuhu.
Kami menggunakan perkhidmatan keretapi untuk ke Guangzhou. Dari hotel, kami ke Hung Hom Station. Keluar je dari MTR, kami follow je signboard yang tertera Train to China / Intercity train. Kami beli tiket train pada hari yang sama, so tak perlu lah nak booking awal - awal dari Malaysia. Train tickets still available even kami ke Guangzhou pada hari Ahad. Tiket sehala adalah berharga HKD210 untuk dewasa. Perkhidmatan train diberikan oleh syarikat yang sama mengendalikan MTR di HK. Tempat duduk dalam train juga agak selesa dengan power socket tersedia untuk kita caj handphone, kamera / laptop. Cuma perlu sediakan universal adapter sahaja untuk sesuaikan dengan charger kita tu. Perjalanan akan mengambil masa lebih kurang 3 jam dan akan berhenti di Guangzhou East Railway Station. Satu tips untuk korang ~ orang di China ni pelik sikit. Even mampu beli tiket naik keretapi yang agak selesa tapi masih ada sikap kurang bertamdunnya. Bayangkan ada yang meludah kat dalam gerabak train. Haishh.....

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...