daily planner



Stick-it notes

Monday 5 October 2015

Suwaitai, gadis Ughur bantuan Allah untuk kami


Harus diakui, seharian kami di Guangzhou adalah di antara hari paling penat dan mengecewakan buat kami. Kalau adapun sesuatu yang menarik untuk diceritakan adalah tentang seorang gadis Ughur yang kami jumpa semasa berada di sana. Gadis yang berusia 24 tahun ini adalah bukti betapa bila kita kesusahan, Allah akan sentiasa bersama kita dan akan memberikan bantuan yang tidak terjangka.
Setelah keluar dari Guangzhou East Railway Station, kami bertanya pada guard yang berjaga di luar stesyen cara untuk ke hotel yang telah kami booked. Dengan English yang sangat limited, guard telah menunjukkan arah ke kanan. Kami mengikut saja arah tersebut. Dalam pencarian ke hotel, kami telah melalui satu jalan yang disepanjangnya penuh kedai2 yang menjual pakaian dan barangan untuk perkahwinan. Kesemua baju, kasut dan barang2 perkahwinan tersebut memang cantik dan kalau nak dibandingkan dengan harga di Malaysia, sudah tentulah jauh lebih murah.
Setelah puas berjalan, mencuci mata dengan deretan butik pengantin dan terpinga - pinga mencari di manakah letaknya tempat yang kami patut tuju, Naza terpandang satu signboard yang ada tanda halal di salah satu deretan kedai yang terletak di jalan lain, di mana jalan tersebut boleh ditemui selepas kita melalui 'Jalan Pengantin' tersebut.
Memandangkan masing2 sudah letih, lapar dan dahaga, kami pun masuk ke kedai dengan harapan dapat berehat sekejap dan mengisi perut yang dah perit. Semasa masuk pelanggan tidak ramai, hanya terdapat tiga pelanggan lainnya selain kami bertiga. Masalah pertama yang kami hadapi semasa sampai adalah kami buntu ingin memesan makanan apa memandangkan menu ditulis dalam Bahasa Cina sepenuhnya. Kemudian, datanglah Suwaitai ke meja kami untuk mengambil order. Macam ayam dan itik kami bercakap. Masing2 cuba memahami kehendak masing2 kerana Suwaitai kurang fasih berbahasa Inggeris dan kami pula langsung tak fasih Mandarin. Mujurlah Suwaitai panjang akal, dia menggunakan perisisan Google Translate untuk berbicara dengan kami. Kami pun berkesempatan order nasi bersama ayam yang berharga 17 Yuan. Rasanya bagi Naza sedap tapi bagi kawan2 lain, mereka tak berapa gemar.
Setelah habis makan, kami bertanyakan arah hotel kepada Suwaitai. Tanpa disangka - sangka, dia menawarkan diri membawa kami sendiri ke sana. Bukan setakat bawa kami sampai ke hotel, dia turut belanja kami makan aiskrim susu. Malangnya setelah kami sampai ke hotel, masalah komunikasi berlaku lagi. Kami telah booked hotel pada tarikh keesokkan hari dan kami request untuk awalkan sehari tetapi permintaan kami tidak dapat difahami langsung oleh orang hotel. Akhirnya, dengan fahaman kami sendiri, kami simpulkan receptionist cakap bilik tiada, sudah penuh. Hrmmm...
Kasihan dengan kami, Suwaitai menawarkan bilik kosong untuk kami bermalam pada hari tersebut dengan percuma. Dia mengatakan memandangkan kami Muslim, dia akan menghulurkan bantuan sebaiknya. Malah, ketika kami berpatah balik ke restoran milik kakak Suwaitai, kami memesan air berkarbonat yang dicaj 1 Yuan sahaja setiap seorang. Harga tersebut jauh lebih murah dari harga sepatutnya! Kami menolak bantuan gadis ini dengan baik and decided untuk mencari hotel di sekitar kawasan tersebut. Suwaitai membantu kami sehinggalah kami dapat menaiki bas yang berhenti di hadapan hotel kami menginap malam tersebut iaitu di Guangzhou Hotel.
Jika korang ke Guangzhou cubalah untuk mencari restoran halal tempat Suwaita dan kakaknya ini mencari makan dan sampaikan salam dari tiga wanita daru Malaysia yang sentiasa mengingati budi baik gadis kecil molek ini.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...