daily planner



Stick-it notes

Tuesday 21 July 2015

Seharian di Kokura

Kokura dikenali sebagai castle town yang terletak di tengah2 Kitakyushu. Bandar ni menjadi pilihan Naza untuk transit sehari sebelum ke Nagasaki.
Perjalanan dimulakan dari Shinosaka Station ke Kokura Station menaiki shinkansen. Bagi yang tak menggunakan JRPass, tambang sehala perjalanan adalah sebanyak 14340yen. Jika korang berjalan macam Naza, please purchase JRPass sebab banyak yang korang akan jimat. Harga tambang shinkansen bukanlah murah ye.
Sebenarnya Naza tak plan elok2 pun mana tempat nak pergi semasa di Kokura. Bila tengok map dan tengok Kokura terletak half way to Nagasaki maka tempat ni jadi pilihan untuk persinggahan. Oleh sebab tu lah semasa Naza sampai, Naza agak lost ingin ke mana. Mujur di Kokura ni agak mesra tourist di mana terdapat signboards dengan anak panah tempat2 pelancongan yang korang boleh pergi.
Antara yang terdapat di sign tersebut adalah 'Kokura Castle'. I was like, dah 2 kali aku ni ke Jepun, tapi satu castle pun belum jejak lagi. Makanya, Naza pun decide, why not jadikan Kokura Castle as my first castle visit.
Setelah berada depan castle, Naza pun bacalah notice board tentang entrance fee kat luar. If nak masuk castle, seorang dewasa akan dikenakan caj sebanyak 350yen. Kemudian ada info lagi tentang 2 tempat berhampiran, Japanese Garden 300yen dan Matsumoto Seicho Memorial 500yen. Combination tickets untuk all three facilities 700yen. Memandangkan Naza memang takde plan apa di Kokura ni, Naza pun beli lah combination tickets.
Di dalam castle, terdapat displays tentang sejarah istana, barangan2 istana, diorama yang menarik malah terdapat satu ruang di mana akan ada some sort of theatre tentang castle ni dimainkan pada waktu2 tertentu. Sewaktu kunjungan Naza ada satu kolej telah ambil satu ruang pameran untuk display hasil baking mereka dan minta pengunjung untuk memberi skor pada gingerbread house yang students hasilkan. Berbekalkan pengalaman Naza sendiri yang pernah jadi baker, Naza rasa Naza telah beri skor yang sewajarnya. Hahaha.
Setelah melihat2 istana, both dalaman dan compound area, Naza pun bergerak untuk ke Japanese Garden yang terletak bertentangan istana ni. Semasa nak gerak ke taman, Naza lalu dulu sebuah small shrine yang terletak di salah satu exit istana. Shrines dan temples bukanlah sesuatu yang luar biasa di Jepun tapi yang menarik perhatian Naza pada shrines ni ialah kehadiran kucing2 yang melepak di sekitar shrine. Mungkin ada satu shrine dedicated to cats here tapi Naza terlalu sibuk nak mengambil gambar si kucing yang mirip rupa kucing kawanku yang bernama Kiki. Hehehe.
Ok, apa pulak yang ada kat Japanese Garden. Well, 10 hari di Jepun Naza jumpa beberapa Japanese garden yang lebih well managed dari yang ada di Kokura ni. Mungkin Naza datang bukan musim sakura, so pandangan di garden ni tak lah secatik macam dalam gambar brochure dia. I would say I was quite disappointed. Ada satu benda yang mungkin menarik di sini, which is the tea ceremony tapi kalau nk join upacara tu kena booking dulu.
Tempat terakhir lawatan adalah ke Matsumoto Seicho Memorial Museum. Bangunan ni pun terletak tak jauh dari Kokura Castle. Mula2 sesat juga nak ke sana sebab Naza pergi follow arrow nak ke Matsumoto Library. Nampaknya individu ni sangat berpengaruh di Kokura. Semasa membeli tiket, Naza pun tak tahu siapalah dia orang tua ni, dah masuk museum baru lah tahu yang Matsumoto Seicho ni seorang penulis. Nak cerita lebih2 pun susah juga sebab most of the displays dalam museum ni adalah dalam Japanese. Satu2nya benda yang menarik perhatian Naza adalah rumah Mr. Seicho dan officenya yang keadaan asal masih sama tak berusik sejak beliau meninggal. Office orang genius ni memang penuh dengan buku dan meja memang berselerak. Tu komen Naza tentang office dia.
Dah selesai lawatan ke ketiga2 tempat, Naza just jalan2 sekitar castle sebelum ke hostel dan berehat. Berikut adalah review tempat lawatan di Kokura :

1) Don't expect yang Kokura Castle sangat tradisional sebab ia adalah sebuah museum yang ada beberapa interactive displays untuk pengunjung.
2) Bonus bila masuk Kokura Castle selain menghayati sejarah adalah bila sampai ke the highest floor, korang boleh lihat dan ambil gambar Kokura city from the top. Cuma apa yang kurangnya tingkap telah dipasang cermin kaca jadi mungkin hasil gambar kurang menarik.
3) Japanese Garden mungkin lebih menarik semasa musim bunga sakura. Kalau korang datang pada luar musim, abaikan kecuali kalau korang nak join upacara minum teh.
4) Jika tak kenal siapa Matsumoto Seicho tak perlu masuk Memorial Museum beliau. Kesimpulan kat review 1-4, tak perlu beli combination ticket macam Naza beli. Rugi. Naza rugi takpe, at least dapat buat review untuk korang kan?
5) Makanan halal agak sukar didapati di Kokura, mungkin tak ramai orang Islam berkunjung ke sini dan menetap seharian seperti Naza buat. Kalau nak juga makanan halal kena ke Fukuoka.
Kesimpulannya, kunjungan ke Kokura tak lah sebaik kunjungan Naza ke tempat2 lain di Jepun sepanjang 10 hari di sana tapi memandangkan niat nak jadikan tempat ni sebagai tempat berehat sebelum gerak ke Nagasaki, kira ok lah, at least Naza dapat masuk Japanese castle for the first time. Yeay!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...