daily planner

Monday, 20 July 2015

Nara Park ~ Bertemu Rusa Jinak

Rasanya ramai dah rakyat Malaysia sampai ke Nara Park ni. Tarikan utama Nara Park of course lah rusanya yang jinak sangat2.
Rusa2 ni lepas bebas di sekitar taman dan kuil, terbiasa dengan pergerakan manusia yang lalu lalang. Jadi, jangan risau kena tanduk ke apa sebab memang rusa2 ni jinak.
Naza memulakan perjalanan ke sini dari Nagoya Stesyen ke Nara Station (6560yen sehala if tak guna JRPass). Dari JR Nara Station, korang kena jalan sikit dalam 20 minit untuk sampai ke taman ni.
Dah sampai taman, perkara yang Naza buat ialah tried to feed the deers. Waktu tu tak perasan lagi ada orang jual deer crackers kat taman, cubalah bagi biskut yang Naza makan, rupanya rusa2 ni tak berapa berkenan dengan rasa biskut tu. Maybe diorang dah biasa makan deer crackers, jadi diorang tak berapa suka dah biskut lain. Hehehe.
Dah jumpa deer crackers (seikat 150yen), rusa pun datang kerumun kita, waktu ni kalau kita nak tengok keganasan rusa pun boleh. Berebut2 rusa2 yang ada nak makan crackers yang kita pegang. Tapi ada juga rusa yang sopan. Lepas kita bagi dia makan and dia nk minta lagi, dia siap bow lagi, macam orang Jepun selalu bow tu. Memang comel je.
Owh ye, selain deer crackers yang memang kena beli, Nara Park takde entrance fee, jadi kalu korang memang nak buat trip bajet, tempat ni sesuai sangatlah masuk dalam itinerary.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...