daily planner

Sunday, 12 July 2015

Kedai Makan Upin Ipin di Tokyo

Assalamualaikum..
Maaf, dh lama sangat tak update blog kan? Bagi yang ternanti.- nanti sambungan cerita ttg kembara solo Naza kat Jepun memang minta maaf sgt, sekarang ni asyik busy di sekolah baru dan mood nak bercerita pun payah nak menjelma. Since sudah datang mood tu, kita sambung la cerita tentang Jepun ye.
Kali ni Naza nak cerita tentang restoran yang dikunjungi waktu stay kat Tokyo. Restoran ni within walking distance je dengan hostel tempat Naza stay. If penat nak berjalan, nak naik subway pun boleh tapi naik subway dengan berjalan duration pun lebih kurang sama je.
Nak ke restoran ni, Naza guna application Google Map. Kalau korang ada internet, boleh la search restoran guna alamat kat bawah ni :
3-16-11, Nishiasakusa, Taito-ku, Tokyo
Restoran ni tak jauh dari Sensoji Temple, so kalau korang melawat temple dan shopping barangan souvenir kat Nakamise Shopping Street, lepas tu boleh la pergi cari pulak Restoran Upin Ipin untuk menjamu selera.
Menggunakan figura Upin Ipin yang berasal dari Malaysia, korang akan tahu korang sampai ke tempat yang betul after nampak signboard yang ada lukisan kembar terkenal tu. Makanan yang disajikan kat sini adalah makanan Jepun tapi in shaa Allah tekak orang Malaysia boleh makan. Naza sebenarnya nak order ramen tapi disebabkan ramen ni macam menu wajib makan kat restoran ni, kedua-dua kali Naza pergi both for lunch and dinner ramen mereka dh sold out.
Bagi orang Islam, jangan risau, segala makanan di sini adalah halal dan menu siap ada halal certificate dari Malaysia. Salah seorang tukang masak juga adalah orang Paskistan yang sedang cuba mencari jodoh dengan gadis Jepun yang cute. Hahaha.
Tukang masak very friendly dan mampu bercakap dalam bahasa Inggeris walaupun tak berapa lancar (sebab tu la Naza tau pasal kawan Pakistan dia sedang mencari pasangan hidup gadis Jepun yang cute sebab tukang masak cerita macam-macam). Hahaha.
Ni gambar menu and I must say, harga kat restoran ni adalah agak berpatutan bagi menu halal di Jepun. Sepanjang 10 hari berada di sana, average sekali makan di restoran pasti akan habis dalam RM3+ ~ RM6+. Nak jimat boleh bawa makanan sendiri lah ye. Naza tak memasak memandangkan keadaan Naza yang sentiasa bergerak.




Ni pulak nasi kari Jepun



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...