daily planner

Monday, 13 July 2015

Ikon Asakusa

Kalau ke Tokyo melawat area Asakusa, pelancong selalunya akan berkunjung ke Sensoji Temple. Sewaktu ke Osaka tahun lepas, Naza dah banyak dah melawat temple untuk lihat macam mana budaya orang Jepun ni. Sementelah, di Kyoto misalnya memang merata - rata ada temple yang terkenal. Kali ni di Tokyo Naza pun ambil kesempatan pula untuk tengok Sensoji Temple.
Selalunya kalau sesuatu shrine tak kenakan bayaran masuk, pengunjung akan ramai dan tak putus - putus orang samada yang datang untuk beribadat, sekadar mengambil gambar dan perhatikan orang (macam Naza buat) atau datang nak shopping (selalu shrines yang besar dan terkenal connected to shopping streets). Hari Naza pergi Naza jumpa ramai juga orang dari Malaysia melihat - lihat barangan souvenir di Nakamise shopping Street yang terletak antara Hozomon Gate dan Sensoji Temple.
Mahal ke murah souvenir kat sini? Well, honestly say, bagi Naza barang kat souvenir kat Jepun takdelah semurah mana. Pergi dua kali ke sana, dua - dua tak bawa balik barang penuh beg macam waktu ke Thailand, Indonesia, Vietnam dan Australia. Haa, kalau dah pernah pergi ke negara - negara Naza sebut tu boleh la kot agak - agak setara mana kos untuk beli souvenir di Jepun.
Memandangkan Naza punya main objective ke Japan hanya nak menghayati keindahan alam dan keunikan budaya orang sana, jangan ditanya apa Naza beli kat sini. Naza bukan kaki shopping ok!
Disebabkan Naza just banyak ambil gambar je, meh Naza belanja gambar - gambar yang diambil sekitar Sensoji, ikon Asakusa ni:





Tempat free, pelancong pun ramai



Pakat - pakat lalu kat Hozomon Gate



Penganut Buddha datang dari pelbagai negara untuk beribadat di sini



Cuba teka, apa ni?



Waktu tempatan ketika Naza berkunjung ke sini



Baca sendirilah, dah terang - terang dia tulis tu





Tempat tumpuan pelancong untuk cari souvenir

Nota tambahan : Dari Restoran Upin Ipin Naza just berjalan kaki, so xde kos transportation untuk ke sini. Tak susah pun nak cari, nampak orang ramai dan ada gate merah, sampai la kat tempat ni.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...